Wednesday, September 15, 2021

Kisah AKU n MCO 3.0 - Wk14

Assalamualaikum,

Hari ni nak mengupdate cerita minggu lepas. Anak teruna aku dah masuk taska baru. Ada lah a few reason tukar taska si kecik ni.
Isnin lepas dah start masuk, kat sini tak ramai sangat budak jagaan. Ada dalam sepuluh orang je, compared dengan taska lama yang ramai budak-budak. 
Taska Wardah ni terletak di Presint Rampaisari, bersebelahan Presint Mawarsari dimana family aku tinggal. Tak jauh pun dengan rumah, adalah dalam less than 10 minutes driving. Kalau naik motor lagi cepat, tak sampai lima minit dah sampai since boleh lalu lorong tikus. Huhu
Since kat sini tak ramai, so Fariq pun dapat main dan belajar dengan fokus.
Kawan-kawan pun friendly katanya. Haha
Ada jugak sorang dua budak yang besar sikit kat sini, ramah jugaklah dengan si Fariq ni. Kalau tengok video memang nak tergelak je dengar dia menyembang dengan kawan-kawan lain.
Aku biasa ambil Fariq dalam jam 5.40 petang, memang dah inform bos dan rakan sekerja awal-awal. Kalau tengah meeting tu memang koboi je chow terus, Haha. Bukan apa, kalau lambat karang kena caj extra. Buat apa bayar lebih kalau boleh ambil on-time.
Hari Isnin tu lepas ambil Fariq, kami ke Bukit Sentosa. Cari makan malam, sempatlah try drive-thru kat McDonald's pertama kat Hulu Selangor ni. 
Then ke farmasi cari ubat gatal untuk Fariq, sebab kat taska tu ada nyamuk jugak. Siot je Ija ni snap gambar aku, mentang-mentanglah laki dia ni clueless sikit barang-barang ni.
Oo, minggu ni jugak dapat something from company. "Merdeka Care Pack", satu inisiatif from our Group HCD untuk staf-staf TNG dan TNGD bersempena bulan kemerdekaan. Apa dalam tu bro?
Yup, seperti yang our CEO mentioned dalam previous townhall - ada a few energy snacks dan beverage, berserta squishy toy bagi mengekalkan fokus ketika bekerja dari rumah. Thank you bos dan juga HR for this pack. Ni yang semangat nak kerja sampai esok pagi ni. Haha
Hujung minggu ada dua match bola, yang both ended with kekalahan. Newcastle lawan MU, aku dah agak mesti kalah punya sebab CR7 dah start main EPL. Kalah 4-1! Haha. Esoknya Selangor menentang PJ City, yang ni aku kecewa sikit walaupun kalah 1-2 sebab tak dapat nombor 4. Tapi, tahniah kepada our super striker, Ifedayo yang berjaya merangkul anugerah Kasut Emas! Well done brother.

I think that's it lah untuk cerita minggu lepas. Okay, next in line is the third episode for my new miniseries Red Lion of Castamere. Tunggu naa, actually aku dah siap pun the last two episodes ni cuma tunggu right timing je.

2 comments:

  1. Kita jaga kita. Salam dari blogger baru seram mistik.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ya betul. jaga diri, jaga keluarga, jaga komuniti, jaga negara. Kita jaga kita

      Delete