Monday, March 31, 2025

Kisah AKU n Ramadhan 2025 - Day 29 & 30

Assalamualaikum,

Okay, meneruskan tradisi tahun-tahun sebelum ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2025 ni. 
Hari Sabtu iaitu hari ke-29, aku dan family sempat last-minute shopping di Lotuss Rawang. Takde shopping sangat pun, melayankan si Fariq ni nak cari action-figure Star Wars kat JJJ. Tapi ada jugak cari brooch, songkok etc.
Muka puas dapat jumpa Darth Maul. Ni saja dah RM40. Pfft. Baik beli kat Shoppee, boleh dapat 3 bijik..:-p
9pm - late Iftar di Mee Tarik Oriental @ Lotuss Rawang.
Budak-budak ni dah makan kat rumah, so enjoy their favourite dry dumpling as usual.
Wife dan aku semestinya makan mi tarik. Memang sedap makan kat sini, environment pun cosy je sesuai untuk family..:-)
Malam tu jugak packing barang. Untuk raya tahun ni aku bercuti sampai Rabu minggu depan sahaja since ada tender submission DBKL pada 9 Oktober. Raya kedua balik Melaka hantar wife dan anak-anak before balik ke Rawang semula pada hari Khamis. Lepas submit tender barulah aku bercuti panjang iaitu from 10 sampai 14 Oktober.
Isi duit dalam sampul raya. Sampul Raya TNG dah habis, so pakai PrimaValet punya. Huhu
Ahad - aku bergerak dari rumah untuk pulang ke kampung sekitar jam 3.30 petang. While mak ayah dan adik telah pun selamat tiba pada jam 6 pagi hari yang sama. Saja gerak lambat, lemau actually since tak tidur malam tu dok tengok live streaming Bus Parade & Celebration for Newcastle' victory dalam EFL Cup hari tu..:-p
Lalu highway je semalam exit Gopeng. Surprisingly, jalan memang clear gila. Huhu
Sekitar jam 6.15 petang, kami selamat tiba di Seri Iskandar. As usual, aku dan family menginap di D'Hotel @ Seri Iskandar. Maklumlah family pakcik makcik pun dah penuh rumah Opah tu, terpaksalah cari hotel. Nak raya kampung punya pasal, tak kisah lah spend duit sikit.
Tak sempat rehat pun, check-in letak barang kami move to the next activity sebelum pulang ke rumah Opah.
Dah-dah, sambung lompat-lompat malam nanti..:-p
D'Hotel ni if korang nak tahu bersambung dengan D'Mall Shopping Center. So, kami meluangkan masa melawat mall ni sekejap wife ada benda nak cari katanya.
Sampai kampung around jam 7 petang.
Clear dah tapak rumah moyang ni. Katanya Acik Joe nak buat rumah lepas pencen nanti.
Tahun ni Opah buat lemang. Terbaik!
Along sampai kira-kira jam 7.15, akak ni sekarang dah berpindah ke Ladang SD Guthrie Sungkai. Tu yang gerak lambat..:-p
Jam 7.30 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Perak Tengah sekaligus menamatkan Ramadhan bagi tahun 2025 ini.
Lepas berbuka, start main bunga api.
Acu Nani melancarkan roket ke udara..:-)
Dalam jam 9 malam, sesi berbunga api dan membakar mercun ditamatkan. Quick coffee session dan briefing untuk plan hari raya pertama. Time tu baru perasan takde mangkuk pakai buang untuk hidangan laksa. Tu yang terus gerak ke Seri Iskandar.
Lepas berjaya beli barang-barang yang mak pesan, family aku dan Along menyinggah Bask Bear @ Seri Iskandar untuk aktiviti seterusnya, iaitu..
Mini birthday celebration untuk my sister ni, yang kebetulan jatuh pada hari yang sama iaitu 30 Mac..:-)

Baiklah, mengulungi entri pagi ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2025. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.

In Sha Allah seperti yang dijanjikan, stay tune untuk dua lagi entri wajib Diari Syawal 2025 ni

No comments:

Post a Comment