Monday, July 4, 2011

Kisah AKU n Topik : Pengguna Jalan Raya Yang Tak Beretika??

Topik hari ini maybe agak lame because akupun tak tahu nak cakap apa sangat. But, walaupun topik kali ini mungkin menyakitkan sikit bagi yang terasa - tapi, apa salahnya kalau aku bersuara. Ok, subjek kita hari ini, pengguna jalan raya dan tabiat buruk mereka.

Aku seawal pukul 0620 pagi sudah bergerak daripada rumah untuk mengelakkan kesesakan jalan raya lagi-lagi di traffic light nak ke Bukit Beruntung tu. Kata ayah, jangan pasang lampu tinggi kalau tak perlu, nanti orang depan marah, well, bagi siapa yang tinggal dekat Sg.Buaya korang pun tahu macam mana jalan dia kan - bengkang bengkok macam ular kena palu. Actually, aku takde hal lah sangat because mata aku alhamdulillah boleh berpandukan lagi garisan putih tu. Tapi, yang bikin panas - bila ada kereta yang pasang lampu tinggi, dah lah kereta besar macam Transformer (lampu biasa dia pun aku dah anggap macam lampu tinggi), korang boleh bayang tak macam mana silaunya mata aku - betul cakap ayah, lampu tinggi memang boleh buat orang marah, tapi, kalau kita nak jaga hati orang, tapi, orang tak nak jaga hati kita - apakah itu?? Apa korang ingat, korang je yang ada lampu tinggi - lepas tu, aku terus unleashed lampu tinggi aku pulak.He3x, sorry ayah..bila ayah takde ni, abang jadi nakal pulak drive kereta..ngeex

Okay, kali ini aku switch jadi pejalan kaki pula, sebab aku bukan drive sampai KL pun - tak berani lagi lah. Bila jadi pejalan kaki ni memang bahaya - bukan apa, kadang-kadang kita tak boleh expect apa yang pengguna jalan raya such as pemandu kereta, penunggang motor nak buat. Time ni, memang aku pantang gilalah. Biasanya terjadi waktu aku nak balik, jalan sesak kan, semua pemandu berlumba-lumba nak sampai rumah awal lah katakan.

Situasi 1: Pejalan kaki seperti aku nak seberang jalan - traffic light merah, means pejalan kaki boleh jalan kan??. Preeenggg!!..dengan pantasnya motor melintas depan kami - weyh, lampu dah merah kan, bagi lah kitorang peluang nak jalan pulak. Tak boleh sabar ke??

Situasi 2: Pejalan kaki nak seberang jalan - takde traffic light. Dari jauh drive slow je , kami ready lah nak lintas tiba-tiba, zuppp..dengan pantasnya si driver tu overtake. Kurang asam kau, dah lah signal tak bagi, tau tekan minyak je kau..

Situasi 3- Lebih kurang sama dengan Situasi 2 - tapi bezanya segelintir daripada pejalan kaki dah cross - yang lain tu, tengah 50-50, driver tengah sedap laju ni - cepat-cepat tekan brek then horn macam orang gila.

Situasi 4- Pejalan kaki nak seberang jalan - takde traffic light ni - tapi ada polis trafik. Yang ni aku bengang juga dengan polis tu, macam tak nak bagi kitorang cross jalan je - lama kot, karang aku tetinggal bas pulak.. Then, tiba masa trafik hadapan berhenti, laluan kiri bergerak pulak..kami ready untuk menyeberang, tiba-tiba mesti ada kereta yang last-last minute cuba nak overtake jugak..memang kurang asam betul. Kalau sebijik kereta takpe, kalau ada yang menyibuk, mengikut kat belakang, terperangkap lah kami kat tengah-tengah jalan tu - gila .

Betul mak cakap, pemandu ni cuma mengikut peraturan memandu sebab nak dapat lesen je..alhamdulillah, aku tak pernah lagi melanggar peraturan jalan raya setakat ni. Korang kena sedar, segelintir daripada kami pejalan kaki ni pun pemandu jugak..so, janganlah nak berlagak sangat, macam korang je yang ada kereta kat KL ni.

No comments:

Post a Comment