Sunday, October 31, 2021

Kisah AKU n Mini Reunion @ MTD

Assalamualaikum,

Selamat malam semua, hari ni aku ingat nak update cerita minggu lepas dimana aku sempat berjumpa dengan ex-colleague di MTD dan melawat ofis lama.
Minggu lepas turn aku bekerja di office. Nak dijadikan cerita, last Thursday aku ada meeting di area Gombak. Since meeting agak petang, aku dan bos decided gerak asing so that boleh terus balik. Buat pulak Ija masuk office hari tu memang elok sangatlah. Pukul 12.30 aku dah gerak kesana, ingat nak menyinggah office lama di Menara MTD jumpa member-member yang ada lagi. Boleh lah lunch sekali.
Sampai MTD jam 1 petang, lepak dulu kat waiting area level 6 ni. Macam rasa menunggu nak interview kerja pulak. Haha. Untuk pengetahuan, before masuk Touch 'n Go, aku sempat berkhidmat di MTD/Quatriz selama empat tahun. Sepanjang 4 tahun tu, seingatnya dua tahun jugak aku based kat Batu Caves
Ingat dulu before balik rumah mesti tengok trafik MRR2 dari atas ni. Huhu
Greeted by my ex-colleagues yang bekerja di Human Capital - Badri dan Ijam.
Kami lunch dekat favorite spot budak-budak MTD, Restoran Amral. Apa yang boek sampai jadi hotspot ni?
Of course lah Briyani Ayam yang super delicious ni. Alang-alang dah datang apa salahnya lepak sini.
Lepas makan aku hantar diorang balik, time tu baru teringat nak pick up semula lawn bowls set yang terperuk dalam stor sukan. Rasanya last kami main boling padang lima tahun lepas time Sukan KKR 2016.
Dah lama tak selfie kat dalam lif ni. Huhu.
Bye-bye old friend. Ada masa kita ketemu lagi.
Around 2.30pm, I left Menara MTD dan bergerak ke venue meeting. Pukul 4.30 habis terus ke Rawang nak pickup wife.
Pastu ambil Fariq pulak kat taska.
Had our early dinner at Biri-Biri Cafe before balik rumah.
Jumaat di Bangsar South. Minggu ni nyaris-nyaris je tak dapat tempat nak solat Jumaat, dapat duduk kat koridor ni pun okay dah.
Cerita hujung minggu takde apa sangat. Malam Sabtu layan EPL dan Piala Malaysia yang berkesudahan Newcastle suffered another heavy defeat against rank 1, Chelsea. Nasib baiklah Selangor menang besar lawan Kuching FC. Terubat lah sedih sikit. Huhu
Pagi Ahad plannya nak bawak family breakfast di Ganu Cafe again dan keluar untuk tuang minyak Myvi tu. Sampai sana boleh tutup pulak, then wife tanya nak pergi mana aku pun berseloroh kata nak breakfast kat Kuala Selangor.
Which is aku memang bawak sampai kesana. Ingat lepas breakfast bolehlah bersiar-siar kat Bukit Melawati. Sekali tutup pulak laluan kereta, kira kena park kat bawah then berjalan sampai keatas sana. Haha. Memang taklah chor, kalau ada sport shoes mau jugaklah. 
Last-last kami had our breakfast je di Restoran Pantimor yang terletak di kaki Bukit Melawati ni. Nasib baiklah makanan kat sini A+. So takdelah kecewa sangat. Huhu
Dah tempat nak pergi pun tutup, sudahnya balik rumah je lah. Haha. Tapi Fariq tu pun dah mengantuk, tambah pulak hujan memang belum masuk LATAR dah tidur sikecik tu..:-p

Itu je lah cerita reunion aku bersama rakan seperjuangan di MTD dulu, kalau tanya memang rindu beb dengan diorang. But hidup mesti diteruskan. Yang cerita lama tu biarlah jadi ingatan, kita mestilah sentiasa pandang kehadapan. Of courselah, dalam hidup kita mesti sentiasa bersedia untuk buat keputusan. Leaving MTD merupakan keputusan yang aku buat. It's not easy but ianya perlu untuk my career progression.

P/S: Bila lah Newcastle nak dapat Manager baru ni. Owner baru dah ada. Huhu

No comments:

Post a Comment