Wednesday, July 20, 2011

Kisah AKU n Motivasiku

Aku gagal menyambung pengajian undang-undangku, Allah melarangku terlibat didalam bidang itu.
Sebagai ganjaran, aku diberi peluang menyambung pengajian polisi, mungkin ada kerjaya yang lebih baik menantiku.

Aku sangat menyintai perempuan itu, akan tetapi ditolaknya cintaku, Allah merasakan yang dia tidak cukup bagus untuk dijadikan pasangan hidupku.
Sebagai ganjaran, aku masih berpeluang hidup bersendirian, mungkin ada yang lebih bagus menantiku.

Aku pernah gagal membimbing adik-beradikku, Allah mahu menguji tahap kesabaran dan kecekalanku dalam menjadi ketua keluarga.
Sebagai ganjaran, aku berpeluang untuk mengetahui sejauh mana kelemahan aku.

Aku sangat egoistik, mungkin Allah mengurniainya supaya aku mampu hidup dengan berdiri diatas kaki sendiri.
Sebagai ganjaran, aku masih mampu teruskan hidup walaupun agak susah pada mulanya.

Aku adalah aku, Allah telah menyiapkan jasad dan rohku sebegini rupa - semuanya telah ditakdirkan oleh Nya
Sebagai ganjaran, aku percaya yang apa yang aku lakukan - bukannya disebabkan orang lain, kerana itu ialah takdir Allah kepadaku dan aku cuma menjalankannya.

Motivasiku, terus bimbing aku dengan kata-kata kau itu- semoga hari esok, lebih baik daripada hari ini.

No comments:

Post a Comment