Thursday, July 21, 2011

Kisah AKU n Topik: Info PRU -13

Pilihan Raya Malaysia yang ke 13 mesti dijalankan pada tahun 2013 ataupun sebelum berakhirnya 2013, kalau nak diikutkan, umur aku dah 21 waktu itu - depends on bila PRU ini dijalankan, if selepas 26.11.2013, that's mean aku layak mengundi but if not - tunggu lagilah nampaknya.

Apakah itu Pilihan Raya Umum.
Basically, Perlembagaan Persekutuan Malaysia menetapkan bahawa a general election mesti dilakukan sekali didalam masa 5 tahun. Akan tetapi, Perdana Menteri Malaysia boleh meminta budi bicara (royal consent) YDPA untuk membubarkan Parlimen bila-bila masa sebelum tempoh 5 tahun itu.Pilihan Raya Umum patut dilaksanakan selama lebih kurang 2 bulan di Semenanjung dan 3 bulan di Sabah & Sarawak selepas pembubaran parlimen.

Sejak Malaysia mencapai kemerdekaanya pada tahun 1957, Barisan Nasional selalu mendominasi Pilihan Raya Umum Malaysia.

Proses Pengundian
Pilihan Raya biasanya diselia oleh 7 orang ahli neutral Election Commision. Ahli-ahli ini dilantik oleh YDPA diatas nasihat Perdana Menteri.

Kempen
Hari kempen permitted oleh undang-undang ialah dari tarikh penamaan calon sehinggalah hari mengundi. Media dan peranan mereka.Mungkin ini yang menyebabkan pembangkang marah dan tidak berpuas hati kerana kurang mendapat akses media. Pada PRU 1999, pihak pembangkang masih diberi kebebasan ini - manifesto mereka disiarkan di RTM, akan tetapi kerajaan menukar polisi mereka dengan menyatakan bahawa RTM ialah milik kerajaan maka, keutamaan harus diberi kepada parti kerajaan.

Hari Mengundi
Rakyat Malaysia diseluruh negara keluar mengundi di pusat pengundian di serata Malaysia. Biasanya pusat pengundian terletak di sekolah atau pusat-pusat komuniti. Undilah calon pilihan korang semua waktu ni..

Proses Pengundian
Hanya yang layak mengundi sahaja dibenarkan. Rakyat Malaysia diatas umur 21 tahun mestilah mendaftar terlebih dahulu di EC sebelum boleh mengundi. Selepas identiti pengundi dikenal pasti, mereka akan diberikan dua kertas undi - one for parliamentary seat dan satu lagi untuk kerusi ADUN. Selepas itu pengundi akan bergerak ke individual booth dan memangkah calon pilhannya. Finally, pengundi akan melipatkan kertas undi itu dan memasukkan ke dalam peti undi - parlimen dan DUN.

Kiraan dan Pengumuman
Ini yang paling best sekali - biasanya aku tengok TV bila kemenangan calon diumumkan. Kiraan semula akan dijalankan jika ada diantara calon yang tidak berpuas hati. Biasanya, ia diumumkan pada waktu malam hari mengundi.

Apa yang calon tak boleh buat waktu Pilihan Raya?
1) Menyediakan makanan, minuman dengan tujuan untuk meraih undi.
2) Memberi monetary reward kepada sesiapa yang mengundinya.
3) Menghalang laluan ke pusat pengundian.
4) Menyediakan pengangkutan seperti bus dan teksi untuk pengundi ke pusat pengundian. Bagaimanapun, masih ada kelonggaran if darjah kesampaian ke tempat pengundian memakan masa dan menyusahkan seperti - ada sungai ataupun keadaan yang berbukit.
5) Dibawah S 19 of the Elections Offence act 1954, setiap calon tidak dibenarkan membelanja lebih daripada RM 200 000 (Kerusi Parlimen) dan RM 100 000 (Kerusi DUN)
6) Mengugut kepada pengundi supaya tidak mengundi calon lain seperti apa yang dilakukan PAS pada PRU 2004 : PAS mengancam rakyat di kawasan kurang membangun - jika mereka mengundi PAS, mereka akan dirahmati Allah but jika tidak, mereka akan masuk neraka.

So, sebelum aku menutup entri hari ni, aku nak cerita sedikit latar belakang PRU 13 Malaysia. Pada PRU 2008, BN hanya menguasai 140 kerusi, while PR meraih 82 kerusi dan sekaligus menafikan majoriti BN didalam Parlimen Malaysia. Tambahan itu, PR juga berjaya mengambil 5 state assemblies dan juga 10 daripada 11 kerusi parlimen di Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur.

Dengan kekalahan itu, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mengumumkan persaraannya sebagai PM dan juga Presiden UMNO. Kemudiannya, Datuk Seri Najib Tun Razak dipilih tanpa tentangan sebagai Presiden UMNO dan PM Malaysia yang Ke-6

Berlainan pula dengan PR, Datuk Seri Anwar Ibrahim kembali ke dalam Parlimen setelah isterinya, Wan Azizah Wan Ismail menyerahkan kerusi Permatang Pauh.

So, pada PRU 13 kita bakal menyaksikan pertarungan diantara BN's Datuk Seri Najib dan juga PR's Datuk Seri Anwar Ibrahim. BN masih menguasai 137 kerusi dan memerlukan 11 kerusi untuk merampas semula kuasa majoriti. PR menduduki 76 kerusi dan memerlukan 72 kerusi untuk mengambil alih parlimen dan menubuhkan kerajaan baru.

Persoalannya, mampukah BN merampas semula kelebihan majoriti dan bolehkah BN memancing hati rakyat Malaysia yang sudah meluat dengan insiden 9 Julai yang aku percaya, satu "projek mereka" untuk membuatkan seluruh rakyat Malaysia membenci kerajaan pimpinan.

Persoalan kedua, adakah "projek" itu mampu menumbangkan kerajaan dan membolehkan PR membentuk kerajaan baru.

Kita akan lihat itu nanti wahai Bangsa Malaysiaku, tetapi, walau apa pun terjadi - I'm still a Loyalist

No comments:

Post a Comment