Sunday, June 5, 2016

Kisah AKU n Family Time @ Alam Sentral

Assalamualaikum,

Pagi tadi aku dan family ke ibu negeri Selangor, Shah Alam. Asalnya nak tukar baju raya yang mak beli di Jakel hari Jumaat lepas. Biasalah, dah 2 tahun berturut-turut camni. Bila beli je mesti ada yang tak kena bila bawak balik rumah. Time kat sana bershopping semua benda nampak cantik..haha
Since aku pun tak cukup tidur, jadi penumpang je lah tadi. Kekok pulak rasanya jadi passenger, biasanya driver je memanjang.
Lepas je settle urusan di Jakel. Kami ke Plaza Alam Sentral untuk makan tengah hari. Ingat nak makan kat area Jakel tu, tapi nak cari parking tu berkicap jugak lah. Sudahnya kami kesini je, maybe lepas lunch ada aktiviti lain boleh buat bila ada kat mall ni?
Ayah nak belanja katanya sebelum berpuasa ni..:-)
Kebetulan pulak adik balik from USIM semalam untuk menyambut awal Ramadhan, so lengkaplah keluarga kami tadi. Bukan senang nak kumpul berlima sekarang ni. Masing-masing ada komitmen.
Lpeas lunch, kami menunaikan solat Zuhur dan kemudiannya ke Level 4 for bowling time! Ni lah first time kami main bowling bersama setelah hampir 5 tahun. Last rasanya main di Bukit Beruntung Golf Club, tahun 2010.
Amboi, bukan main kepit lagi..haha
Terbaik betul. So, what's next? Balik? Come on lah, hari masih terang lagi..:-p
Karok time pulak! Ni atas request Along. Katanya nak berkarok bersama keluarga before bergelar isteri kepada si Syazwan tu. Dah lama sebenarnya dia ajak, tapi baru sekarang semua free.
Sampai tertidur En Gani. Siapa yang tak cukup tidur sebenarnya? Abang ke ayah ni? haha
Best! Last karok dengan family tahun 2014 kat Grand Lexis Port Dickson. Aku masih pelajar UiTM time tu, semester terakhir.

We left Shah Alam around 5 PM dan selamat tiba dirumah sekitar pukul 6 petang.

So, itulah aktiviti kami sekeluarga hujung minggu ni. Memang seronok dapat spend masa dengan family. Bukan selalu buat aktiviti macam ni dengan diorang, biasa dengan kawan-kawan je. Malam ni bermulalah terawih pertama untuk Ramadhan 2016, semoga kita dikurniakan oleh Allah kesihatan yang baik dan juga kekuatan untuk menjalani ibadah puasa kita pada tahun ni. Amin Ya Rabbal Al Amin.

No comments:

Post a Comment