Monday, October 11, 2021

Kisah AKU n Happy 24th Birthday, Dear

Assalamualaikum,

Panjang sikit entri malam ni, gambar pun banyak. Maklumlah baru dapat spend time pergi mall dengan family. Mestilah banyak pictures nak share. Okay, as the title suggested. Hari ni nak share our modest birthday celebration to my beloved wife yang baru sahaja menjangkau umur 24 tahun pada 7 Oktober 2021. Tapi macam biasa ada a few cerita sampingan jugak dalam entri ni.


Khamis lepas aku diminta datang ke office atas urusan kerja dan start esok aku akan mula bertugas di office in rotation basis bagi setiap minggu kedua dan keempat. Bulan November rasanya akan masuk daily since two of my colleague tender their resignation recently. Takpelah, tengok dulu camna. Kot lah ada keperluan resign jugak ke. Haha


Ya, kami tak bermimpi minggu ni. Kelab kesayangan aku sah menjadi kelab bola sepak terkaya didunia setelah konsortium Saudi Arabia Public Investment Fund berjaya melengkapkan takeover Newcastle United dari Mike Ashley. Sebak bhai, boleh bayangkan lah die-hard fans macam aku yang support kelab ni sejak tahun 2003 lagi, no major trophies, relegated twice dan selalu in relegation battle every season akhirnya dapat owner baru yang berganda-ganda kaya dari owner Manchester City. Of course, it will take sometime for us to win something. Rome was not built in a day, but they were laying bricks every day and turn it into a marble. So, be patient. Cuma yang tak menyenangkan sekarang kewujudan banyak page Newcastle United dan juga fans lalang. Ada jugak kat FB tengok dan-dan je ada orang buat appreciation post pakai jersi Newcastle yang dulu-dulu punya untuk bagitau diorang dah support lama. Beb, jersi replika tu kau cari kat Shopee berlambak. Yang sponsor from McEwan's Lager, Brown Ale, Northern Rock, NTL, Virgin Money etc. But ada satu yang korang tak boleh deny


Kenangan jadi supporter dari kecik lagi. Yup, this is me tahun 2003. Darjah lima time tu menyarung jersi Newcastle United yang at that time sponsored by Northern Rock. Sadly baru ni mak boleh bagi kat sepupu aku pulak, tau tak ni lah jersi yang paling ada nilai sentimental for me. Sobs.


Kalau ikut plan, nak sambut birthday wife hari Jumaat after office hour. Tapi ada seruan meeting pulak pukul 8.30 malam tu. Tak tau lah nak cakap apa, sedangkan dah inform sehari awal ada function. Pfft. So after slow talk dengan wife kami ingat postponed ke hujung minggu je. Sebab tak nak rush, bukan setakat nak dinner, nak bawak Fariq main etc. Manalah cukup tiga jam. Sudahnya lepas ambil Fariq kami tapau drivethru McD je. As expected meeting malam tu sampai pukul 10.30 jugak.


Pagi Sabtu, aku dan ayah ke Kuala Lumpur, precisely ke Jalan Pasar. Ada nak mencari spare part kereta dan a few electronic devices. 


Jalan Pasar ni memang terkenal dengan barang-barang elektronik, in fact dekat Quatriz dulu ada jugak ikut budak Tech datang sini cari spare part, tools etc.

Tapi untuk golongan lelaki, tempat ni pun famous dengan benda-benda aneh jugak. Haha. Bak kat Afiq, kalau korang muka regular. Jangan terkejut pulak time merayau cari barang tiba-tiba ada ada orang tegur " You aah?" Haha

Lama jugak nak mencari barang, sampai sini jam 10 pagi. Nak dekat pukul 12 tengah hari jugak settle.


As planned, pagi Ahad aku dan family keluar ke Rawang untuk menyambut birthday isteri yang tersayang ni. Nasib baiklah takde siapa yang menganggu hujung minggu aku kali ni.

Pergi AEON Rawang je semalam, itupun keluar rumah awal sampai mall jam 10 pagi. Seperti yang dijangka memang orang pun tak ramai lagi time tu sampai dapat spot parking depan entrance ni. Biasa datang asyik dapat yang kehujung dunia punya. Haha

Selfie pertama di AEON Rawang selepas beberapa bulan tak datang melawat. Senyum lah sikit anak..:-)

Haa, masuk sini baru tersengih-sengih mukanya. It's not Toys "R" Us tapi cukup lah buat budak-budak happy dengan lambakan mainan yang ada kat sini.

Pilihlah apa yang Fariq nak, ayah okay je. Huhu


Singgah ke Kid's Department nak mencari baju baru, maklumlah badan dah semakin membesar. Tengok baju yang ada pun dah ketat sampai melimpah perutnya. Huhu


Next kami melawat Molly Fantasy. Ingatkan nak pergi Kidzoona tapi tutup pulak, tak tahulah tutup ke apa sebab bila lalu Popular tu memang gelap je or kami yang sampai awal sangat.  Sini pun okay je..:-)


Selalu sangat nak kacau daun time ayah drive kan? Nah, silalah drive puas-puas kat sini..:-)


Main basketball versi budak-budak. Ni kalau aku main confirmed markah penuh. Huhu


Aduhh, dia boleh nampak pulak mesin ni. Tersenyum-senyum je time panggil ayah nak main game.


Haha, mesin Ultraman. Tiga round jugaklah kat sini tadi. 


Fokus muka tengok battle. Syok dia tengok ayah dia beat monster tu. Huhu


Main game lanun Zombie, elok pulak budak ni tak takut. Kalau Didi & Friends lagi zombie tu mau lari tak nak tengok. Huhu


Singgah sat photobooth Jepun ni. Kalau tulisan Jepun rumi ada lah ingat-ingat sikit. Ni Hiragana oii, manalah chor nak tau. Tapi berjaya jugaklah dapat sticker gambar kami, ada kat wife time aku update blog ni.


Game wajib ayah time datang sini. Sekali sekala nak main arked, apalah salahnya. Stress kot kerja, ni lah tempat nak release tension. Kalau zaman belajar dulu, nak release tension tak pergi karok, kami pergi main arked kat Plaza Alam Sentral. Good old time..:-p


Dah jom kita makan pulak, lapar dah ni tak breakfast.


Celebrate birthday wife di Kenny Rogers Roaster AEON Rawang.


Seperti biasa, bab nak merembat air bagi kat si kecik ni. Haha. Haus kot main kat arked tadi.


Dah lama aku tak dine-in kat Kenny, rasanya last makan kat NU Sentral tahun 2015. Ehh, ada jugak makan Kenny Express kat R&R Rawang tu. Kira dine-in lah kan?


Happy Birthday to my beloved wife, Siti Khadijah Bt. Ahmad. Semoga sentiasa menjadi ibu terhebat untuk Fariq dan juga isteri terbaik bagi Farid. Abang selalu doakan agar kita terus dimurahkan rezeki dan dapat bertahan didalam suasana Covid yang tak menentu ni sekarang dan harapnya akan jadi lebih baik. Terimalah hadiah yang tak seberapa tu, In Sha Allah minggu depan kita balik kampung. Awak dah lama kan tak melawat mak abah, lepas tu baru kita cuti bertiga. Thanks for being my great wife. I love you so much..:-)


Warm Chocolate Oasis pengganti kek hari jadi. Okay lah ni, adik beradik kek aiskrim jugak katanya dalam menu. Huhu


Around jam 1 petang kami pun bergerak pulang ke rumah. Eh macam kenal je tempat ni? FYI, ni tempah photoshoot kahwin kami tiga tahun yang lepas..:-p


Ada budak dah penat, hah elok lah tidur. Sampai rumah nanti kita sambung tidur ramai-ramai. Cuaca pun bukan main panas sekarang ni.


Malam mendobi je lah, since kelemauan aku lepak pekena Nescafe dari dalam kereta je. Tak dan nak melepak kat Mamak tu. Haha

Baiklah, itu sahaja entri untuk malam ni. Nak kena start tidur awal, minggu ni kena masuk office. Karang bukak Bannerlord, ada yang pukul 3 pagi tak tidur lagi. 

No comments:

Post a Comment