Sunday, May 16, 2021

Kisah AKU n Syawal 2021 - Day 2

Assalamualaikum,

Untuk melengkapkan Diari Raya tahun ni, suka aku nak share aktiviti mostly untuk hari kedua Syawal tahun 2021 ni.
Seawal jam 9 pagi lagi aku dan family dah bergerak ke Kuala Kubu Bharu untuk urusan susulan bagi swab test Covid-19 anak aku minggu lepas.
Sampai jam 9.50 pagi, sesi Fariq jam 10. Ngam-ngam je sampai. 
Tak sampai 15 minit. Aku baru nak layan movie, tahu-tahu dah settle. Happy si kecik ni dah bukak gelang..:-)
Sampai awal sikit memang queue pun tak panjang, wife dapat second row pagi tu. Okaylah. 
Sesi pemotongan gelang dan bebas kuarantin. Gelak MA tu tengok muka Fariq, fokus tu. Huhu
Since awal lagi merayau pekan KKB ni. Tenang je kat sini, aku difahamkan ianya merupakan konsep bandar dalam taman pertama di Asia. 
Sempat melawat Menara Jam KKB yang dibina bersempena pertabalan King George V pada tahun 1930 dihadapan Pejabat Tanah & Galian Hulu Selangor. Tengok dari dalam kereta je, karang keluar bergambar tak pasal kena kompaun. Huhu
Petang sekitar jam 2.30 petang, kami semua keluar beraya. Nak pergi mana tu? Fariq nak balik kampung lah, nak beraya dengan atuk opah, jangan risau satu taman sahaja. Tak rentas negeri, hatta daerah pun..:-)
Mak ada buat mi dan sup tulang hari tu. Memang elok datang time lunch, langkah kanan betul ni. Huu
Nyum-nyum. Marbeles..
Lepas makan sesi menyembang. Maklumlah dah nak dekat dua minggu tak jumpa. Baru dua minggu, ada orang tu dah dua tahun tak jumpa parents. Bersyukurlah. 
Adik bagi duit raya kat Fariq. Semoga murah rezeki ye Acik Faris.. :-) 
Sesi bergambar ringkas Aidilfitri 2021, mak ayah bersama adik dan Fariq. 
Ni je yang dapat dikumpulkan hari tu. 
Haha, apa si Fariq tu merajuk pulak. Tak nak balik katanya. 
Dalam jam 7 petang kami beransur pulang kerumah. 
Nak terima tetamu pun tak boleh, nak beraya rumah kawan pun tak boleh. Sudahnya macam biasalah malam lepak tengok TV je. Haha, apa boleh buat. 

Okay lah guys, nampaknya dengan berakhirnya entri malam ni. It came to the conclusion of my Diari Raya bagi Syawal 2021 ni. Lepas ni tak tau lah kalau ada entri raya lagi untuk tahun ni. Open house pun mesti takde punya. A very thank you so much untuk rakan-rakan blogger dan juga reader yang sudi menyinggah dan membaca Diari Raya aku yang sederhana ini. Menutup kata, aku dengan rasa rendah diri ingin meyusun sepuluh jari memohon kemaafan atas kekhilafan yang ada baik tanpa sedar atau tidak. Selamat Hari Raya Aidiliftri Maaf Zahir Dan Batin!

No comments:

Post a Comment