Sunday, April 1, 2018

Kisah AKU n Unplanned Trip @ Port Dickson

Assalamualaikum,

Pagi ni nak share satu unplanned trip yang aku join bersama rakan-rakan di Shah Alam. Haha, baik punya intro. Bapak pendek! Haha
Minggu ni aku kerja 3 hari je. Bos approved jugak cuti yang aku apply untuk Selasa dan Rabu. Penat beb almost every week ada tender submission. Minggu ni free sikit, at least dapatlah rehat. Cuti yang ada tu aku luangkan untuk wedding preparation - tengok dewan, jumpa photographer dan kad jemputan. Bila banyak sangat kerja sampai terlupa nak uruskan persiapan ni..:-)
Hari Jumaat aku ke TPM ada meeting. Tepat pukul 6 habis office hour aku terus ke Shah Alam. Lalu KESAS je, taklah jem sangat. Plan asal nak lepak tidur rumah diorang malam tu, and main badminton esok paginya. Then Pok Jad bagi idea nak overnight kat Port Dickson. Sudahnya, around 9.30 malam kami berempat with Joe as our driver bergeraklah menuju ke PD.
Sampai PD dalam jam 11.30 malam gara-gara Pok Jad punya Waze bawak lalu jalan dalam. Kalau ikutkan lagi senang kalau lalu PLUS, amik exit Seremban then naik Seremban-Port Dickson Highway. Yang ni boleh pulak masuk Ainsdale, Sendayan, tah jalan mana lagi. Haha
Lepas dinner kami cari port karaoke. Yang aku tau kat PD ni ada 2, tu pun sebab ikut Bro Sungai Buaya trip to PD dulu.
Sempat karok sejam je malam tu sebab tempat ni tutup pukul 2, kitorang pulak pukul 12.50 baru nak masuk. Jadilah, aku dah lama tak pegang mic ni. Huu
Kali terakhir karok bersama time New Year hari tu. Tapi last karok dengan Pok Jad (tengah) rasanya Mac 2015, waktu first reunion kami lepas grad. Helmy pun join jugak time tu. Sekarang ni tinggal berempat je..:-)
Muka ceria dapat melampiaskan nafsu yang membuak. Haha
Habis je karok dalam jam 2 pagi kami terus menuju ke Pantai Batu 8. Buat apa kat sini?
Sambung bersembang makan kuaci, sambil ditemani bayu Laut China Selatan. Nama pun overnight, takkan nak tidur dah kot. Baru 2 pagi. Huu
Kat sini yang eloknya banyak lampu limpah. So, agak terang. Dapatlah mengelak couple buat maksiat..:-)
Aktiviti seterusnya ialah tidur. Tidur dekat mana? Dalam kereta je lah der. Baru challenging. Tapi untuk aku yang kerap menjadikan kereta sebagai rumah kedua ni memang takde hal lah. Haha. Picture credit to Yat.
Seawal jam 6.30 pagi lagi kami dah bangun dan menuju ke masjid berdekatan untuk solat Subuh. Breakfast dulu before heading to our next destination di Teluk Kemang. 
8.30 AM - Ni lah port yang Pok Jad recommend. Katanya private and secluded. Quite decent pemandangan kat sini, with no business activity yang ada. Maybe sebab tu jarang orang datang lepak kot.
Banyak snap gambar diorang je lah, sebab aku swimming tak pakai baju. Nak post kat FB pun tak boleh, karang ada yang tergoda pulak tengok keseksian aku ni. Hee
Main lompat jauh. Haha
Bak kat Yat, dah macam Hawaii Five O. Sekali sekala feeling Hawaii sikit..:-P
Lepak bawah pokok, sambil makan keropok. Pergh, baik pantun 2 kerat aku!
Dalam pukul 10.30 pagi kami meninggalkan kawasan pantai before menuju ke Masjid yang sama untuk bersihkan badan yang dah berlengas dengan air laut.
Singgah Pasir Panjang yang terletak di border Negeri Sembilan-Melaka. Tak buat apa pun, dok sini 5 minit pastu blah. Haha
Sekitar jam 12, we had our lunch ditempat yang tak asing lagi bagi pengunjung yang datang kat Port Dickson ni - PD Famous Cendol Coconut Shake Power!
Pekena Nasi + Daging Salai Masak Lemak Cili Api + Milo Ais dan tentunya the famous Coconut Shake PD.
Kami meninggalkan PD dan bergerak pulang ke Shah Alam around 1 petang. Kali ni naik highway terus, takde lalu jalan dalam. Huu. Sampai dalam pukul 2.15 petang. Ikut plan seterusnya nak main badminton petang tu, tapi semua terlajak tidur. Tahu-tahu dah nak masuk Maghrib.
Cancel plan bersukan, terus dinner kat McD Seksyen 2, drop diorang then I made my way back to Sungai Buaya. Ingatkan balik pukul 11 jalan clear. Boleh pulak jem NKVE semalam, menyesal tak lalu Guthrie.

Yup, that's a wrap untuk entri pertama bulan April ni. Betul lah orang cakap, biasa trip yang takde plan ni lagi enjoy. Sebab it's unplanned! Haha. Memang enjoy, buat pulak keluar dengan bff UiTM. Lagi terasa nostalgia zaman belajar dulu.

P/S: Newcastle menang semalam lawan Huddersfield. 3 precious point and we are now at 12th place. Kutip lagi 6 mata and we will survive the league..:-)

No comments:

Post a Comment