Malam ni nak share sikit cerita semalam. Setengah hari jugak keluar, pergi orang kahwin je kot. Haha. Yeke? Rasanya macam ada je benda lain buat semalam sampai balik lewat.
Okay, itu sahaja cerita malam ni. Ingat nak tidur awal sebab game Newcastle vs Everton pukul 3 pagi. Aku aimed nak tengok semua baki 5 game Newcastle untuk season ni. Apa-apapun tahniah sekali lagi kepada Bro Azrul dan pasangan. Semoga ikatan yang dibina berkekalan sehingga ke akhir hayat, dikurniakan zuriat yang soleh dan solehah serta diberkati Allah. Amin In Sha Allah.
Semalam aku menghadiri undangan majlis persandingan rakan sekerja Quatriz, Azrul yang diadakan di Klang. Ni sebenarnya majlis belah perempuan, yang belah lelaki buat pagi tadi di Jelebu, Negeri Sembilan. Aku pulak ada family matter yang nak diuruskan tadi, so tak dapatlah nak join. Since Azrul pun kata okay, aku decided to attend this one dan bertolak dari Sungai Buaya jam 12 ke Bukit Jalil terlebih dahulu.
Pick up cinta hati dulu. Bukan tak nak pergi sorang, tapi alang-alang dah jemput pasangan. Aku bawak lah sekali si Ija ni. Huu. Semalam dia half day, aku amik kat office then terus shoot ke venue majlis. Hujan lebat sepanjang perjalanan kami all the way from Bukit Jalil to Klang.
Amazingly tak sesat semalam. Haha. Time ni tengah roger Nawawi yang terlebih dulu sampai untuk share live location. Kami berdua je yang datang sini semalam, yang staf lain pergi dekat Jelebu tu.
Makan dulu before jumpa pengantin. Lapar beb, aku tak breakfast tau semata-mata nak kosongkan perut. Hii
Bergambar bersama Raja Sehari yang diraikan semalam, Azrul dan Zarlida. Asal pose aku tu awkward sangat, macam orang tengah memerut je. Haha
3.30pm - Jom balik. Eh-eh, mana boleh balik. Dah la jarang jumpa, jom jalan-jalan dulu. Cik abang nak bawak round Shah Alam. Bandar tempat menuntut ilmu dulu.:-)
Singgah Zuhur dan Asar di Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah, Shah Alam.
Sekitar jam 6 petang, kami ke Jakel Shah Alam. Ingat nak survey kain untuk majlis di Serkam nanti, tapi end up beli jugak sebab ada yang dah berkenan. Karang pergi lepas raya tengok-tengok dah habis..:-p
Happy je muka. Huu
Haha. Asal shopping mesti muka merenung masa depan camni. Hii
Okaylah beli semalam, dpt kain lelaki 4m, kain perempuan 5m plus lace 2m. Dah settle lagi satu benda nak kena prepare.
Singgah early dinner at Babah & Co. Aku yang recommend restoran ni. Orang tak ramai sangat, environment cozy. Foods pun sedap..:-)
Sampai pukul 8 jugak kami bersembang semalam. Check balik list apa yang pending.
Bergerak dari Shah Alam back to Bukit Jalil around 8.30pm
Sampai Bukit Jalil pukul 9.30 malam. Minta izin nak stretch kaki and power nap sekejap. Berdenyut beb kepala lutut aku ni drive dari pukul 12 tengahari. Dapat lah setengah jam napping, kantoi muka bangun tidur. Haha. Hantar Ija balik rumah then berbekalkan setin Nescafe White Coffee, I made my way back to Sungai Buaya. Lalu jalan dalam je, malas nak bayar tol..:-p
Malam tadi pulak repeat dinner BurgerByte dengan family. This time Along dengan Mak dapat join sekali, together with Si Kentang..:-)
Hari tu dah pekena Montreal Rice with Beef Patty, tadi pulak aku turn the order to my all time favourite Chili's Meat Burger. Nyum-nyum.
No comments:
Post a Comment