Assalamualaikum,
Okay, tahun ni kita update awal since beraya di rumah sendiri. Maklumlah anak kena kuarantin, walaupun kami ni takde apa-apa. It's best for us to quarantine as well, kalau tak siapa nak jaga sikecik ni. Baiklah, meneruskan annual tradition sebelum ni, ada tiga entri wajib Raya Aidilfitri yang aku kongsikan bersama korang. Entri yang pertama ni nak cerita pasal aktiviti aku bersama keluarga untuk hari terakhir Ramadhan 2021 ni.
Jom kita start dengan cerita petang Selasa, ada company Townhall dan perutusan Raya live dari our Group CEO, Mr Effendy Shahul Hamid bersama CEO TNG Digital, Mr Ignatius Ong.Kat rumah sendiri ni aktiviti hari last Ramadhan just mengemas rumah je lah. Tapi since kebanyakkan area dah cover time spring cleaning after renovation hari tu. Memang tak banyak pun benda nak kena kemas. Cuma deko sikit ruang tamu, letak karpet, vacuum sikit etc.Hari last Ramadhan aku offer untuk masak since diberi pelepasan awal oleh management. Wife aku pulak still bekerja dari rumah. Apa salahnya jadi ringan tulang sikit, plus air tangan aku ni acceptable jugaklah. Haha
Jam 7.20 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Hulu Selangor sekaligus menandakan telah berakhirnya Ramadhan bagi tahun 2021 ini.
Menunggu masuk waktu Isyak untuk menunaikan solat dan takbir Raya tanda syukur kepada Ilahi bagi kemenangan melawan hawa nafsu pada Ramadhan tahun ini.
Lead solat dan Takbir semalam, tapi buat sorang je since wife datang bulan..:-p
Jam 7.20 petang menandakan telah masuk waktu berbuka di kawasan Hulu Selangor sekaligus menandakan telah berakhirnya Ramadhan bagi tahun 2021 ini.
Menunggu masuk waktu Isyak untuk menunaikan solat dan takbir Raya tanda syukur kepada Ilahi bagi kemenangan melawan hawa nafsu pada Ramadhan tahun ini.
Lead solat dan Takbir semalam, tapi buat sorang je since wife datang bulan..:-p
Isi duit dalam sampul raya. Ni dua tahun lepas punya sampul sebenarnya. Ada extra, aku pun tak ingat siapa yang bagi dulu. Huu
Dengar perutusan Raya dari DYMM SPB YDPA, Al-Sultan Abdullah Riayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan juga Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin. Serta mengikuti perkembangan terkini konflik Palestin-Israel yang hangat diperkatakan di media sosial sekarang. Semoga Allah berikan kemenangan kepada pihak Islam dan menghancurkan musuh-musuhNya. Amin Ya Rabbal Al-Amin.
Alright guys, concluding the entri malam ini, syukur aku panjatkan kepada Allah kerana mengurniakan aku dengan nikmat kesihatan sepanjang menjalankan ibadah puasa untuk Ramadhan 2021 ini. Dikesempatan ini ingin aku ucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam.
In Sha Allah seperti tahun-tahun sebelumnya, you guys can stay tune here for another two more entry wajib Diari Syawal 2021 ni..:-)
No comments:
Post a Comment