Monday, March 17, 2025

Kisah AKU n Champion of EFL Cup!

Assalamualaikum,

Malam ni merupakan antara malam terbaik dalam hidup aku sebagai penyokong setia Newcastle United sejak tahun 2002. Baru sekejap tadi our beloved Newcastle crowned as the champion of EFL Cup! Entri malam ni nak story lah macam mana debarnya aku mengikuti final match yang menentukan kejuaraan ini tadi.
Since ni final, aku tengok kat TV. Kalau game biasa kat laptop pun boleh. 
Bagi perlawanan final yang berlangsung di Stadium Wembley ni, Newcastle menentang team pedahulu liga, Liverpool yang terbukti konsisten dan sangat ampuh. Of course seperti yang aku banyak kali mentioned previously, kami tidak meletakkan harapan yang sangat tinggi pun, tapi sudah tentu memang kami idam-idamkan piala ni. Huhu 
Our Big Dan Burn meletakkan The Magpies didepan melalui sharp header terus ke gawang Liverpool menumpaskan Kelleher pada minit ke-46.
Diikuti dengan low volley pada minit ke-56 oleh our stalwart striker, Isak.
Liverpool cuba bangkit dilewat permainan dengan gol kontrovesi oleh Federico Chiesa pada minit ke 96. Dan akhirnya pada minit ke 102, wisel penamat ditiupkan sekaligus menamatkan penantian kami selama 70 tahun dalam usaha mendapatkan sebuah major trophy. Oi, melompat aku time ni beb! 
 
Dan Burn mendahului senarai penerima medal, beliau juga merupakan MOTM untuk final ni.
Yeay! We are the Champion! Sebak plus happy, lagi buat emotional tiga kapten Newcastle bersama-sama menjulang trofi EFL ni, iaitu Bruno Guimaraes (current), Kieran Trippier (early takeover) dan Jamaal Lascelles (pre-takeover)..:-)
Of course kemenangan ni takkan terhasil tanpa masterclass tactical dan coaching from our gaffer, Eddie Howe berserta his assistants, Jason "Mad-Dog" Tindall and Graeme Jones.
Newcastle' legend and all-time top scorer, Alan Shearer pun tumpang happy. Believe it or not, beliau ni yang buatkan aku support team hitam-putih ni, some 23 years ago.
Our Chairman, His Excellency Yassir al-Rumayyan juga tak melepaskan peluang untuk mengangkat piala sulung under PIF leadership. Tanpa beliau, mana mungkin kami supporter ni dapat bermimpi nak tunggu moment camni.
Ni haa, gambar proper sikit. Rembat kat page rasmi Newcastle..:-p
A tribute banner from EPL for our success to clinched the title.
and of course from us, Toon Army Malaysia. Howay The Lads!
Selfie seround after match, abaikan mata yang berkaca tu. Haha. Its indeed a very good time to be a part of this great club. What's next? Let's end our EPL battle this season in Top 4, ada lagi 9 games to go. HWTL! Amin.

Jam dah masuk pukul 5.40 pagi. Sahur time. Tak kisah lah esok kerja ke tak, yang penting hati banyak senang der. Ngantuk tu belakang cerita. Huu

P/S: Gambar yang takde watermark tu aku amik from website. So, credit in advance to the owner.

No comments:

Post a Comment