Sunday, October 14, 2018

Kisah AKU n Bachelor Trip @ Melaka - Day 2

Assalamualaikum,

Okay, hari kedua aku dan rakan-rakan kat Melaka banyak dihabiskan di area Klebang. Yelah, dah nak balik Shah Alam pun semalam. Eh, sekejap je trip? Nak buat apa lama-lama kat sini, nanti kahwin dengan orang Melaka jugak. Huu
Selfie time didalam escape pod before check-out. Memang best rupanya tidur dalam ni. Ada fefeeling jadi Clone Troopers pulak..:-p
Check-out sekitar jam 10 pagi. Thanks for SWM Capsule Hotel for a memorable one-night stay kami disini. Good customer and room service. I bagi 5 gold-star! 
Ingat bila bachelor trip aku takdelah kena drive pergi-balik, rupa-rupanya sama je. Takde special treatment pun. Huhu
Kami breakfast di Mee Goreng Pak Hassan @ Tengkera, or famously known as Mee Bodoh! Haha, apasal pulak nama kau sebegitu rupa? Huu
Mengikut cerita kenapa Mee ni dapat nama camtu simply sebab rupa dia kot. It's just a plain Mee Goreng, dimakan bersama Telur Sambal Timun. Rasanya memang okay dan boleh dimakan, cuma agak berminyak sikit. Harga pun murah, sepinggan RM 2.80 sahaja.
Destinasi seterusnya ialah Pantai Klebang. Datang sini sebenarnya nak rehatkan perut masing-masing yang dah bergelora after pekena Mee Bodoh tu. Huu. Plus, nak membuang masa sikit sementara tunggu lapar untuk next list of food hunting. 
Selfie time! Bapak flawless gambar henset Yat ni. Hahaha
Menghayati bayu laut Selat Melaka. Buat pulak cuaca memang redup semalam. Quite relaxing, rugi tak bawak tikar. Kalau tak boleh berpiknik bawah pokok..:-)
Orang kata tak sah datang Klebang kalau tak try The Original Klebang Coconut Shake. Sedap diminum sambil melepak tepi pantai.
Dok lepak atas batu sambil menyembang plan after kahwin..:-)
Our next destination is Muzium Kapal Selam, yang juga terletak di area Klebang. To be specific di Pantai Berlian
Disini menempatkan sebuah Kapal Selam model FS Ouessant Augusta 70 milik Tentera Laut Diraja Malaysia yang telah diubahsuai menjadi Muzium untuk tatapan umum. Bukan setakat tatap je, nak masuk dalam tengok pun boleh. Tapi bayar RM5 tau.
Berangin kuat area sini. Sampai nak terbang topi aku tu. Untuk pengetahuan, ni betul-betul kapal selam tau, bukan replika..:-)
Dalam ruang Torpedo. Dah masuk baru lah boleh bayangkan time World War dulu, macam mana submarine crew bertungkus lumus reload torpedo.
Bilik enjin. This is the heart of submarine. Enjin takde, maka tak bergerak lah diorang. Bila tak gerak, macam mana nak timbul.
Sedikit interior dalam kapal. Tak silap aku pihak Muzium ada provide package bermalam dalam submarine ni. Hat sapa yang nak merasa jadi submarine crew boleh lah try. Cuma aku tak berapa ingat detail. Maybe boleh pergi laman web PERZIM, kot lah ada info. 
"Ye Cif, mana aircond yang rosak tadi" Huu
Komander Yat didalam ruang Komunikasi dan Sonar..:-p
Kat sini bukan setakat ada kapal selam je, sebanyak dua buah jet pejuang (McConnell Douglas A-4 Skyhawk dan juga Northrop Grumman F-SE) pun dipamerkan jugak untuk tatapan orang awam. Untuk orang yang berjiwa sejarah macam aku ni, memang seronok sangat dapat melawat muzium camni. Huhu 
Bersantai sementara menunggu masuk waktu Zuhur. Memang klasik betul, lepak dekat pondok ni sambil dengar keroncong live dari pihak PERZIM. Buat pulak bayu laut memang kuat kat sini. Sampai aku pun terlelap semalam..:-)
Since ni merupakan destinasi terakhir kami di Melaka, sempatlah menyinggah beli souvenir buat kenang-kenangan dari negeri bersejarah ni. Start tahun depan, memang balik Melaka je lah aku. Huu
Sebelum pulang ke Shah Alam, we had our late lunch di Utas Briyani Muar dekat Melaka Permai. Budak-budak ni asal amik gambar semua buat thumbs down. Haha. Melaka ni overrated katanya. Konon banyak port makan sedap, tapi biasa je sebenarnya. Pastu kat Klebang, bersepah kedai claim diorang Original Coconut Shake. Tang mana satu yang original pun kami tak tau. Tapi bagi aku okay je. Huu, mentang-mentanglah nak kahwin dengan orang Melaka. Kena jaga hati sikit..:-p
Briyani Kambing Muar. Memang sedap! Portion kambing dia tu macam untuk makan dua orang..:-)
Bertolak dari Melaka sekitar jam 4 petang, sampai Shah Alam around 6.15pm. Hujan lebat all the way from Simpang Ampat ke Putra Height. Nak menghilang ngantuk punya pasal, tah lagu-lagu apa Yat bukak kat Youtube semalam. Huu

Sampai je aku drop diorang then terus made my way back to Rawang. Malas nak menghadap jem, aku lalu Guthrie je. Pukul 7 sampai rumah, kalau lalu NKVE tu tak tau pukul berapa sampai. Diorang kata ada accident semalam. Ingat malam nak lepak dengan Afiq, bangun-bangun dah pukul 12.30. Pastu 6 missed call. Haha, sorry bro - lemau gila. That's the wrap untuk entry my bachelor trip dan rakan-rakan UiTM. Thanks for the memories guys, I'll miss you all. Sobs

P/S: Next week turn Brotherhood Sungai Buaya pulak. Ready or not? Jauh nak berjalan ni.

Kisah AKU n Bachelor Trip @ Melaka - Day 1

Assalamualaikum,

Okay, petang ni nak cerita sikit bachelor trip yang rakan-rakan UiTM aku organized to celebrate zaman bujang aku yang nak berakhir ni. Huu. Tapi, nama je bachelor trip tau. Takde pun aktiviti-aktiviti pelik yang kami buat sepanjang dua hari ni. As usual, let's start dengan cerita office dulu.
After 2 tahun setengah berkhidmat dalam Business Development Department disini, minggu lepas aku telahpun dipindahkan secara permanent ke RFID Fitment Center Operation Division. Since operasi Fitment Center kami semakin expanding time by time, a new division was being created to support it's daily operation. Seiring dengan pertukaran role dan jawatan, aku jugak dipindahkan dari HQ MTD Batu Caves ke HQ Fitment Center yang terletak di Technology Park Malaysia, Bukit Jalil. Ni lah meja baru aku. Huu
Lagi menambah gembira, kawan baik aku si Afiq ni pun dah memulakan tugas as a Fitment Center Supervisor kat sini. Ingat bro time lunch jangan berjam-jam pulak kita lepak nanti, lepas office hour no problem. Haha
Petang Jumaat tu sekitar jam 7.30 petang, aku bergerak dari TPM ke Shah Alam. Aku planned untuk memulakan perjalanan ke Melaka lepas Isyak. Aku sampai ngam-ngam masuk waktu. Tumpang mandi, solat then around 9 malam kami berempat terus memandu menuju ke Melaka.
Trafik tak berapa jem, tapi jumlah kenderaan atas jalan quite banyak jugak. Ditambah pulak dengan hujan sepanjang jalan, kami akhirnya tiba di destinasi sekitar jam 11.15 malam.
Kami memilih untuk menginap di SWM Capsule Hotel yang terletak di Kota Laksamana, Melaka. Mula-mula aku ingat SWM ni Star Wars Motel, sebab tengok dalam gambar macam escape pod Star Destroyer. Huu. Rupa-rupanya Stay-With-Me Hotel.   
Kalau tengok dalam Booking.com, check in sampai jam 11 malam je. Nasib baik kami dah kawtim siap-siap. Kalau tak berkicaplah nak mencari hotel lain.
Main buai sementara tunggu kapsul ready. Huu
Ni lah mastermind bachelor trip aku, Joe dalam bilik kapsul dia..:-)
Abandon Ship! Abandon Ship! All personnel evacuate to the nearest escape pod! 
Capsule aku, boekk kan? Satu capsule boleh memuatkan sorang je. So, kalau korang ada empat orang, kena book empat capsule lah..:-)
Lepas check in, we went to had our late dinner dekat Pak Putra Tandoori & Naan Restaurant. Si Yat ni dah buat research port makan yang kitorang kena try kat area Melaka ni. So, Pak Putra ni one of the list jugaklah.
Pekena Garlic Naan Cheese with Chicken Tandoori. Memang kenyang gila! Berbaloi lah RM 12..:-)
Lepas makan, kami merayau malam dekat Bandar Melaka. Ingat nak pergi Jonker Walk, rupa-rupanya dah tutup. Mana taknya, dah pukul 2 pagi baru nak merayau..:-p
Nasib baiklah kawasan historical site ni boleh masuk lagi. Tapi memang kitorang je lah yang syok bergambar pun. Ada pulak orang nak datang sini pagi-pagi buta?
Bergambar dihadapan Fortaleza A' Famosa. First time aku datang sini time malam. Kot lah ada hantu Portugis nak tumpang bergambar ke. Hii
Just 200m berhampiran A'Famosa, ada kawasan yang menempatkan replika-replika kenderaan zaman Pre-Independence dulu.
Yat dah macam model malam tu. Haha
Joe dihadapan replika Flor De La Mar, flagship untuk Viceroy Alfonso De Albuquerque yang karam di Selat Melaka, shortly after the Fall of Malacca. Tapi dalam gambar ni tak jelas sangat replika tu, maklumlah henset biasa-biasa je. Huu. Sekitar jam 3 pagi, kami menamatkan aktiviti hari pertama kami di Melaka dan pulang ke hotel.
Mat malam. Tido dulu. Huu

Okay, nak tau apa pulak kitorang buat untuk hari kedua kat bumi Hang Tuah ni? Sila nantikan entri kedua ya!

Friday, October 5, 2018

Kisah AKU n Au Revoir, Ira!

Assalamualaikum,

Amboi, letihnya hari ni. Non-stop kerja. Pagi pergi PLUS ada tender submission, petang penuh meeting. Pukul 6 baru boleh buat kerja yang tertangguh. Sudahnya, jam 10 malam baru aku balik tadi. Itupun sebab ada gangguan halus. Huu. Okaylah, nak story sikit pasal cerita malam Rabu hari tu.
Rabu lepas merupakan hari terakhir our Admin BD Assistant, Fazeera bertugas bersama Quatriz. Basically, entry malam ni kita nak story sikit aktiviti yang aku dan rakan sekerja buat to celebrate her farewell party. Petang tu ada makan-makan sikit dekat TPM office, order Domino Pizza. Kebetulan aku tak lunch hari tu, memang banyak jugak slice aku makan. Huu
Sekitar jam 6.30 petang, kami bergerak ke venue party yang terletak di Puchong. Nasib baiklah Rizal bermurah hati nak jadi driver since kereta aku penuh safety cone, kotak scanner. Dah macam patrol car pun ada. Haha
IOI Puchong merupakan lokasi kami berparti malam tu. Ni lah antara mall favourite aku, parking pun senang. Port karok ada, panggung wayang pun ada, restoran pun bersepah. Tempat dating dulu ni. Huu
Aktivit pertama - Karaoke. Since majoriti kami ni semua kaki karok. Memang cun sangatlah nak spend masa yang berkualiti kat dalam ni.
Bergambar dulu sementara nak menunggu kawan-kawan lain yang datang dari Batu Caves. Dari kiri - Rizal, Ira, Mel, Nik, Azrul.
Memang tak dinafikan, power betul tempat ni. Dengan AV yang mantap, bilik yang spacious dan comfy. Cuma lagu kurang update sikit. Still mencari One Avenue Band tak jumpa. Huu
Jus Kiwi dan Iced Lemon Tea, berserta Anggur sebagai pencuci mulut dan pelincir tekak..:-)
Kitorang karok 3 jam semalam. Bagi aku biasalah tu. Huu. Ni 9 orang 3 jam tau, yang aku ni 3 orang 3 jam pun pernah. Haa
Selfie time bersama Rizal & Syah. Jangan risau, tu Iced Lemon Tea je. Huhu
Bersama partner karok aku kat Quatriz, Syah. Arief tak dapat join sebab terkandas kat Solomon Island sekarang..:-p
Boleh tahan jugak bebudak ni. Si Ira kaki dangdut, Ima & Mel lagu jiwang karat perempuan zaman 90an. Yang paling terkejut si Nik tu. Layan lagu Linkin Park siaa. Haha
Bergambar kenangan sebelum meninggalkan Ports of Puchong. Thanks for you guys punya hospitality. 5 Star!
Since habis karok pun jam 10.30, most of restoran dalam IOI tu pun dah tutup. So, we headed to McDonald Bukit Jalil. Alaa, yang dekat Petronas Standard Chartered tu. Kat sini si Jaba join, sebab bro ni malu-malu kucing tak nak karok. Haha
Selfie seround untuk mengabadikan kenangan bersama bekas rakan sekerja kami ni. Setahun setengah jugak si Ira ni kerja Quatriz. Okaylah tu..:-)

Tepat jam 12 tengah malam, kami pun bersurai pulang kerumah masing-masing. Mula-mula aku ingat nak tidur office je sebab memang spare baju dengan toiletriesdalam kereta. Last-last bila fikir balik, esoknya nak hantar tender. Boleh keluar lewat sikit. Last-last balik Sungai Buaya terus, sampai rumah pukul 1 pagi then terus tidur. Apa-apapun to Ira, I wish you the best of luck di tempat baru. Kot lah company ada projek besar, kasi lah job sikit kat kitorang ni. Haha