Sunday, June 26, 2016

Kisah AKU n Ramadhan 2016 - Day 20

Assalamualaikum,

Sekejap je dah masuk fasa ketiga Ramadhan. Saf jemaah di surau-surau pun semakin berkurang. Macam tempat aku cuma tinggal 2 saf penuh je. Untuk Ramadhan tahun ni alhamdulillah ada peningkatan untuk diri aku sendiri, setakat ni cuma missed 2 malam Terawih berjemaah di surau dan In Sha Allah, semoga aku terus diberi kekuatan untuk menghabiskan sisa-sisa malam Ramadhan yang tinggal untuk tahun ini. Amin.
Minggu ni kerja dipejabat 3 hari je. 2 hari training BSAP di FITEC. Hari Rabu cuti Nuzul Quran. Khamis dan Jumaat berkerja seperti biasa, dan juga half day semalam. First time kerja hari Sabtu beb! Awkward pula..:-p
Still ingat screenshot ni dari my previous entry? Malangnya terpaksa postponed atas kesulitan schedule from one of us - Afiq yang supposedly day-shift semalam kena extend shift sampai pukul 12 since Manager yang in-charge untuk night shift tak sihat. Sudahnya kami postponed ke later date. Takpe lah, nasib dapat kawan yang memahami..:-)
6.30 PM - Since family pun already keluar untuk berbuka (diorang ingat aku jadi berbuka dengan kawan-kawan). Aku pun bergegas ke KFC Bukit Beruntung, beli je lah apa yang cepat. Itu pun nak dekat setengah jam jugak queue.
Lepas Terawih, around 11PM aku mengeteh dengan Dolah. Plan ingat tak nak lepak lama pun, tiba-tiba pukul 1 pagi si Afiq tu datang lepas closed store. Pulun betul brader ni, dah kitorang cakap tak payah datang. Last-last sampai pukul 4.30 pagi jugak kitorang kat kedai Siam tu..haha. 

Seminggu lagi kerja, pastu cuti raya. Cuti pulak dah approved, 4 hari pulak tu. Tenkiyu Dato!

P/S: Yang postponed berbuka semalam tu katanya next Sabtu. Tapi tak confirm, kalau semua free kita proceed!

No comments:

Post a Comment