Sunday, September 19, 2021

Kisah AKU n Selamat Hari Malaysia

Assalamualaikum,

Okay, pagi ni aku nak share cerita aktiviti aku dan keluarga pada public holiday hari Khamis lepas. 
Tanggal 16 September 2021, merupakan ulang tahun yang ke-58 penubuhan negara kita yang tercinta, Malaysia. 
Pagi cuti tu kami tak keluar mana pun. Spend time kat backyard dan berendam dalam pool. Fariq siap pakai baju mandi tu. Huu
Okay lah, walaupun ambil masa sikit nak mengepam angin dan isi air tapi puss hati sebab luas. Takde lah badan terlipat-lipat. Haha
Petang tu, aku keluar dengan ayah dan adik ke Bukit Sentosa. Bro ni nak cari cover phone. Kebetulan screen phone aku pun barai hari tu, tumpang join lah nak mencari screen protector dan juga carbon cover. Pergi sampai tiga kedai haram tak mandang, last-last beli online je. Pfft. Maklumlah pakai Huawei, model rare pulak tu. 
Lepas sesi mencari, kami bertiga lepak ngeteh kat Salam Sentosa. Lama dah tak lepak tiga beranak camni, rasanya last bulan Januari hari tu time lepas main badminton kat Port Dickson dengan Syazwan dulu. 
Bergambar kenangan. Nak snap tunjuk kat mak sebenarnya. Haha
Malam spend time dengan sikecik ni. Aku memang suka bab-bab design model pakai lego ni. Tengok Fariq main model fighter jet aku..:-)
Ni pulak cerita hari Sabtu. Aku bersama Ija dan Fariq ke Bukit Sentosa untuk dine-in dinner buat kali pertama selepas beberapa bulan. Lalu highway jugak hari tu. Cuaca kerap pulak hujan minggu ni. 
Sampai jam 6.40 petang. Ke mana lagi kalau bukan di venue favourite kami, GH Corner @ Adenium. 
Sampai-sampai ambil gambar siapa tu? 
Ya, gambar beliau. Haha. Since tak ramai, dapat lah meja VIP sebelah akuarium ni. At least boleh lah Fariq tengok ikan-ikan yang ada dalam tu. 
Eh dia ni pulak yang over minum jus tembikai kita. Jangan balik rumah batuk sudah. 
Baca doa dulu sebelum makan. Huhu
My favourite dish kat sini ialah Maghlubah Kambing. Memang kalau datang sini, inilah menu wajib aku dan wife. Portion nasi dan daging kambing yang generous berserta sup yang marvelous. 
Around 7.40 malam kami bergerak pulang ke rumah. Yelah, tak solat Maghrib lagi. Kalau ikutkan nak je sambung merayau. 
Balik rumah after solat, unboxing vacuum robot yang aku belikan untuk wife bersempena hari lahir dia tak lama lagi. Kira beli in advance. Ingatkan nak simpan dulu, tapi nampak dia kata dah ready nak beli kat Shoppee, terus aku cakap benda dah beli pun. Huhu
Ni lah rupanya. Nama pun robot, so memang si bulat ni yang akan takeover kerja menyapu dan mengemop rumah kami after this. Serve me well and I'll reward you. Haha
Boleh control melalui app. Kita boleh set cleaning dimension, duration, auto-cleaning dan banyak lagi. Kat app pun boleh monitor battery level. Aku namakan robot ni 'Fariq's Slave'. Haha
Layan Upin Ipin Ultraman with Fariq malam tu sementara tunggu bola. 
Yup, ada satu match melibatkan Newcastle menentang Leeds United, berkesudahan seri 1-1. Okay lah, better satu mata daripada telur ayam. Haha

Okay, itu sahaja cerita malam ni. Aku nak finalise last episode untuk Red Lion of Castamere. In Sha Allah, dalam sehari dua lagi aku publish kat sini. Till then, take care semua. 

No comments:

Post a Comment