Sunday, July 24, 2016

Kisah AKU n Capsicum Steamboat & Grill

Assalamualaikum, 

Semalam aku melawat rakan-rakan seperjuangan di Shah Alam. Kisahnya bermula Khamis lepas when Yat texted me, mengajak untuk makan steamboat best kat sana. Without much hesitation, aku pun setuju untuk join. Yelah, dah lama jugak tak melepak dengan diorang ni, tak silap aku last kami hangout sebulan before Ramadhan hari tu..:-)
Since aku pun kerja semalam, and rumah kami ada buat open house. Aku bergerak dari rumah ke Shah Alam sekitar jam 5.30 petang. Meredah hujan lebat lagi, sekarang ni asal keluar je hujan..huu
Shortly after Maghrib kami pun bergerak ke destinasi yang digembar-gemburkan di laman sosial sekarang ni - The Capsicum Steamboat & Grill. Terletak di Kampung Bukit Naga, Shah Alam. Ohh by the way, entri aku ni takdelah detail sangat mengenai jenis-jenis makanan yang ada. Just in case korang terdrop sini and expect detail-detail macam tu, harap maaf lah sebab entri ni penuh muka kitorang je. But, if nak tau boleh ke link ini dan juga ini..:-)
Apa yang membezakan makan steamboat dengan makan benda lain ialah kita boleh masak sendiri, amik berapa banyak makanan yang kita nak. Dengan RM 20, kita boleh makan sampai lebam while pick a variety of seafood (udang, sotong, filet ketam etc.), lamb, chicken, beef as much as you guys can telan. Tapi kena beringat jugak, sebab kot lah ada lebihan makanan yang tak habis - kena charge beb!
Walaupun rumah buat open house semalam tapi aku tak sempat makan pun gara-gara tetamu yang boleh tahan ramai jugak yang berkunjung kerumah kami. Haa, tu yang balas balik malam semalam kat sini. 
Tengok apa tu? Haha
Interior design restoran ni memang sempoi. Ala-ala hipster gitu. Kerusi/meja, hiasan dinding, kaunter stailo je pakai wooden pallet. Sini takde aircond, so digalakkan pakai baju nipis sebab konfirm korang berpeluh. Dah lah dengan nak memasak lagi. Nasib baik aku selalu bawak sapu tangan..:-)
En. Joe dan seafoodnya. Yang tak boleh blah, amik telur ingat nak buat rebus. Tapi-tapi last-last letak balik. Sengal betul..:-p
Muka sayu je En. Yat ni..haha
Haa, yang patut sayu bro ni lah. Tapi elok je simpan dalam hati..:-)
Selfie satu round!
Kekenyangan. Betul-betul melantak ni..haha. Untuk siapa-siapa yang nak try steamboat kat sini boleh lah Waze or GMaps alamat kat bawah ni:

Capsicum Steamboat & Grill, 
Jalan Kilink, Kampung Bukit Naga
40460, Shah Alam, Selangor D.E

ataupun boleh call/whatsapp 018-2655 224 untuk tempahan. Promote, promote! 
Lepas makan, kami bertiga merayau-rayau sekitar ibu negeri Selangor ni and berhenti sekejap di Dataran Shah Alam. Nak tengok mat-mat motor beraksi, sini lah port biasa diorang lepak..:-)
Masjid Negeri yang sentiasa bercahaya.
Tak buat apa pun kat sini. Berbaring-baring je tengok bintang..haha. Dah boring melepak sini, kami sambung berbual sambil mengopi di Khalifah. Kami ada plan nak ke Thailand akhir tahun ni, tapi dalam early planning lagi lah.
2AM - I made my way back to Rawang, boleh tahan mengantuk drive semalam. Sampai rumah tak fikir apa dah, terus tertidur sampailah pagi tadi. Subuh gajah jugaklah..:-p

So guys, itu lah cerita aku bersteamboat di Shah Alam while spending quite a quality time with Brotherhood UiTM ni. In Sha Allah, katanya minggu depan nak main badminton if schedule okay.

No comments:

Post a Comment