Sunday, September 28, 2014

Kisah AKU n Time Capsule Malaysia

Assalamualaikum,
Siapa kat sini suka layan History Channel kat Astro? Ada? Takde? Jawapannya memang most of korang takde pun yang enjoy watching this channel kan sebab, history? pffttt..like seriously ada yang layan. Yelah, memang fakta pun. Tanya lah budak-budak sekolah. Memang most of them tak suka subjek sejarah ni, jawapan cliche - ngantuk katanya. Please la weyh, matematik lagi macam shit as hell..haha
Okay lah, berbalik ke tajuk entri hari ni - Time Capsule Malaysia. Yeah! aku tak pernah ketinggalan lagi walau satu episod pun untuk show yang ditayangkan kat History Channel ni. Segmen yang dihoskan oleh Razif Hashim ni sememangnya bagi aku merupakan sebuah rancangan yang bagus untuk kita, rakyat Malaysia untuk mengimbau kembali perjalanan sebuah negara yang bernama Malaysia ni.

Unlike dokumentari yang biasa kita tengok kat tv yang berkaitan dengan hero negara, isu penting dan sebagainya. Time Capsule Malaysia memaparkan hidden facts dan juga gaya hidup baik dari segi sukan, muzik, filem, sosial, kesihatan dan banyak lagi. Seriously, memang best sangat bila tengok klip-klip video yang ditayangkan melalui courtesy from FINAS. Bayangkan, family aku yang tak berapa ngam dengan sejarah pun boleh join tengok jugak. Maybe sebab mak ayah aku pun boleh mengimbau balik kehidupan zaman awal kelahiran Malaysia ni.
Essence didalam segmen ni ialah melihat kembali bagaimana kehidupan era pra dan pasca kemerdekaan dahulu memberi impak kepada kehidupan kita yang sekarang ni. The best part dalam segmen ni ialah bila host, Razif Hashim berjalan-jalan di sekitar Kuala Lumpur untuk melihat jawapan dan reaksi fellow Malaysians dan juga foreigners tentang topik yang dibawa. Memang bermacam-macam lah jawapannya. Sebagai contoh dalam episod tadi, bila ditanya tentang Hang Tuah. Ada yang kata Perdana Menteri Melaka beb! haha
Obviously, sebagai pencinta sejarah. Aku sangat enjoy watching this kind of segment. Menambah ilmu dengan melihat sejauh mana perkembangan negara kita yang tercinta ni. Secondly, of course ianya menyemarakkan lagi semangat patriotisme dalam diri aku. Simply by watching how far our beloved Malaysia pushed through the era of depression, emergency, and many more - it's really proud for me to say - I'm Malaysian. Nostalgia Malaysia ini patut ditayangkan kepada generasi muda agar mereka lebih mengetahui dan menghargai the humble beginning of our country. Korang yang terbaca ni pun patut try tengok jugak. Tak rugi pun, satu jam je setiap hari Ahad - start pukul 9 sampai 10 malam..:-)

Baiklah, itu je aku nak cerita dalam entri hari ni. Tiba-tiba pulak terpanggil untuk promote Time Capsule Malaysia ni. Bukan apa, nak membantu usaha kerajaan dalam menyemai semangat patriotisme dalam kalangan my fellow Malaysians ni. Takut lah, bila negara dah terlampau dipacu dengan kemajuan sains dan teknologi, sejarah negara sendiri pun diabaikan. Kita tak nak lah jadi macam tu. Better we keep it balance, dimana kemajuan sains dan teknologi itu diapit dengan kesedaran jitu terhadap sejarah negara kita ni supaya kestabilan demokrasi, keutuhan institusi diraja dan juga kesucian Islam dinegara kita ini dapat dipertahankan.

p/s: Gambar ihsan Google

Saturday, September 27, 2014

Kisah AKU n Fun-Tastic Hours!

Assalamualaikum, tadi aku berpeluang meluangkan masa dengan rakan-rakan seperjuangan zaman sekolah dulu. Biasanya, malam minggu aku lepak dengan si Afiq je, since Dolah, sorang lagi bestie aku balik Sg. Buaya. Kami decide untuk buat something yang lain sikit iaitu berkarok..huuu, memang lah takde yang pelik pun pasal karok ni, but at least ada lah sikit kelainan daripada melepak kat Medan tu sekadar bersembang kosong je. Ye dop?
So, kami pun setuju lah nak menjalankan aktiviti sihat ni kat bandar terdekat, Rawang. Actually, ni lah first time kami berkarok sama-sama. Before this, memang tak pernah lagi, even waktu zaman belajar kat sekolah dulu pun.
Yang ada nya 3 orang je, tapi bantai melenjan sampai 2 jam. Memang kalau ikut matematik, sorang dapat 40 minit..haha
Pembuka majlis kami semalam, bestfriend sejak Standard 4, tahun 2002 - Afiq Azham..:-)
 
Cari lagu ke bro..huu, ni pulak Dollah - bestfriend sejak Form 4, tahun 2008.
Macam kenal je bro ni? huu - Eh, ni aku..lol. Bestfriend since 1992..haha
Actually semua gambar ni aku snap from digital camera Olympus aku..huu. Yelah, since henset pun pakai CSL, dah lah 2MP, takde flash pulak tu. Memang tak nampak apa lah kalau snap gelap-gelap camni..hii. Tu lah, ada henset mantap, pergi cicir..kan dah merasa..haha
Blend jugak lagu high and low note. Audio dalam ni memang superb, kalah K-BOX kat Shah Alam tu..:-)
Nak smoking pun boleh dalam ni..tapi aku tak join lah.. Paru-paru gua virgin lagi..hee
Dah kenapa si "Zombie" ni..Nickname dia zaman sekolah dulu sebab suka tidur dalam kelas..haha
Mengakhiri sesi kami malam tadi ialah lagu Isabella 98 dan juga Hukum Karma..haha, memang da bomb lah guys!
Sunyi je tempat ni malam-malam, kalau siang memang penuh. Nak cari parking pun susah kat sini. Pesat betul Rawang ni membangun, dulu waktu mula-mula family aku pindah sini. Memang macam pekan koboi je.
Mana boleh nak balik dulu. Tak lelaki lah..huu. Kami menutup aktiviti malam tadi dengan melepak kat Durbhar, minum teh tarik dalam dua gelas beserta Roti Telur Bawang yang marvelous. Lama jugak sembang kat sini tadi, rasanya start from pukul 11.30 malam sampailah ke 3.30 pagi. Sembang pasal kenangan dulu, dulu, isu politik, kereta sampailah ke relationship..hehe
Dalam pukul 4.40 kami bergerak pulang ke Bandar Sungai Buaya, 15 minit perjalanan jugaklah dari Bandar Rawang ni. Minggu depan tak tau lagi apa plan diorang, since aku pun tengah menganggur and takde benda nak buat ni, dan yang paling penting sekali - selagi belum nak migrate ni. Apa lah salahnya kalau spend time sehari seminggu dengan kawan-kawan sekolah ni daripada lost contact macam tu je. Bak kata lecturer aku, dalam banyak-banyak kawan, kawan time sekolah je yang betul-betul akan ingat kita sampai bila-bila walaupun sorang je. :-)

Memang fun-tastic gila malam tadi. Seronok sangatdapat berkarok dengan besties aku kat sini. Diharap kami mampu mempertahankan persahabatan yang dibina selama ni. Amin. Pesanan penaja - sayangilah rakan baik anda, sebab bukan senang nak dapat.

Friday, September 26, 2014

Kisah AKU n Koleksi Duit Lama

Assalamualaikum, 
Setiap orang mesti ada benda lama yang disimpan untuk kenangan or sebagai koleksi. Ada yang suka kumpul setem, ada yang collect duit lama, ada yang suka simpan pinggan mangkuk vintage macam mak aku. Aku pulak? Memang tak minat sangat nak mengumpul benda-benda lama ni but in my possession, aku ada some of duit lama dari zaman , Hari ni aku nak berkongsi dengan korang koleksi duit lama yang aku ada. 
Ni lah dia, beberapa keping duit kertas Malaysia \, syiling Malaysia dan juga sekeping syiling Dollar Singapura tahun 1990
Ni RM 10 . Tak tau siri keberapa, nampak macam samada Siri Ketiga since prefix depan start dengan huruf G iaitu G/10 863579. Siri Ketiga ialah keluaran tahun 1976 sampai 1981. So, tak berapa sure the exact date untuk not RM 10 ni. Condition pulak maybe "Very Fine" since ada kesan lipatan, dan ada terkoyak sedikit. But, kaler still okay dan kertas still keras lagi.
Haa, not RM 5 ni pulak ialah Siri Kedua, confirmed. Sebab prefix start dengan huruf A iaitu A/50 037122. Siri Kedua ialah keluaran tahun 1972 - 1976. Condition boleh digambarkan sebagai "Very Fine" since ada kesan koyak yang kecil, kesan lipatan minimal dan kaler yang masih terang.
Aku ada 4 keping not RM1 dengan 3 prefix yang bermula dengan huruf P iaitu P/7 760479, P/79 821248 dan juga P/61 051044. Condition ketiga-tiganya dalam keadaan "Fine" dimana  terdapat kesan lipatan, kertas yang dah tak keras dan juga warna yang pudar. Prefix P ialah Siri Keempat, iaitu keluaran tahun 1981.Sekeping lagi mempunyai condition yang "Extremely Fine" dimana kesan lipatan sangat minimal, ada penjuru yang tajam, kertas masih dalam keadaan yang keras, permukaan yang bersih dan kaler yang still terang. Ia adalah Siri Pertama, keluaran tahun 1967 hingga 1972 dengan prefix bermula dengan huruf B iaitu B/17 927879.
Syiling-syiling ni pulak semuanya RM 1 ranged from 1992 (2), 1993 (1), 1994 (2) dan juga 1995 (1). Ada jugak satu 1 Singapore Dollar tahun 1990.  
So guys, itu lah koleksi persendirian yang aku ada. Banyak research aku buat semata-mata nak update entri ni, haha. Research pasal condition, edition dan juga value. Memang tak dinafikan, kat luar sana tu memang ramai pengumpul duit-duit lama ni, bukannya terhad kat matawang Malaysia je, kadang-kadang negara yang aku tak tau pun ada yang kumpul jugak..huu. Nampak tak betapa luasnya hobi ni. So, korang pun mesti ada jugak simpan kan? Kalau ada share-share lah sikit cerita kat sini..:-)

Tuesday, September 23, 2014

Kisah AKU n Masak Time!

Assalamualaikum semua, semalam aku dapat peluang untuk memasak kat rumah ni. Mak tak berapa sihat so memang dia takde plan nak masak. Aku pun asalnya bergurau je, kata boleh masak. Tiba-tiba je mak kasi greenlight suruh keluarkan ayam from fridge tu.

Mula-mula ingat nak masak apa yang aku tau je tapi rasa macam nak try something yang baru. Kakak aku pun suggest benda yang sama, dan dia keluarkan buku resepi yang Opah bagi time Raya hari tu. Pastu kami pun sepakat untuk masak dua lauk je.
Haa, ni lah lauk kami yang pertama. Ayam Masak Sambal Kicap. Sekali tengok macam Tandoori Ayam pulak..haha. Tak lah rumit sangat nak buat, since bahan-bahan tumis yang diperlukan mostly yang asas macam bawang putih, bawah merah, cili, serai, halia, daun limau purut, sos tomato dan kicap. Takde yang pelik kan?
Haha, ni lah lauk kedua. Koboi gilee..Telur dadar bawang je. Malas nak cari resepi lagi sebenarnya. Over sangat nanti..:-p
Ni lah hidangan kami sekeluarga yang dimasak oleh aku and Along. Percubaan pertama membuat resepi baru ni tak lah susah sangat. Boleh dihidang bersama Twister Oren yang menyegarkan..huhu
Nak cuba? Nak resepi? Boleh lah emel aku kat address mcbridefred@gmail.com ni nanti. :-) 

Sunday, September 21, 2014

Kisah AKU n Rezeki

Assalamualaikum,

Hari Rabu lepas genap dua bulan aku jadi penganggur yang tak produktif langsung kat rumah ni. Rutin hidup aku, bangun pagi buat Rushfit dalam 40 minit - cool down dalam sejam. Pastu turun bawah tengok Hawaii Five-O sambil breakfast. Lepas Zuhur, biasanya main games kat laptop. Lepas Asar tu kalau tak ngantuk, ada lah baca-baca sikit artikel tentang ISO kat LinkedIn. Malam pulak, after dinner tengok citer The Blacklist. Dalam pukul 11, job hunting sampailah ke pukul 2. Dan keesokannya,  all of these activities berulang lagi, sounds boring isn't? Except hari Jumaat lah, malam je aku lepak dengan Afiq Azham sampai pukul 3 pagi kat Medan Selera..haha

Ok, when we talk about rezeki. Memang tak dinafikan rezeki kita ni Allah yang pegang. Tak kira lah macam mana berusahanya kita nakkan sesuatu benda tu. But when Allah belum nak bagi, so, kita mestilah sabar dan redha. Ada lah seorang kawan aku ni Whatsapp aku 3 hari lepas, tanya pasal life aku sekarang. Aku nak sangat amik screen capture but takde function tu pulak..huu, henset murah..lol - soalan cliche, dah kerja ke? Aku jawablah "Belum lagi". Ringkas je. Pastu dia reply "Serius f**k, orang semantap ko ni pun tak kerja lagi" .Erm, aku faham lah maksud dia tu. Memang betul. Kuat usaha aku semata-mata nak improve resume time belajar kat UiTM dulu. Join SMF, dah habis servis, join SASEA - sukan pulak SAF, SUKOL. At the same time, akademik pun aku tak abaikan. Nothing worse (maybe not so good, but average) pun pasal presentation and communication skills aku sepanjang belajar. Aku ingat lagi bila kawan-kawan selalu perlekehkan kesibukan aku dulu. Penat sangat dulu, tapi bila dah habis belajar - aku sangat berpuas hati. Macam-macam aku dah buat untuk resume ni.

So far, Perodua je yang dah call dan interview aku. Company lain memang payah, even firm kecik pun. Untuk Perodua, dua-dua position (Purchasing dan juga Corporate Planning) aku dah lepas stage terakhir - but macam tajuk hari ni - rezeki. Vacant position nya satu je, but stage terakhir ada 8 candidates. So, chances of probability tu 1:8 kan? Yang tujuh orang tu pulak bukannya calang-calang - ada work experiences, qualification. Pendek kata, memang requirement untuk position tu dah fulfill semua la. Aku pulak, fresh graduate, ada qualification but little work experiences. Seingat aku time daftar hari tu, I'm the youngest with 1992, yang lain ada 1984, 1989 etc. After all, walaupun tak dapat pun aku still berpuas hati jugak dapat melayakkan diri ke the best 8 untuk sebuah company yang ternama macam Perodua ni.

Sesungguhnya rezeki kita ni semuanya telah ditetapkan oleh Allah. Allah menamakan diriNYA Ar-Razzaq yang bermaksud Maha Pemberi Rezeki. Tiada satu makhluk pun yang wujud melainkan Allah pemberi rezekinya dan Islam tidak menyuruh kita bersenang lenang tanpa berusaha mencari rezeki yang telah ditetapkan itu kerana tawakkal itu mesti datang dengan usaha kita. Jadi, aku mesti jadi lebih agresif lagi dalam job hunting ni untuk mencari rezeki itu. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Amin

Monday, September 15, 2014

Kisah AKU n Going 98

Assalamualaikum,

Petang semalam aku sempat lah menonton satu movie yang quite okay dan juga inspirational jugaklah kat siapa-siapa yang berada dalam management industry ni. Filem yang diberi nama "Jobs" ini merupakan satu filem biografi berdasarkan kisah hidup Steve Jobs. Jalan cerita yang menarik, plot yang senang difahami dan juga, background cerita ni ialah ketika permulaan era personal computer. Apa yang cukup menarik, ialah bagaimana komputer zaman dulu berfungsi dengan OS yang direka oleh both Microsoft dan juga Apple. Tiba-tiba terdetik lah kat hati aku ni to bring back the old memory, ketika zaman aku guna komputer dulu.

Before pakai Windows 7 Pro ni, kehidupan komputer aku bermula dengan OS Microsoft Windows 98 dan terus jump ke Windows XP SP2 dan obviously, when you ask me mana yang bagi banyak kenangan, of course it is the XP SP2, sebab banyak game aku boleh main ..huu, in fact - my personal computer yang besar gedabak tu still run this OS tau. But, honestly the 98 version of Microsoft yang menyentuh jiwa, huu - mungkin sebab ianya merupakan the first OS yang family aku guna. So, untuk itu - aku mengambil inisiatif tu recreate tema Windows 98 kat laptop aku sekarang ni, haha..
Tadaa!! Dengan icon besar, dan taskbar kaler grey - bergabung dengan official Windows 98 wallpaper. Cukup mengembalikan kenangan dulu. 
GUI pun sangat classic dan really bring back the old times ketika menggunakan OS 98 ni. Terasa nak je buat total overhaul kat PC aku ni, nak tukar tema, sound, media player dan juga game-game dulu macam SEGA Worldwide Soccer, Virtua Cops, The House of The Dead and SEGA Racing..huhu

Ada lah cari kat internet pasal guide untuk recreate the old packs ni tapi tak nak amik risiko, sebab mostly pack yang ada kat internet semuanya third party, and Windows tak authenticate and authorize. Boleh je nak install, but kalau ada tweak, or glitch nanti susah pulak. Lain lah kalau aku ni budak IT..:-)

Tak nak amik risiko, aku pun guna je lah apa yang aku tau buat..and so far, sangat okay and of course, this tema shall stay here in my Dell sampai lah aku boring..haha

Tuesday, September 9, 2014

Kisah AKU n ADS 660 - Seminar in Global Affairs

Assalamualaikum junior-junior sekalian, aku tahu memang ramai antara korang yang mencari-cari resource berkenaan dengan elektif ni kan? Personally, memang ada 5-6 orang junior FSPPP yang call aku untuk mendapatkan maklumat pasal subjek Seminar in Global Affairs ni. Baiklah, sebagai student semester enam, hanya akan ada dua elektif je yang ditawarkan bagi siswa dan siswi BAS iaitu Seminar in Public Management, dan juga Seminar in Global Affairs.
And I'm a proud student of Global Affairs, huhu. Elektif dalam kos BAS ni walaupun nampak remeh tapi sebenarnya memainkan peranan yang penting dalam student-student. Seperti yang korang tahu, kos ni takde major, but kata lecturer aku - melalui pemilihan elektif lah yang menentukan dimana major seseorang student tu dan untuk aku, 3 daripada 4 subjek elektif memang berkait antara satu sama lain. Bermula dengan International Relations, bersambung dengan South East Asian Affairs, diteruskan dengan Employee Benefit Administration (terkeluar..haha) dan yang terakhir sekali Seminar in Global Affairs. Memang ianya designed untuk inter-relationship.
Okay, secara asasnya subjek ni merupakan direct successor untuk subjek International Relations yang ada daripada korang dah amik time Part 3 tu. So, tak terkejutlah ada some of the topik dalam silibus subjek ni dah pun diajar, cuma lagi advance. Seperti IR, subjek ni memerlukan pemahaman kukuh student dalam teori berkaitan global affairs, dan juga isu-isu semasa yang berlaku kat dunia global sekarang ni, sebagai contoh Isu Lahad Datu, MH370, MH17, Israel-Palestin dan sebagainya. Student mestilah tahu bagaimana nak aplikasi kan teori-teori yang diajar dengan isu-isu tu yang datangnya dari case study dan juga tutorial question.

Time exam memang akan keluar soalan berkaitan isu-isu ni. So, student semua diminta untuk alert dengan isu-isu global dan perlulah rajin nak amik port berita-berita ni..Erm, aku nak share jugaklah beberapa topik yang ada dalam silibus Seminar in Global Affairs ni..:-)

1) International Relations - Realpolitik
2) Cold War - Background & Legacy
3) The New World Order - Vietnam's Syndrome
4) An Analytical Framework - Unipolar & Multipolar, Anti U.S Sentiment
5) European Union - Background, Germany's Strength, EU Crisis
6) Human Rights - Concept & Practices, Myanmar Issue
7) Terrorism - Concept, WTC, Islamophobia, Counter-Terrorism
8) Security & Conflict Resolution - Concept, Multilateral and Bilateral
9) Globalization - Trade Liberalization, Environmental Protection, Global Movement of People (Migration, Trafficking etc.)
10) The Rise of China - China & ASEAN, The Decline of U.S Supremacy, South China Sea Issue
Haa, macam mana korang? Okay tak..don't worry lah - no problem sangat sebenarnya, yang penting kena suka and minat baca pasal isu and berita luar negara. Theoretically, memang best sangat subjek ni - sebab at the end, kita mampu untuk interpret dengan secara ilmiah apa yang berlaku kat dunia sekarang ni. Kenapa Malaysia tak hantar bantuan tentera kat Palestin? Kenapa guna diplomasi? Kenapa Malaysia tak recognize pelarian? Semua benda ni akan dapat korang jawab dengan penuh ilmu, dan sangat berguna bila berdebat dengan macai-macai pembangkang yang tau menyalak, tapi sekadar tin kosong je..Betul tak?

Oh, terlupa pulak..buku teks memang aku takde. Semuanya guna slides - siapa yang amik IR dulu selak-selak lah notes time part 3 tu - memang sangat berguna untuk tambah point lagi. Nota-nota akan dibekalkan oleh lecturer korang kat i-Learn.
Erm, mesti ada yang nak tau kat berapa abang senior ni dapat kan? Haa, klik lah kat gambar tu untuk tumbesaran..hihi

So adik-adik, buat pilihan yang tepat - kalau minat pasal IR atau menyimpan cita-cita nak kerja kat Ministry of Foreign Affairs tu, subjek ni merupakan yang terbaik abang boleh recommend. But, kalau rasa jiwa lagi kena dengan pengurusan awam, Seminar in Public Management yang okay untuk korang. Apa-apapun abang wish korang-korang semua the best of luck ye untuk semester terakhir ni. Kalau ada apa-apa nak tanya pasal subjek ni, contact je kat e-mel..

Monday, September 8, 2014

Kisah AKU n Graduation Trip at Pulau Perhentian

Assalamualaikum semua, seperti yang dijanjikan dalam my previous entri. Hari ni suka aku nak share pengalaman bercuti di Pulau Perhentian bersama-sama rakan seperjuangan time Asasi dulu kat UiTM. Untuk pengetahuan korang, ni lah entri pertama yang menggunakan 99% gambar dari source bukan dari aku sendiri..huk. Seeperti yang korang tahu, my Lenovo S830 keciciran time on the way aku ke Hentian Putra tempoh hari, and sadly ada 100+ gambar dalam tu yang belum puas pun aku tengok..Erm, takpe lah, takde rezeki - mungkin ada hikmahnya. Okay lah, jom lah enjoy entri ni ye..:-)
Malam 31 Ogos tu aku bergerak ke Hentian Putra from Rawang since bas ke Kuala Besut pun akan bertolak pukul 10 malam. Pukul 6 pagi bas pun tiba. Ni gambar sebelum nak naik bot laju untuk menyeberangi Laut China Selatan.
Haha, untuk trip kali ni, aku sorang je laki yang join. Sepatutnya ada 2 lelaki dan juga 5 orang perempuan yang join trip ni, but dua orang membuat last minute cancellation, menjadikan hanya 5 orang je yang boleh join. Aku mula-mula berat jugak sebab memikirkan sorang je lelaki, tapi teruskan jugaklah since semua benda dah bayar. :-)
Crossing the South China Sea. Serius bot ni memang laju, ditambah pulak dengan laut yang sedikit bergelora, memang bumpy jugak lah hari tu. Sakit punggung aku tau..huu

Kami menginap selama 3 hari 2 malam di Flora Beach Resort dan bilik yang sepatutnya memuatkan dua orang, dimiliki sepenuhnya oleh aku..haha. Oh lupa pulak nak bagitau, network memang minimal dan sangat lemah kat sini. So, memang tak boleh nak access apa-apa jenis media sosial pun. Kalau lepak tepi pantai, ada lah dapat sikit.
Lepas solat Zuhur, kami lunch dan berjalan-jalan kat tepi pantai. Pulau Perhentian sememangnya terkenal dengan pasirnya yang putih, air laut yang biru dan juga bayu laut yang sangat tenang.
Sambil jalan-jalan tu aku cuba make contact with En Ahmad from Perodua tentang status aku kat sini dimana aku notify dia tentang network lemah, bukan apa sepatutnya minggu time aku bercuti kat Perhentian tu aku diminta untuk membuat medical check up untuk position Procurement Executive tu. So, takut pulak bila diorang contact, tiba-tiba tak dapat reach pulak..:-)
Rasanya dalam pukul 4 kami balik ke bilik. Sambung tidur, dalam pukul 5.30, Biha ketuk pintu bilik - ajak berendam dalam air laut katanya. Sambil-sambil mandi tu ada lah bersembang-sembang pasal next plan, pasal kerja, reseach, memories time belajar Asasi dulu, kawan-kawan lama..memang seronok betul..huu 
Esoknya dalam pukul 10.30, kami membuat aktiviti Snorkeling iaitu sebahagian daripada package kami dengan Sea Life Tour Agency ni..Ada 6 checkpoint untuk snorkeling ni, seingat aku ada tempat snorkeling untuk penyu, coral, anak ikan jerung etc.
Sedih tengok gambar ni..huk, kenapa bro? - Sebab ni lah gambar yang aku snap from Lenovo S830 yang sempat aku whatsapp kat budak-budak ni. Cantik kan kamera ni..huk
Lepas dah puas melenjan 3 checkpoint - kami berhenti lunch di Fishermen's Hut. Seingat aku banyak gambar aku snap pakai monopod kat sini before my henset tu overheat macam nak meletup..:-( Aku terus cabut SD Card, Sim Kad and bateri and bungkus dalam plastik - takut explode pulak nanti..huu
Ni time kat last checkpoint. Ada banyak Nemo tau..huu.
Letih bai..haha, gegirls ni tak tau letih ke..? 
Hari ketiga, iaitu hari last kami tak banyak gambar pun ambik. Ada lah dua tiga yang aku snap time tengah shopping souvenir, and dalam bas tapi sembang sekarang memang pointless lah..bukan ada pun gambar-gambar tu..haha. Kami bergerak from Kuala Besut dalam pukul 9 pagi dan sampai Hentian Putra kira-kira pukul 6.30 petang, dan kemudian bermula lah satu demi satu episod misfortune yang terjadi dalam hidup aku dalam satu malam..:-( But, overall trip ni memang best, sangat enjoy walaupun aku je kumbang dalam bunga-bunga yang ada..haha, of course, I'm looking forward untuk bercuti dengan korang lagi..Thank you untuk semuanya!

p/s: Allah bila nak uji, macam-macam cara Dia boleh bagi. Cuma nak tengok macam mana cara kita melalui dugaan yang diberiNya. Ada ujian datang dari malang tak berbau sebagai contoh, kehilangan barang. Ada ujian jugak datang bila kita terjumpa barang orang lain, dimana Allah nak test kejujuran kita - ambil barang yang bukannya milik kita tanpa cuba berusaha untuk memulangkan, maka gagal lah kita dengan ujian itu.