Saturday, February 15, 2025

Kisah AKU n Thaipusam's Eve 2025

Assalamualaikum,

Awat Thaipusam eve pulak, bukan cuti Thaipusam? Haa yelah sebab aktiviti yang aku dan family buat ni time malam before cuti Thaipusam, not exactly time public holiday tu.

Tak dirancang pun sebenarnya, actually kami ke Klinik Anggun lepas pickup wife kat Damansara hari Isnin tu. Si Iman ni nak check gatal-gatal kat badan dia. Tak tahulah kot ada alergik ke apa, doktor kata minggu depan kalau tak elok lagi kena recheck. Alhamdulillah, tengok 2-3 hari ni dah kurang rashes kat badan Iman tu.

So nak dijadikan cerita alang-alang dah kat Anggun City, kami sekeluarga decided melawat AEON Rawang, which is a walking distance je. Dah lama tak masuk mall ni, sedangkan dekat je dengan rumah. Huhu. Sampai je kami terus ke Kidzoona since aku dah janji kat Fariq dan Iman.

Apa tah yang budak ni tengah fikir? Huhu
Masuk kawasan ni pulak. Lagi lama dua beradik tu main kat sini. Memang tak ingat dunia la gamaknya. Haha
Sambung main dekat area educational play ni. 
Arigato gozaimasu. Watashi no namae wa Iman-o desu. Dozo yoroshiku. Haa nampak tak aku still ingat lagi cakap Jepun..:-)
Haishh budak ni. Dah nampak kitchen ni memang nak main sorang je. Nasib baiklah tak ramai budak hari tu.
My lovely wife..:-)
Bukak stall burger before aku keluar untuk menunaikan solat Maghrib.
Minum Yakult dulu..:-p
Fariq bergambar bersama model helikopter yang abah dia buat. Huhu
Dalam jam 8.30pm kami keluar from Kidzoona dan meyinggah Mr Toy jap. Beli mainan baru untuk budak dua orang ni.
Lepas shopping, kami dinner di Ali Pulled Noodle. The kids bergambar bersama new toys.

Okay makanan pun dah sampai. 

Dalam pukul 10 malam, kami pun beredar meninggalkan AEON Rawang. Elok sampai rumah anak-anak pun dah tertidur. Penat kot, maklumlah sekarang ni pukul 6.15 dah kena bangun bersiap. Takpelah, sama-sama penat. Cuma bezanya dengan kita yang dah adult ni, walaupun penat kenalah hadap. Balik rumah still kena check emel buat kerja. Karang tak buat kerja, dapat surat termination pulak. Huhu

P/S: Tiga minggu berturut-turut ke Selatan ni. Pheww.

No comments:

Post a Comment