Malam ni nak menaip sikit cerita malam Sabtu lepas. First of all, apa-apapun nak tanya lah, B.I.L tu apa? B.I.L tu stands for Brother-in Law. Saja nak buat gempak sikit. Yes, as the title suggest - malam tu memang Saturday Night Fever kami berdualah. Huu
Malam tu kami berdua dinner kat Bukit Sentosa sambil menyembang pasal kerja. On the way nak balik tu, abang ipar aku ni ajak karaoke. Bagai orang mengantuk disorongkan bantal, aku pun cakap ON je. Sekitar jam 9.30 malam, kami menuju ke Rawang cari port karok biasa aku..;-)
KTV Rawang, berdekatan Bank Islam dan KTM memang port biasa aku berkarok dengan bro-bro Sungai Buaya. Kat sini audio memang super, lagu pun quite update jugaklah and snek free!
Ni kali kedua aku berkarok dengan Bro Syazwan ni. First time rasanya kat Ayer Hitam, itupun sebab pusat karaoke sebelah hotel. Rugilah tak melawat. Haha
Kami karok 2 jam jugak malam tu. Kira cam sorang sejam. Puas beb! Banyak lagu dapat nyanyi, buat pulak brader ni karok sekerat-sekerat. Memang aku exploit habis lah. Huu
Macam-macam genre aku try - rock, balada, pop, nasyid pun ada! Maklumlah banyak masa..:-pSelfie satu kali! Bercahaya habis muka, nak pakai front camera macam shit. Nasib baiklah teknik selfie zaman Nokia C3 boleh dipraktikkan lagi. Haha
Geleng kepala mak tengok gambar ni, siap kata "Sorang laki orang, yang sorang lagi tunang orang" . Apa boleh buat mak, dah hobi masa terluang. Buat pulak dapat jumpa yang sekepala. Kira okay lah tak buat benda pelik..:-)
Habis sesi dalam jam 11.30, memang terus balik rumah. One of the reason sebab bateri henset tinggal 5%, satu lagi takut kena leter balik lewat. Bagi aku pukul 12 tu awal lagi, tapi untuk brader ni yang dah kahwin - tu dah lepas curfew. Haha
Ni pulak cerita tadi, aku balik rumah quite awal jugak sebab dah pasang niat nak belanja family dinner BurgerByte untuk meraikan birthday mak ayah yang baru sahaja menyambut hari lahir yang ke 52 dan 56 respectively pada awal April.
Tiba-tiba mak tak berapa sihat, so yang dapat join ayah dengan Syazwan je. Okay lah kan, yang penting tak cancel. Yang tak dapat join tu aku tapau je.
Nasi Montreal with Beef Patty. One of BurgerByte signature dish since 2015. Memang sedap, korang kena try. Gerenti puas hati!
That's all untuk cerita malam ni. Memang truly blessed bila ada abang ipar yang sempoi + berkongsi hobi yang sama. At least, lepas ni dah tahu mana hala tuju kami everytime dia balik sini. Haha
P/S: Newcastle beat Arsenal yesterday. That's fourth win in a row. We are now sit at 10th place with considerable margin. Special thanks to our beloved King Rafa yang guide us out from the relegation zone and now, TOP TEN!
No comments:
Post a Comment