Amboi, petang dah update. Tak kerja ke? Huu. Betul tu. Aku half day hari ni, lepas hantar tender kat KWSP tadi bos bagi balik terus since semalam dah kerja.
Minggu ni surprisingly banyak dekat HQ. Siap boleh tinggalkan laptop kat office lagi tu. Balik bawak wallet, dengan kabel charger je. Huu
Hari Jumaat aku ke Bukit Jalil, start nak wrap tender. Since ada dokumen pending dari partner, aku tak dapat nak bungkus malam tu. Gerak ke PD from TPM sekitar jam 10 malam. Singgah makan kat R&R Nilai, sampai PD tepat jam 12 malam.
Bangun je pagi Sabtu sambung buat kerja sikit since petang tu Syazwan ajak round bandar Port Dickson ni.
Kami berdua disertai Along yang gian nak test suara katanya. Last kami bertiga karok time kat Ayer Itam tahun 2016. Diorang pun tak kahwin lagi. Haha
First time karok kat sini. Memang canggih. Touch screen dok swipe cam tu je. Maklumlah, kat Rawang still pakai remote lagi. Ada lah jakun sikit. Hee
Banyak duet diorang petang tu. Aku je lah yang pishang nyanyi lagu solo. Along kata nanti dah kahwin ajak lah Ija sekali. Huu. Yelah tu, nampak gayanya bukan kaki karok cam kita bertiga ni..:-p
Muka panas sebab diorang punya style karok pilih lagu banyak siap-siap. Aku pulak satu-satu.:-)
Sekitar jam 6 petang kami ke destinasi seterusnya. Mak ayah memang dah tunggu kat sana dengan Mikail.
Nak bawak si kecik ni jalan-jalan kat pantai sambil amik angin laut. Huu
Stress duduk rumah katanya. Kecik-kecik dah stress, besar nanti camna lah..:-)
Ayah memang dah transform style atuk-atuk dah. Haha
Rasa macam tak percaya pulak kakak aku ni dah ada family sendiri. Siapa sangka kan?
Brother ni jugak akan setup family sendiri nanti. Coming soon, In Sha Allah..:-)
Singgah makan malam di Hidayah Ikan Bakar, Teluk Kemang. Memang sedap makanan kat sini, sampai dua kali menambah jugaklah semalam.
Hari Ahad sekitar jam 12 tengahari. Aku dan ayah bertolak pulang ke Rawang. Ayah tinggal kereta kat sini since Khamis ni dia nak kesana semula pickup Along dan mak untuk mengundi. Mesti lah balik beb, semangat membara nak tukar government ni. Haha
Panas terik hari tu. Nak bukak mata pun berpinar. Haha
Kami tak balik rumah terus, sebab aku kena siapkan urgent work untuk tender submission KWSP kat office TPM. Sampai TPM around 1pm, nak dekat 5 jam jugak menyettelkan kerja yang ada. Nasib baiklah ayah okay lepak kat office aku ni..:-)
Sampai rumah pukul 6, memang dua-dua tertidur kepenatan. Dah tu panas, jalan jem pulak. Haha. Okay, that's the wrap untuk entri petang ni. Esok sambung cuti lagi lah gamaknya - Hari Buruh! Seronoknya dapat rehat lagi..:-)
No comments:
Post a Comment