Assalamualaikum,
Nak dijadikan cerita Khamis lepas time lunch, Akmal member from Expressway team tanya if aku boleh join Program Santai Bersama, iaitu annual event yang dianjurkan secara bersama oleh Touch 'n Go dan juga Lembaga Lebuhraya Malaysia (LLM). Mula-mula memang malas nak pergi since dah tiga minggu berturut-turut long-haul travel, tapi atas semangat kesukanan aku pun on je lah. Mana lah tahu ni tahun last aku kat TNG ke, ada lah kenangan sikit. Haha.
Aku gerak dari rumah jam 7 pagi, sampai dalam pukul 7.45 camtu. Awal sangat, organizer pun baru nak setup.Macam biasalah dah event sukan ni confirm ada senamrobik. Kenalah buat stretching sikit, karang cramp pulak. Kau main apa bro, ada ke sukan yang kau tau main? :-p
Dalam program ni, aku join team e-Sports TNG untuk game FC25. Mula-mula macam rasa confident, tapi dengar yang main from LLM pun bukan calang-calang. Buat pulak katanya lepas office hour, diorang biasa spend time main 2-3 game before balik rumah. Terus resah. Hahaha
Time tengah susun team. Ada empat match (home and away), 2 single-game dan 2 double-game. For this time around, aku main double-game. To be honest, sepanjang hidup aku tak pernah main tournament. Sekali ni main double-game pulak. Haha
Bagi morale support untuk Sim, our first player.
Sambil-sambil tu pergi meninjau game lain. Selain FC25, TNG ada hantar wakil jugak game Mobile Legends.
Bos aku, Mr CP join team badminton. Brader ni baru je recover from ACL. Dah masuk court balik, betul-betul warrior dia ni..:-)
Ada jugak game Carrom. Tapi tu lah diorang kata payah nak menang, since from LLM otai-otai semuanya. Ni geng yang main carrom time lunch hour. Huhu
Unfortunately kalah secara agregat 4-3. Home dah cun, sekali main away barai. Sobs.
Alhamdulillah, setelah hampir 3 edisi mencuba akhirnya TNG berjaya menjadi juara keseluruhan. Agak unik jugak nak cari pemenang since kedua-dua kontinjen both menang 3 game. TNG menang badminton, ping-pong dan e-Sports (Mobile Legend), while LLM menang Carrom, Archery Combat dan e-Sports (FC25). So, organizer last-last tengok jumlah kemenangan sub-game dengan TNG emerges as winnger with a score 23-18.
Ada surprise jugak from penganjur dengan sambutan hari lahir kepada KP LLM, YBhg. Dato. Ir. Sazali Harun.
Ada lah tolong mengemas sikit before layan member karok. Korang ni kat mana-mana pun boleh eh? Haha
Bye-bye LLM. Semoga ketemu lagi. Banyak kenangan kat sini time aktif dalam Expressway dulu. As expected jalan sesak before Tol Sg Besi sampai ke TUDM. Ngam-ngam azan Asar aku sampai rumah.
Okay itu je lah cerita malam ni. Memang enjoy sebenarnya join event camni. Disamping dapat bersukan, dapat jugak hangout dengan member dan berjumpa kenalan baru. At the end of the day, we succeeded to achieve our main objective which is strengthen relationship between TNG and LLM.
P/S: Tahniah Selangor menang Piala MFL Challenge Cup 2025
No comments:
Post a Comment