Monday, April 9, 2018

Kisah AKU n Majlis Akikah Ilhan Mikail

Assalamualaikum,

Selamat malam semua. Lewat update minggu ni? Tu lah, busy sikit jadual penuh dengan aktiviti. Okay lah, nak story sikit tentang satu majlis yang dihoskan my family Sabtu lepas untuk meraikan akikah cucu pertama didalam keluarga kecil En. Gani dan Pn. Sulina.Pagi Sabtu seawal jam 8.30 pagi lagi kami dah bergerak dari rumah menuju ke venue majlis yang terletak di Dewan Banquet Udaimatunnur, Bukit Sentosa.
Mak ayah dan Opah bergambar bersama si kenit yang diraikan. Akikah merupakan satu ibadah sunat muakad yang didalam Islam. Ianya tak wajib tapi amat digalakkan dalam agama.
Bagi bayi lelaki macam si Kentang ni, disunatkan menyembelih dua ekor kambing, ataupun dua bahagian haiwan sembelihan. Just for future information, bagi bayi perempuan pulak cukup memadai seekor kambing atau satu bahagian sembelihan.
Tudiaa, King Fake dah mula acah-acah model..:-p
Eh, Aunty Ija pun ada jugaklah. Huu. Family ajak datang sekali, so habis office hour Jumaat tu aku pick up. Elok pun datang, boleh berkenalan dengan sedara mara lain.
Sekitar jam 10.30 pagi, rombongan Marhaban sudah pun memenuhi dewan khas. Majlis akikah ni yang disunatkan ialah upacara mencukur rambut bayi (dah buat awal-awal), aktiviti lain seperti berendoi dan juga marhaban merupakan aktiviti tambahan bagi menambah rasa majlis tu. Huu
Rakan sejawat ayah, Haji Hamzah membacakan doa bagi memberkati majlis pada pagi itu.
Alunan marhaban dialunkan tanda majlis bermula.
Mikail bersama mak bapak dia. Cuba tengok banyak ikut muka siapa? :-)
Manis tak? Haha
Family Acu Nani pun ada datang semalam bagi memeriahkan majlis.
Tetamu dihidangkan dengan lauk-pauk yang dimasak dari kambing yang disembelih, Yang bestnya dewan ni, it come with coffee corner yang bertemakan klasik ni. Sesuai untuk outdoor event.
Ayah sibuk melayan tetamu yang hadir.
Family juga mengundang pelajar-pelajar dari Pusat Tahfiz yang berdekatan..:-)
Keluarga Syazwan yang datang dari Johor untuk sama-sama meraikan akikah cucu sulung dalam family mereka.
Sekitar jam 2 petang, majlis bersurai. Gambar ni before insiden taik. Huu. Siot je Mikail tu dok berak kat Aunty Ija. Ni bukan berak biasa-biasa tau, ni yang level habis melimpah keluar dari pampers. Berapa lama lah dia peram tu. Haha
Petang tu lepas solat Asar aku, Ija dan mak ayah ke Eskay Collection Sg. Choh. Fitting baju beb! Cam tak caya pulak time aku menyarung baju ni. Huu (Gambar hitam putih, nanti kantoi lah kaler apa)
Malam tu lepas Maghrib, kami yang kaum lelaki ni semua keluar pekena Mee Hailam Perak kat Bukit Sentosa. Alang-alang Acik Zul ada, tu yang aku rekemen kasi try sikit. Tengok sama ke tak rasanya. Lepas gian beb! Huu
Tak cukup dengan tu, aku sambung keluar lagi dengan bro-bro. Kebetulan Afiq tak kerja malam. Dia pick up aku then terus shoot ke Shah Alam jumpa Dolah kat sana.
Mengopi kat Al-Rafi Bistro dulu before ke Uptown Shah Alam. Si Afiq ni nak cari shades, maklumlah nak jumpa bakal mertua jugak. Haha
Lama beb tak gather bertiga macam ni. Sampai rumah pukul 4 pagi, ingatkan habis dah Si Afiq tu ajak bersembang depan rumah. Nak tips jumpa family bakal katanya, plus cara-cara nak move on. Haha. Sudahnya pukul 5 baru aku masuk rumah hari tu.

Itu sahaja cerita untuk malam ni...eh, rasa ada satu entry tengah tunggu queue ni.

No comments:

Post a Comment