Ya seperti yang aku mentioned last week, minggu ni aku ke Selatan lagi. Three in a row bhaii. First, cuti CNY then Hafsah kahwin, and kali ni pulak ipar, Shafiq pulak kahwin kat Ayer Hitam, Johor.
Before going to our main entry, suka aku nak share cerita minggu ni dipejabat. Ada first ever physical townhall Touch 'n Go Sdn Bhd yang berlangsung di Conexion Nexus Bangsar South.
Okaylah, ada dapat foodpack ni. Dapatlah menjamah sambil dengar presentation from our TMC.
Hari Jumaat tu seawal jam 4 petang aku dah bergerak ke Damansara, then terus shoot ke Melaka dan sampai kira-kira pukul 8.45pm. Wife dan anak-anak tak join pun aku ke Ayer Hitam.
Meneruskan perjalanan sekitar jam 9 malam and finally arrived roughly jam 10.40 malam. Sampai je sana disambut ayah yang memang dah sampai dulu since dia ikut Syazwan. Had my late dinner dekat Restoran Sup Kambing Parit Botak, less than a minute berjalan from hotel.
Duduk berdua je dengan ayah kat Ayer Hitam Inn ni. Mak dan adik pun tak dapat join atas faktor kesihatan yang tak mengizinkan.
Penat beb, nak dekat 7 jam drive. Ni pun mana terus tidur, sambung buat kerja apa yang patut. Rasanya jam 3 pagi jugak settle.
Hari Sabtu dalam jam 11 pagi, aku dan ayah bergerak ke rumah pengantin lelaki yang terletak di Parit Kassan, about 10 minutes driving from hotel.
Awal sampai, orang pun takde lagi.
Sempatlah menyembang dengan Along before dia busy melayan tetamu.
Makan dulu.
Dalam jam 12 tu tetamu dah start memenuhi perkarangan rumah pengantin.
Aku dan ayah bergambar bersama sedara mara belah pengantin lelaki yang turut hadir memeriahkan majlis.
Muka ceria dapat ipar baru. Haha
Time ni dah takde tempat duduk, so cam biasalah ayah ni dok cari port lepak yang rare. Dekat tempat DJ pun boleh lah..:-p
Sempat berjumpa anak buah aku, si Mikail ni. Boleh main game pulak dalam bilik. Sama lah cam si Fariq tu. Huu
Antara tugas cik akak ni. Bagi doorgift + photographer tak bertauliah.
Jam 1.30 petang, ketibaan pengantin disambut dengan paluan kompang oleh krew Warisan Kompang Parit Semo.
Sempatlah snap 1-2 gambar pengantin before diorang makan beradab.
Sambung ngeteh + cucur udang sambil menyembang dengan ipar. Maklumlah dah lama tak jumpa.
Bergambar kenangan bersama pengantin before pulang ke hotel sekitar jam 3.30 petang.
Ikut plan aku nak terus balik Melaka, tapi ayah suruh rest dulu. Elok je bangun dalam jam 6.30 petang tu tengok member menyandar kat katil sambil lunjur kaki. Confirm kena gout. Lepas Maghrib tu cari klinik berdekatan, kasi inject sikit pakcik ni..:-)
Makan sorang je malam tu, ayah aku tapaukan je.
Pagi Ahad kalau ikutkan pukul 8 pagi aku dah nak gerak balik ke Serkam. Tiba-tiba ayah kata besan ajak breakfast kat the famous Kluang Rail Coffee and dah on the way untuk pickup kami. So, follow je lah..:-)
Dalam jam 9.30 sampai hotel je aku terus meminta izin balik ke Melaka. Sampai sana terus ke Merlimau pulak, Fariq kata dia sakit telinga.
Malam buat julung kalinya, aku dan Zed ngeteh bersama ipar baru kami, Amien kat kedai makcik depan rumah ni.
So itu sahaja cerita malam ni. Nak tidur dulu, esok nak gerak jam 5 pagi cam minggu lepas. Harapnya sempat lah sampai Sungai Buaya pukul 8.30 since esok adalah hari pertama persekolahan. Takkan nak masuk sekolah lambat kot.
P/S: Newcastle kena baham dengan Mensiti semalam. Cb betul. Kalau main camni, lupakan jelah hasrat nak angkat piala nanti. Huh
No comments:
Post a Comment