Tuesday, April 1, 2025

Kisah AKU n Syawal 2025 - Day 1

 Assalamualaikum,

Telah berakhirlah Ramadhan tahun ini, kini Syawal yang mulia telah tiba. Ramadhan yang baru sahaja pergi meninggalkan kita ini sudah tentunya memberikan pengertian yang sempurna bagi umat Islam agar kita terus beribadah kepada Tuhan Maha Pencipta. Syukur aku panjatkan ke hadrat Ilahi atas nikmat meraikan kemenangan ini.
Seawal jam 8 pagi lagi aku dan Syazwan dah ke masjid. Tahun ni kami bersembahyang raya di Masjid As-Siddiq, Seri Iskandar. Just 1km from the hotel.
Ramai jugak jemaah yang hadir menunaikan solat hari raya hari tu.
Sampai hotel je wife dan anak-anak dah siap and ready untuk ke rumah Opah.
Sempat bersalam-salaman dulu before bergerak ke destinasi raya pertama kami untuk Syawal 2025 ni.
Makan dulu before start sesi photoshoot. Kena buat awal, takut nanti orang datang beraya. Diorang kat sini bukan kisah pun. Asalkan dapat makan. Pfft.
Lemang Opah + teh tarik. Memang A+ lah!
Ni apa termenung ni? Maybe teringat mak abah yang beraya kat Mekah kot.
Tahun ni mak ada buat photobooth kat bawah rumah. Satu gambar kami caj RM5 untuk orang luar. Haha guraulah..:-p 
Test angle camera. Huhu
Opah bergambar bersama anak-anak yang sempat dikumpulkan pada pagi Raya. So far 3 orang sahaja yang ada semalam. Acik Joe dan Acik Fendi petang Raya baru sampai. Acu Keon tak dapat cuti atas tugasan untuk negara..:-)
Family Acu Nani. Tahun ni bertemakan hijau sage.
Family Along kali ni pakai kaler hitam menawan.
My small family. So far belum ada plan nak buat expansion. Huhu
Adik bongsu pun tak lepaskan peluang bergambar dengan mak ayah. Bila nak kahwin ni bro? Tahun depan dah 3-series..:-)
Mak ayah bersama anak-anak.
Da' siblings.
Mak ayah bersama anak menantu dan cucus. Huhu
Gigih buat trend velocity Tik-Tok. Haha
Tangga merah dah kena sealed, opah cakap anjing buat port melepak tu yang tutup terus. Dapat bergambar kat hujung-hujung pun jadi lah. Sobs
Gambar penutup beramai-ramai. Ni je yang ada time pagi raya tu. Yang lain cam biasalah either petang raya or second day..:-)
Ngam-ngam habis bergambar tetamu start memenuhi perkarangan rumah Opah. Yang datang ni mostly family yang terdekat, serta jiran tetangga. Menu utama tahun ni Laksa Perak, berserta lemang dan pelbagai aneka kuih Raya..:-)
Lepas Zohor camtu ada gap sikit, kali ni turn kami pulak beraya. Pergi satu rumah je, melawat kerabat belah ayah di Parit.

Memang dengar orang-orang tua bersembang je lah ceritanya..:-p
Rindu pulak nak tengok kat dalam. FYI, lepas arwah atok dan opah meninggal, rumah ni dah takde orang duduk. Tapi ada lah adik beradik ayah yang tinggal kat Perak datang untuk bersihkan belah luar.

Dalam jam 4.30 petang kami pun beransur pulang ke rumah semula. Menyinggah Klinik Redza kat pekan Parit, ada budak meragam kena ulser. 
Before pulang ke Bota, aku dan ayah berkesempatan menziarah pusara arwah atok Daud dan opah Noor di Parit. Ni gambar Fariq snap from dalam kereta. Pandai pulak brader ni zoom camera..:-)
Untuk malam raya pertama, lepas Maghrib kami datang sini balik. Tapi jem punya pasal nak dekat jam 8.15 jugak sampai. 

Tokan dah balik, memang banyak lah stok mercun, bunga api malam tu.  

Tunggu mega firework show from Acik Fendi. Huhu
Marvelous! 
Huhu, terkedu Iman tengok mercun besar yang Acik Fendi bawak from KL. 

Dalam pukul 10.30pm, kami sekeluarga pulang ke hotel, ditemani family Along. Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2025 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n Go dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

No comments:

Post a Comment