Friday, May 14, 2021

Kisah AKU n Syawal 2021 - Day 1

Assalamualaikum,

Tanggal 13 Mei 2021, umat Islam telah meraikan kemenangan melawan hawa nafsu dan kini sedang menyambut Hari Raya Aidilfitri. Ramadhan yang baru sahaja belayar ini tentunya akan menjadi asbab untuk kita terus menunaikan perintah Allah dengan penuh rasa rendah diri dan menjauhi segala laranganNya. Alhamdulillah, syukur aku panjatkan kehadrat Ilahi kerana masih memberi nikmat kehidupan untuk bersama-sama meraikan hari kemenangan ini. 
Seawal jam 8.30 pagi kami semua dah bersiap, kebetulan Fariq tidur awal malam sebelum tu. Memang ngam je bangun tak meragam.
Seperti yang kita rakyat Malaysia sedia maklum, tahun ni kita hanya dapat menunaikan solat sunat Aidilfitri secara berjemaah di surau/masjid dengan jumlah jemaah yang terhad angkara wabak Covid-19. Since wife pun lampu merah, sudahnya aku bertakbir dan solat sunat Aidilfitri sorang-sorang je.
Menyampaikan khutbah Hari Raya Aidilfitri 2021 yang bertajuk Covid-19 Mencabar Keupayaan Kita Yang Sebenar.
Ceria dipagi Raya..:-)
Usai sembahyang raya, aku meneruskan sesi fotografi bersama-sama keluarga.
Selfie laki bini, si kecik tengah menyusu. Haha
Tahun ni kami raya bertiga je. Along beraya kat PD dengan family dia. Family aku pulak tak dapat nak beraya kat rumah Ayah tahun ni sebab masih under kuarantin. Siot punya Covid-19, memecahbelahkan keluarga betul. Pfft. Nasib baiklah ada Google Meet ni.
Dapatlah video call untuk mengubat kerinduan..:-)
Next, sesi pengagihan duit raya kepada yang berkenaan. Hihi
Lepas dapat duit raya start lah meragam. Haha
Elok pun tidur, kami nak makan dulu ni Fariq.
Makan time. Juadah raya tahun ni lemang dan ketupat yang dibeli bagi menghidupkan suasana Raya.. Dimakan dengan dua jenis rendang - satu wife masak, satu lagi mak kirim. 
Makan lemang je untuk hari raya pertama ni. My favourite juadah time Raya..:-)
Sambung tengok TV je lah. Program kat channel-channel Astro pun banyak jugak walaupun program Raya tahun-tahun lepas punya. Lepas tu masuk tidur, haha.
Malam ambil turn mencuci pinggan mangkuk.
Main PS3 dengan Fariq before masuk tidur..:-p

Jadi, itulah cerita hari Syawal pertama aku untuk tahun 2021 ni. Dikesempatan ni sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri Maaf Zahir & Batin kepada sesiapa yang mengenali diri ini terutamanya buat rakan-rakan sekolah, UiTM, Touch 'n Go dan lain-lain

In Sha Allah jika tiada aral melintang, berjumpa lagi kita dicerita berikutnya. Till then, take care you all dan selamat beraya!

2 comments:

  1. selamat hari raya maaf zahir batin

    ReplyDelete
    Replies
    1. Selamat hari raya juga kepada Syaz dan keluarga. maaf lewat, tak perasan pulak ada pending comment..:-)

      Delete