Saturday, October 9, 2021

Kisah AKU n The Sudirman Cup 2021

Assalamualaikum,

Okay lah guys, tak nak intro panjang. Lemau sebenarnya baru habis meeting jam 11 malam tadi. Ni pun update sebab memikirkan dah nak masuk hujung minggu baru. Sedangkan benda yang aku nak taip ni cerita minggu lepas. Haha. Biasalah, kerja banyak sekarang. Manalah sempat nak bukak personal laptop nak karang entri, edit gambar segala bagai. 
Fariq kat taska dah semakin dapat ramai kawan baru. Yang atas ni muka nak lebih kurang pulak. Pakai baju pun sama kaler hijau tua, jangan tertukar sudah. Kena check betul-betul time pick up ni..:-p
Fast forward terus ke hari Jumaat lepas. Alhamdulillah dah dua minggu berturut dapat menunaikan solat Jumaat di masjid. Buat pulak minggu ni surprisingly takde meeting meleret, so pukul 12.30 tu aku mandi bersiap dan terus ke masjid. 
Kat sini dah bukak, terhad hanya kepada 400 orang kira first come first serve jugak. Tu yang gerak awal, takut pukul 1 or azan Zohor pintu dah tutup.
Habis around jam 2 petang, biasanya aku dan Ayah akan meluangkan masa kat kedai Hariz dulu. Sorry sikit, Jumaat if I can recall orang lelaki biasanya akan off from 12.30 to 2.30pm. Correct me if I'm wrong ya. So, kalau ada call for meeting/discussion pukul 2 petang tu memang aku reject je. Haha
Ambil Fariq around jam 5.45 petang, macam biasalah kami sekeluarga had our dinner together diluar..:-)
Jem pulak, memang biasa lalu jalan dalam je. Jimat sikit tak lalu tol. Tapi last week luar biasa sesaknya, maybe orang dah start berpusu-pusu keluar. Maklumlah, hari Jumaat kot. Ada ke orang kerja sampai malam? Ye ada tuan-tuan, yang menaip ni lah orangnya. Memang aku keluar dinner, tapi biasanya after balik akan spend time dengan family. Once dia dah tidur, baru lah aku start bukak laptop untuk clearkan kerja yang patut. Semuanya gara-gara tak nak diganggu hujung minggu. Huhu
Tengok si kecik ni, mula buat muka menggoda kalau ada waitress datang. Ikut perangai sapa lah ni? Hehe
Ya, ni lah content post ni sebenarnya. Piala Sudirman 2021 yang disertai team negara kita, Malaysia. Aku memang layan jugak match-match yang ada tapi betul-betul fully tengok bila Malaysia dah lepas grouping. Kali ni team negara diperkuatkan dengan senarai player-player dari skuad Olimpik Tokyo 2020 dan juga player muda. 
Malam hari Jumaat tu memang impressed dengan semangat juang yang ditunjukkan atlet kita ketika Malaysia membenam Indonesia 3-2 dimana kemenangan dihadiahkan oleh kapten Lee Zi Jia, our Men's Double, Aaron Chia dan Soo Yik, serta pasangan Mixed Doubles, Hoo Pang Ron dan Cheah Yee See. Yang lagi dua tu pun tewas melawan jugak sampai ke rubber set. Pendek kata memang A class lah game yang dipamerkan dari jam 9 malam sampai ke 3 pagi tu. Huhu (Credit gambar: Sabah News)
Esoknya pulak perlawanan semi-final menentang Jepun. Yang ni pun aku tengok jugak walaupun Malaysia ketinggalan 2-0, tapi LZJ sekali lagi menunjukkan aksi cemerlang dengan mengalahkan world number 1, Kento Momota didalam straight set. Tapi, nasib tak menyebelahi team negara apabila regu wanita, Pearly Tan dan Thinnah tewas rubber set menentang pasangan veteran Jepun. Apa-apapun memang terbaik betul perjalanan team Malaysia di Piala Sudirman kali ni. 
Tahniah atas kejayaan mendapat Gangsa. Semoga dapat mengulangi kecekalan yang sama bagi kempen Piala Thomas dan Uber yang akan membuka tirai hari ini. Well done. Malaysia Boleh!
Malam Ahad lepak dengan brothers dekat Mamak. Dari jam 9 sampai ke 11 jugak malam tu. Maklumlah lama tak jumpa, mestilah banyak cerita yang nak share. FYI, Afiq pasni kerja tempat lain. Tukar angin katanya. Takpe bro, rezeki kahwin. Ada plan jugak dengan diorang nak main badminton minggu ni, cuma belum confirm lagi.

Okay, so dilemma sekarang. Bannerlord or tidur? Ace jom main sejam dua lah. Apa lah sangat lemau tu dibandingkan dengan gold yang aku akan collect nanti. Haha

No comments:

Post a Comment