Saturday, July 2, 2016

Kisah AKU n Iftar Ramadhan MISB 2016

Assalamualaikum,

Ramadhan 2016 cuma berbaki 3 hari je lagi. Rabu depan dah nak Raya beb! Teruja jugak nak menyambut lebaran tahun ni walaupun nothing extraordinary pun yang membezakan tahun ni dengan tahun-tahun sebelumnya. Okay lah, sembang banyak pun tak guna. Jom kita selak sikit cerita mengenai Majlis Iftar Ramadhan Malpro Industri 2016 yang telah selamat berlangsung dengan jayanya semalam.
Pukul 7 petang aku dah bergerak dari rumah. Tapi Masya Allah, sesaknya dari traffic light kuil tu sampai ke simpang office. Elok je aku sampai, azan Maghrib pun berkumandang menanda telah berakhirnya hari ke 26 Ramadhan semalam.
Majlis bertempat di ibu pejabat kami di Wisma Malpro. Plan asalnya nak buat di Golf Club, tapi Dato berpendapat lagi better buat kat office since staff-staff kami almost 90% tinggal sekitar sini. So, ramai sikit boleh datang.
Hamper-hamper cabutan bertuah untuk staff-staff..:-)
Majlis kami dihadiri oleh Pengerusi Eksekutif MISB, Dato' Hj Abu Samah Bachik dan keluarga, Pengarah Urusan, Dato' Hj Ruslee Hashim bersama keluarga, pengurusan tertinggi + staff-staff dan family masing-masing. Ada juga delegation from our highly valuable client, FiTEC dan juga Majlis Amanah Rakyat.
Majlis semalam berlangsung dengan Tahlil, diikuti dengan jamuan ringan. Solat Maghrib berjemaah di Bilik Pameran dan kemudiannya makan berat. Makanan semalam memang terbaik - ada Briyani Gam, Kambing Bakar, Laksa Penang dan berbagai jenis pencuci mulut.
Sedikit gambar mewarnai majlis kami semalam. Aku makan kambing 2 plate je semalam, tapi kenyangnya sampai ke sahur..:-)
Kalau takde gambar aku, takde lah entri ni..hehe
Qalisya, anak Kak Intan. Gila kamera budak kecik ni. Ingat dah snap satu cukuplah, dia boleh tercongok situ lagi mintak amik gambar lagi..haha
Sepatutnya kena jadi emcee semalam, tiba-tiba tukar orang lain..haha. Penat je buat teks..:-p
Cabutan nombor bertuah dan penyampaian hamper. 
Duit raya untuk anak-anak staff syarikat oleh Dato' Hj Ruslee.
Bersama staff logistik, Wak. Bro ni lah yang paling banyak ajar aku kat sini..:-)
Bergambar bersama colleague from Marketing Dept. Dari kiri -  Farid, Luqman, En. Ku Azlan dan Farahim. Kami je lah yang tinggal dalam department ni..haha
Staff-staff MISB bergambar kenangan bersama pengurusan tertinggi syarikat sebelum bersurai.
10.30 PM - Majlis bersurai. 
Dapat hamper dengan duit raya semalam, cukuplah isi minyak full tank 4 kali..huu

Habis je program, terus pergi kedai Siam. Sambung melepak dengan Afiq dan Dolah sampai pukul 2 pagi. Berdasarkan perbualan kami semalam, Ramadhan tahun ni nampaknya kami tak berpeluang untuk iftar sama-sama. Takpelah, benda-benda camni memang akan berlaku jugak cuma tunggu masa je.

P/S: Petang ni ingat nak quick shopping + berbuka puasa dengan family.

No comments:

Post a Comment