Sudah memasuki hari yang keempat belas umat Islam menunaikan ibadah puasa dibulan Ramadhan yang mulia ini.
Minggu ni boleh dikatakan tiap-tiap hari hujan kat Rawang. Bukan setakat renyai, tapi selebat-lebat alam. Pergi kerja hujan, balik kerja pun hujan. Kesian peniaga-peniaga Bazaar, yang sampai kanopi terbalik pun ada kat Bazaar Bukit Sentosa tu..:-(
Kat pejabat pulak minggu ni biasa je, takde yang menarik pun. Buat courtesy call to client-client kami and try to set appointment lepas Raya. Aku plan dah lepas Raya ni nak ke Pahang untuk my very first official outstation..:-)
Pecah rekod tahun ni. Biasa kalau Ramadhan tahun-tahun sebelumnya, habis Terawih pukul 10 je aku terus balik rumah. Laa ni dok melepak dengan geng-geng veteran sampai pukul 12 tengah malam. Join bersembang pasal EURO, Copa America, politik, isu komuniti dan sebagainya..:-p
Semalam melepak dengan Afiq kat Ali Maju Rawang dari pukul 11 sampailah 4 pagi. Orang lain tengok bola, kami bersembang gelak macam orang kena histeria. Sampai ada budak kecik tu perhati kitorang sampai tak berkedip langsung mata dia, maybe dia fikir tah apa lah brader dua orang ni suka sangat..haha
Puasa tahun ni aku lembab sikit update blog, story takde bos! Kalau tahun lepas straight setiap minggu ada aktiviti - minggu pertama dengan family, minggu kedua dengan kawan-kawan sekolah, minggu ketiga dengan kawan-kawan UiTM. Yang tahun ni, dah nak masuk minggu ketiga puasa, so far takde invitation lagi dari kawan-kawan untuk Iftar. In Sha Allah, minggu depan ada plan dengan Brotherhood Sungai Buaya.
P/S: Sendu Ramadhan tahun ni..haha
No comments:
Post a Comment