Assalamualaikum,
Malam ni nak story sikit cerita hujung minggu lepas. As the title suggested, kami akhirnya dapat jugak spend time together setelah almost berbulan tak dine in bersama. Tak silap aku last dinner ramai-ramai time family Along datang KL sebab ambil medicine kat HKL around April 2021, shortly before bulan Ramadhan. Tapi kali ni diorang tak dapat nak joinlah since masih lagi tak boleh rentas negeri.
Fariq pun dah serasi dengan kawan-kawan kat taska baru ni. Okaylah tengok dia ceria je pergi dan balik. Kalau pergi happy balik menangis tu confirmlah kami yang parent ni kena muhasabah diri. Haha
Normally hari Jumaat, aku memang habis awal since kat TNG ni pun flexi. Biasanya aku start kerja 8.30 pagi and habis tepat jam 5.30 petang. Tutup laptop terus dan ambil sikecik ni. Lepas tu kami bertiga biasanya keluar ke Bukit Sentosa untuk dinner. Sekali sekala dinner kat luar apa salahnya. Minggu ni kami try makan dekat sebuah restoran yang agak baru jugak - Funny Boy @ Bukit Beruntung yang terletak di entrance kawasan industri Bukit Beruntung. Tengok Insta memang a few selebriti yang datang lepak kat sini contohnya Achey, Atu Zero, Nabil, Ali Puteh, Farid Kamil etc.
Seperti nama restoran ni yang layak dikunjung oleh funny boy macam budak kecik ni. Haha. Si Fariq ni pergi tiru patung belon yang bergerak-gerak tu..:-p
Pagi Sabtu kami tinggalkan Fariq kat rumah ayah sekejap, aku dan Ija ke AMC untuk check-up wife.
Mengantuk sebenarnya, tidur pukul 4 pagi hari tu. Ni semua gara-gara Bannerlord, update baru 1.6.2 memang banyak improvement dari segi game stability dan juga a few features baru. Tak sia-sia download patch 6GB tu. Huhu
Petang Sabtu, aku dan family ke Sungai Choh bersama setelah hampir lima bulan tak berpeluang dinner bersama diluar. Wife yang booked meja kat Restoran De'Anjung ni. Katanya nak makan seafood, so aku ikutkan je lah. Buat pulak takde bantahan from mak ayah.
Kami gerak dalam pukul 6.30 petang, sampai-sampai je makanan dah ready cuma tunggu nak hidang je..:-)
Bro Faris pun joined jugak hari tu. Biasalah dapat makan free, siapa tak join. Haha
Ni first time aku datang makan kat sini, dulu pernah bawa Along ada reunion dengan kawan-kawan sekolah dia rasanya dalam lima tahun lepas.
Berbaloi makan kat sini. Set untuk 6 orang harga tak sampai RM100 pun with main course: ikan, tom yam/sup ekor, sayur dan daging pilihan, telur goreng, sotong/udang goreng dan juga satu jag jus buah. Boleh jugak add-on nasi, or teh-tarik macam kami petang tu.
Ahh sudah budak ni boleh ternampak kereta mainan pulak. Dah start nak mengamuk lah tu. Haha
Balik rumah around 7.30 petang, naik satu kereta je. Senang tak payah asing-asing. Karang ada yang sesat larat pulak. Huhu
Malam Sabtu ada match bola melibatkan Newcastle menentang Watford yang berkesudahan seri 1-1. Cis, bila nak menang ni oii. Dah masuk enam game ni baru collect tiga mata.
Alright, baru 11.30 malam. Jom layan Bannerlord, tapi tolonglah jangan terlajak. Kalau set nak habis main pukul dua pagi mesti terlajak sampai pukul tiga. So, hari ni kita set sampai pukul satu je..:-p
No comments:
Post a Comment