Awal sikit update minggu ni, tengahkan on PC ni kita taip je lah entri untuk last week event. Of course nama topik pasal breakfast, tapi main contentnya benda lain. Tak tau nak fikir title apa nak taruk. Haha
Minggu lepas aku bekerja dari rumah. Alhamdulillah, masih diberi kesihatan yang baik untuk menunaikan solat Jumaat di masjid berdekatan. So far, belum missed lagi sekarang.Pagi Sabtu seperti yang dirancang, aku dan family bersama ayah menyinggah breakfast di sebuah restoran yang menjadi favourite wife time dia bekerja di Sungai Buloh dulu. Ganu Cafe namanya, of course aku pun rindu jugak nak makan kat restoran ni. Maklumlah, dulu hantar ambil wife Ija memang lepak kat sini je. Teringat dulu lepas breakfast lepak dulu sambil buat report RFID yang nak kena hantar awal pagi sampai owner kedai pun dah tahu rutin aku. Huhu
So apa yang menarik kat sini? Of course lah Nasi Lemak Ayam Goreng diorang yang berlemak dan rangup. Menu breakfast tak banyak kat sini, selain Nasi Lemak ada jugak Nasi Dagang, Bihun dan Nasi Goreng. Tapi dibuat dalam kuantiti yang banyak to cater pengunjung yang datang, rata-ratanya dari kawasan Sungai Buloh tu.
Bila sampai sini jangan lupa try Cekodok yang marvelous ni. Memang A+, confirm korang tapau punya sebab memang sedap.
Selain datang time hantar pick up wife, kami sekeluarga jugak selalu singgah time nak balik kampung Melaka. Nak breakfast kat R&R Sungai Buloh dah tak syok, nak breakfast kat R&R Nilai pulak selalu penuh. So, memang Ganu Cafe ni perfect location untuk mengisi perut before long journey. Tapi tu cerita sebelum MCO dulu lah.
Big boss pun ada jugak join hari Sabtu. Ayah pun selalu ikut makan sini jugak. Sekali-sekala orang Sungai Buaya cari breakfast kat Sungai Buloh apalah salahnya. HahaUntuk siapa-siapa yang nak try datang, boleh GMap je Ganu Cafe yang terletak berdekatan The Lightbox Sungai Buloh.
Lepas makan, kami ke Rawang. Nak bawak si kecik ni ke klinik nak ambil ubat gatal. Tak tahu sebab apa nyamuk suka sangat kat budak ni. HahaLama tak drive masuk Bandar Rawang ni.
Then menyinggah Parkson Rawang @ Wisma Etonic. Ni tempat lepak zaman sekolah menengah dulu. Before masuk tuisyen, datang sini cari PC game. Huhu. Saja bawak Ija mai sini sebab aku cakap mall ni simple gila. Kira kalau nak shopping tu tak payah risau melencong..:-p
Memang kat sini ada Parkson Ria, D.I.Y dan Guardian je. Banyak flagstore dah berpindah, even restoran, bakery, kedai phone, game & CD store pun dah tak wujud. Dulu ada jugak Station Kopitiam untuk lepak after shopping, sekarang ni dah closed operation. Sedih jugak, kenangan dulu ni. Sobs
Haha, saja tayang baru custom aku ni. The real Lord Fredrik Reyne - the Red Lion of Castamere..:-p
Kami sampai Sungai Buaya around jam 2 petang, rehat kat rumah dulu before datang melawat rumah ayah sekitar pukul 6. Kakak aku baru sampai dari Port Dickson katanya. Surprise lah konon sis ni, dulu kata acah tak nak balik dulu. Pfft
Malam tu kami tidur sana. Boleh lah dua orang ni main sama-sama.
Layan marathon Senario bersama family. Fariq pun join jugak. Hihi
Tidur time, tapi aku belum mau tidur lagi since ada game Newcastle malam tu yang berkesudahan seri 1-1 menentang Crystal Palace. Okaylah dapat satu mata away.
Sunday morning bebudak ni dimulai dengan mandi kolam yang aku bawak. Yang ni sedap sikit nak berendam, quite spacious untuk bapak-bapak budak. Haha
Air pun boleh tuang banyak so that pelampung tu boleh float macam gambar si Mikhail ni.
Dulu kat Melaka tak boleh nak join mandi since ipar semua perempuan. Huhu. Kat sini apa ada hal, join sekaki jugaklah.
Lepas tu ada sesi discussion untuk family holiday pertengahan November depan. Sebenarnya dah lama plan dulu cuma tak dapat nak execute since MCO. Laa ni dah boleh rentas negeri, memang kita on je lah tuan-tuan..:-)Tengahari mendobi since kehujanan. Bawak sekali bro Syazwan ngeteh kat Mamak dengan ayah. Tu yang aku cakap kat Dolah, time mendobi lah chance nak lepak paling tinggi untuk husband yang belum tahap mahaguru lagi. Hihi
Malam tu after solat Isyak, Along dan keluarga pulang ke Port Dickson. Ingat nak balik esok katanya tapi tak jadi since ada hal.
Alright, that's all je lah cerita malam ni. Untuk korang yang datang semata-mata untuk gather info pasal Ganu Cafe maaflah ye, takde perincian sangat pasal waktu operasi, menu dan sebagainya. Tapi boleh klik link Facebook diorang ni untuk dapatkan info yang terkini.
No comments:
Post a Comment