Monday, March 3, 2025

Kisah AKU n Selamat Datang Ramadhan 2025

 Assalamualaikum,

Semalam tanggal 2 Mac 2025 bersamaan 1 Ramadhan 1445 Hijrah merupakan hari permulaan bagi umat Islam menunaikan ibadah puasa. Sesungguhnya bulan ni merupakan bulan yang paling dinantikan oleh umat Islam sebagai medan untuk menzahirkan rasa syukur dan tawadhuk kepada Tuhan Maha Pencipta diatas nikmat kurniaan yang diberikan selama ini. Seperti tahun-tahun sebelumnya, aku dengan penuh rendah diri mengucapkan selamat datang Ramadhan 2025!
Hari pertama Ramadhan semalam disambut dengan sederhana di rumah ayah. In Sha Allah, setiap hujung minggu kami sekeluarga akan datang berbuka, unless kalau ada plan lain lah.
Tahun ni Fariq nak join Terawih, tapi naik motor dengan atuk dia. Abah dia lagi suka berjalan, amik ingan sambil exercise sikit. 
Memang ramai jemaah kali ni, seiring dengan penambahan penduduk disini. Tahun ni beristiqamah untuk solat Isyak berjemaah, sebab tahun-tahun sebelumnya aku datang time nak solat Terawih je since lepas berbuka sambung kerja.
Apa saja lah budak ni mengintai tu. Jangan skodeng girl pulak. Huhu
Kebiasaanya, Fariq pun akan balik jalan kaki kerumah dengan aku since atuk dia sambung moreh. Aku lepas Witir memang terus balik, sambung kalau ada kerja urgent.
Tapi ada hari-hari yang Fariq tak join, aku pun lepak pekena moreh jugak..:-)
Ada budak merajuk tak dapat ikut pergi Surau. Tunggu minggu depan ibu dah habis period boleh join sekali. Huhu
Untuk tahun ni, kami di TNG masih mengekalkan hybrid workforce. Aku still kena datang office at least 3 kali seminggu, while the rest boleh bekerja WFH. Masa bekerja start jam 8.30 hingga 4.30pm, tapi atas budi bicara my direct boss, aku biasanya sampai ofis jam 9.30 dan akan keluar jam 3.30 petang. Cuma bila dah settle urusan ambil anak bini tu, kebiasaanya aku akan sambung kerja sampailah masuk waktu berbuka. If masih ada kerja, sambung lagi after berbuka sampai solat Isyak.
Since wife dah kerja kat Damansara, kitorang memang akan keluar awal around jam 7 pagi. Untuk hari aku WFH, normally kami akan gerak lebih awal dalam jam 6.40 camtu since aku akan hantar wife dulu baru hantar budak dua orang ni ke taska. Layan dapat sambung tidur dalam kereta..:-p
Menutup entri pertama Ramadhan 2025 di Diari McBride ni, suka aku nak mengucapkan selamat mennempuhi ibadah puasa. Tingkatkan amalan serta hindari aktiviti yang boleh mencalarkan keberkatan puasa kita ni. Aku berharap agar Ramadhan tahun ini digunakan dengan sebaik-baiknya dalam usaha meraih keberkatan dari Allah S.W.T. Amin Ya Rabbal Al-Amin.

No comments:

Post a Comment