Friday, December 15, 2017

Kisah AKU n Karok @ Musizone Seri Petaling

Assalamualaikum,

Malam ni ingat nak story sikit cerita malam Jumaat aku dengan rakan-rakan ofis semalam. Relax, bukan buat benda mengarut pun. Huu. Ceritanya bermula jam 5.20 petang, time tu aku ready nak balik rumah from our Bukit Jalil office. Elok nak ke kereta lalu smoking area, nampak Arief KPOP and the geng tengah smoking. Dia ajak aku karok, tak tau lah untuk kali keberapa. Sebab budak-budak kat sini memang selalu ajak cuma timing tak cun. For this time, aku ingat dia ajak-ajak ayam je. Sekali ramai pulak dok pujuk aku join. Kebetulan semalam aku free, akhirnya aku tewas jugak dengan pujuk rayu diorang. Haha
Ni lah tempat kami berkarok semalam - Musizone Family Karaoke. Terletak di Seri Petaling, area ni memang padat. Nak cari parking punyalah payah, kalau nak senang boleh parking dekat area Pasar Besar. Tapi kena bayarlah. Nasib baik semalam aku tumpang kereta Azie. Huu
Cantik tempat ni. Lighting elok. Sofa pun tak cabuk. Haha.  Lagu memang update, tapi aku dok cari lagu Alif Satar tu still takde lagi. Tapi above all, AV memang padu! Overall, sangat sesuai lah untuk karok release tension kerja. 
Muka ada senyum. Mana taknya, dah 2 bulan aku tak berkarok ni. Seingat aku 2 bulan jugak after aku karok sorang-sorang kat Rawang tu, seminggu lepas bertunang. Haha. Selain aku, ada 5 lagi officemate yang join. Ingatkan diorang bergurau nak karok 3 jam. Sekali betul pulak. Haha. Elok pun, takkan 6 orang karok sejam je. Untuk RM60, memang berbaloi jugaklah, siap dapat refreshment lagi.
Memang enjoy semalam. Ni kali kedua aku join budak-budak ofis berhibur camni. Yang first dekat Gombak after attend majlis Shahrul. Yang kat Langkawi tu tak kira sebab insiden diorang skip lagu aku. Terus merajuk balik bilik. Maybe sebab tu kot diorang ingat aku tak nak join bila kena ajak. Hee
Ni pulak cerita tadi. Takkan asyik keluar dengan cik tunang dan kawan-kawan je. Dengan family tak nak ke? Petang tadi nak dijadikan cerita mak cakap Along mengidam nak makan BurgerByte. Aku pun on je lah, since schedule quite free tadi. Karang takut berbuih pulak mulut anak dia nanti tak dapat makan burger. Haha
Dengarnya hujung tahun ni bersalin. Tak sabar jugak aku nak dapat anak buah pertama ni. Excited ada, risau pun ada. Yelah, dah nama pun adik. Takkan lah tak risau kat kakak sendiri..:-)
Ada menu best kat BurgerByte, introducing Montreal Rice with Beef Patty. Mesti cuba, memang sedap. Aku ingatkan menu baru, ye lah sebab tak pernah nampak pun before this. Rupa-rupanya Google tengok since 2015 dah ada. Bapak ketinggalan aku ni. Haha

Okaylah, itu sahaja cerita untuk malam ni. Esok ayah nak aku drive dia for 2 wedding invitation. Satu kat Bangi, and another one kat Putrajaya. Ayat standard lah "Nanti turn kau kahwin, diorang tak datang baru tau.."

No comments:

Post a Comment