Assalamualaikum,
Malam-malam buta ni suka aku nak berkongsi cerita petang semalam dimana aku berpeluang menghadiri majlis pertunangan kawan-kawan kakak aku. Ada dua majlis - satu di Putrajaya dan satu lagi di Serendah. Seawal jam 7 pagi aku dah bangun untuk hantar ayah di KTM Rawang. Ayah nak balik kampung, ada majlis merisik (wujud lagi benda ni..haha) sepupu aku di Ipoh. Sebagai anak lelaki sulung, memang jadi tanggungjawab ayah untuk jadi jurucakap bagi keluarga kami.
10.30 AM - Selfie dulu sebelum memulakan perjalanan.
Majlis di Putrajaya berlangsung pada jam 12 tengah hari, jadi kami kesini dulu. Ikut MEX, cepat sikit sampai. Kami bertolak jam 10.30, pukul 11.45 dah sampai. Itupun sempat pergi buang air kat petrol station..haha
Putrajaya - bandar pentadbiran Malaysia. Last aku visit bandar ni sekitar bulan 3 tahun ni. Time tu ada meeting di Kementerian Pelancongan. Memang ada pasang niat nak menetap disini sebagai pegawai kerajaan, tapi belum ada rezeki lagi nak dipanggil dalam perkhidmatan awam. So, kita kerja lah swasta dulu..huu
Majlis pertunangan Sofea dan Nordin ni berlangsung di Blok F, Presint 18. Senang je cari, since dia ada bagi direct coordinate..:-)
Tak pasal-pasal jadi penyambut rombongan tadi sebab 'segak berbaju Melayu bersongkok hitam' kata Mak Sofea lah..haha
Rundingan singkat kedua belah pihak selepas ucaptama oleh kedua-dua wakil . Macam biasalah jadi photographer..huu
Dulang-dulang hantaran.dari pihak lelaki.
Haa, yang baju biru tu lah Sofea. Kawan kakak aku ketika menuntut di UiTM Melaka. Selamat dah jadi tunang orang. Tahniah dik (sebaya aku je sebenarnya)!
Haa, yang kamu ni bila lagi? Asyik thumbs up je..haha
Yang baju kuning tu En. Nordin, tunangan Cik Sofea kita yang diraikan semalam.
Kami bergerak untuk ke majlis seterusnya sekitar jam 2 petang dari Putrajaya.
Elok je keluar MEX hujan selebat-lebat alam, sampailah ke our next destination di Serendah. Menggigil aku dalam kereta tadi. Dah la hujan, jammed pulak tu. Risau terlambat je.
Haa, yang di Serendah ni pulak majlis bertunang Sabrina dan Aiman. Kat sini macam shit je, ramai guest ingat aku dengan Along ni husband and wife. Tu kakak aku lah sengal..:-p
Sepatutnya diorang ni berlima. Tapi sorang datang awal since ada program lain. Ni kawan-kawan kakak aku time dia STPM di SMK Sungai Choh. Tak banyak snap picture kat sini, sebab bateri dah nak kong. Powerbank ada, tapi tak bawak USB cable. Bengong betul..haha
Majlis bersurai sekitar jam 5.30 petang. Kami terus ke Rawang, amik ayah kat KTM. Still hujan lagi time ni beb, jalan sesak, lutut longgar, fuckin sleepy dan sebagainya. Sampai rumah pukul 6.30 petang, solat Asar pastu terus tertidur. Bangun-bangun je dah pukul 11.30 malam. Memang sahih penat betul tu..:-p
Majlis bersurai sekitar jam 5.30 petang. Kami terus ke Rawang, amik ayah kat KTM. Still hujan lagi time ni beb, jalan sesak, lutut longgar, fuckin sleepy dan sebagainya. Sampai rumah pukul 6.30 petang, solat Asar pastu terus tertidur. Bangun-bangun je dah pukul 11.30 malam. Memang sahih penat betul tu..:-p
That's the end of entry malam ni. Tahniah diucapkan kepada Sofea & Nordin dan juga Sabrina & Aiman. Semoga ikatan pertunangan korang berkekalan hingga kehari pernikahan dan seterusnya ke akhir hayat. Amin In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment