Assalamualaikum,
Busy betul kerja bulan ni, tahu-tahu dah masuk minggu keempat kita berpuasa. Okaylah, tak nak bermukadimah panjang, entri kali ni aku nak share cerita Ramadhan minggu ketiga aku dan family yang disambut di Melaka.
Dekat ofis sudah tentunya tengah hangat bersembang pasal bonus + increment. Macam bro Nuh ni dari level 8 sanggup turun level 6 nak bergosip. Haha
Tanggal 22 Mac merupakan ulang tahun kelima aku di Touch 'n Go. Lima tahun bhai! Lanyard pun dah berkerak. Haha Ni rekod paling lama aku bekerja kat satu organisasi melepasi kerjaya aku time di Quatriz dulu.
Jumaat tu Fariq ada majlis berbuka puasa dengan Little Caliph.
Lepas dia settle baru lah kami bergerak pulang ke Melaka. Wife ajak nak berbuka puasa dengan adik-beradik dia, maklumlah tahun ni kan turn kami balik Perak
Balik naik Axia je, since Persona tak sempat nak servis. Dah lebih limit 1k.
Hari Sabtu tu dari pagi sampai ke tengahari hujan. Cuaca pun redup je, maybe malam Lailatul Qadr kot..:-)
Petang ke Bazaar Ramadhan Serkam Darat, tambah-tambah sikit juadah untuk berbuka.
Tahun ni terawih kat surau depan rumah ni je. Malas pulak rasanya nak drive kereta ke masjid, dah tu parking pun penuh.
Balik Terawih tengok anak-anak main bunga api bersama sepupu diorang
Fariq ni dok ingat dia jadi Star Wars pulak. Huu
Apa saja lah yang diorang tengok tu..:-p
Ahad, aku dan wife ditemani Iman meluangkan masa ke Merlimau. Nak cari baju raya hari kedua katanya..Huhu
Dok dalam kereta je. Bukan main bangga keluar pakai baju Newcastle ni. Mentang-mentanglah baru menang cup. Hahaha
Sambil tu cari port jual kuih raya.
Ikut plan pagi Isnin nak balik Rawang, tapi tak jadi. Sudahnya WFH je.
Petang bawak si Fariq ni pergi Bazaar, orang dah kata mana ada jual mainan kat sini.
Malam tu jam 11, aku dan family bergerak pulang ke Rawang. Alhamdulillah, sampai rumah around 1.15 pagi.
Baiklah guys, that's the wrap untuk cerita minggu ketiga Ramadhan 2025 aku. Okaylah nak tengok match England ni. Debut for our Big Dan Burn. HWTL!
No comments:
Post a Comment