Tuesday, February 11, 2025

Kisah AKU n Hafsah's Wedding @ Sungai Rambai

Assalamualaikum,

Ni merupakan sambungan entri majlis persandingan adik ipar aku, Hafsah. Seperti yang dirancang, majlis bertandang di rumah pengantin lelaki berlangsung pada keesokan harinya iaitu Ahad, tanggal 9 Februari 2025.
Majlis dekat Sungai Rambai, kira-kira 15km from Serkam. So, dalam jam 11 pagi konvoi lima kereta bergerak dengan lancar.
Aku dengan Iman je, wife tak pergi since Fariq tak berapa nak sihat pagi tu. Dah cakap dah kalau nak pergi join adik beradik dia yang lain, aku okay je nak stay rumah. Tapi dah cik wife tak nak, what to do. Huhu
Berkumpul dekat Masjid Al-Hasanah before berjalan kaki ke rumah pengantin.
Join perarakan raja sehari..:-)
Sesi menjamu selera. Dah nama pun join rombongan, of course lah dapat meja VIP ni. Huhu
Sempatlah snap gambar pengantin tengah makan beradab..:-)
Aku tak sempat nak snap gambar banyak pun. Si Iman ni tak reti nak duduk diam. 
After makan-makan tu ada sesi bergambar. Cam biasalah nanti kalau ada yang update dalam group tu aku upload lah ye.
Rombongan pengantin perempuan beransur pulang sekitar jam 1 petang.  Aku pun terus balik je, ingat nak ngopi dengan Iman kat ZUS Merlimau since ada voucher 20%. Tak jadi lah, budak ni pun dah banyak sangat makan benda manis. Huhu
Petang Ahad tu tak buat apa sangat. Ada la tolong menyapu depan rumah sikit lepas kontraktor tumbangkan khemah.
Seperti yang dirancang, sekitar jam 5 pagi aku dan family memulakan perjalanan pulang ke KL. Sampai office wife tepat jam 7.30am, dan terus balik ke Sungai Buaya menghantar budak-budak ni ke taska pulak. After breakfast, terus bukak laptop and start kerja. Huh, what a day.

Ya tu je lah cerita petang ni. Kepada Hafsah dan Amien, selamat pengantin baru diucapkan sekali lagi. Semoga hubungan yang dibina diberkatiNya dan berkekalan hingga ke akhir hayat..:-)

P/S: Newcastle menang lawan Birmingham untuk kempen Piala FA and go thru the 5th Round. HWTL!

No comments:

Post a Comment