Sunday, April 2, 2017

Kisah AKU n Career Overview: Business Development

Assalamualaikum,

Okay, memang tak produktif hujung minggu aku kali ni. Tidur, tidur dan tidur. Apa boleh buat, nak keluar dengan kawan-kawan semuanya busy belaka. Tapi kena jugak lah, aku pun dalam cost-cutting measure ni. Pasni nak bayar depo rumah lagi. Kena maintain disiplin menyimpan. Alright, early this week ada some junior FSPPP tanya aku why I chose Business Development as a career yang menyimpang dari kos kami. Ada ke subjek dari BAS ni yang berkait dengan kerjaya as BD ni. Semuanya korang akan tahu dalam entri ni. Apa-apapun, jom recap apa yang jadi minggu ni.
Attended site visit kat Ulu Langat. Site visit ni best tau sebab dapat tengok dunia luar, tapi tu lah. Bila tengah banyak kerja kat pejabat, automatically jadi tak best. Haha
Minggu ni juga merupakan minggu terakhir ayah, En. Gani Daud berkhidmat bersama G&G Division, Petronas Carigali. Bayangkan lah dari tahun 1985 menabur bakti bersama syarikat minyak Malaysia ni, akhirnya bersara jugak. Happy retirement Bos! Terima kasih atas jasa membesarkan abang dan keluarga kita selama ni. I'll take the baton from here.
So, hari Khamis lepas merupakan hari terakhir aku berkhidmat drop-pickup ayah di LRT Gombak. Lepas ni boleh keluar rumah lambat sikit, huu. And of course, spend time buat kerja dengan lebih lama sikit kat office. Well, I'm gonna miss kenangan bersembang time nak pergi dan balik kerja dengan ayah. Macam-macam lah, politik, bola, keluarga, kerja, rumah. Semuanya boleh cover dalam masa sejam perjalanan tu..:-)
Jumaat aku cuti since kerja pun banyak dah cover. Bawak ayah pergi LHDN Jalan Duta untuk uruskan income tax. Lama tak pergi sini, rasanya last datang tahun 2010. Nak matikan stamp bila nak masuk Asasi Undang-Undang. 7 tahun lepas beb! Haha

Okay, jom kita ke main entry malam ni. Kerjaya as a Business Development. Please be noted, aku ada buat entri pasal ni dulu. Klik sini. Tapi it's a complete different overview. Yang hat tu BD dalam event industry, yang ni lain.
Frankly speaking, BD merupakan front-liner untuk sesebuah syarikat. When it comes to business, these guys are the one who engages the third parties. Be it from initiating strategic business partnership and alliance, sampailah to attend clients enquiry such as quotation or RFP. At the same time, mereka juga terlibat dalam strategic management in order to access the company ability to remain sound in the competition. SM tools seperti SWOT, Porter, PEST merupakan key knowledge yang penting bagi seseorang BD. Accessing market viability menggunakan tools ni berupaya memberikan insight yang mendalam untuk gauge the company relevancy didalam sesebuah industri. 

Bagi menjawab beberapa soalan junior, apa subjek BAS yang berkait dengan career ni? Jom kita start dari Semester 1 up to 6. Step by step.
  1. MAT112 - Business Mathematics: As a BD, you need to know at least the basic of business mathematics. Here, korang must be able to calculate profit, margin, interest, bond etc. So, subjek ni penting in order to be a cunning BD where you guys know kenapa korang set certain margin for quotation or tender. Hehe
  2. ADS410 - Quality Management System: Walaupun QMS bukanlah tugas hakiki seorang BD, but then ada company yang jadikan BD to hold ad-hoc responsibility in coordinating ISO. Macam aku..:-)
  3. QMT412 - Business Statistics: Well, you need it to perform market analysis. Analysis bukan setakat buat SWOT, PEST semua tu. Sometimes, financial statistic pun kena perform jugak.
  4. PRO458 - Public Relations: BD juga merupakan a marketer for the company. They need to know in and out of the industry where they belongs. Kita mesti tahu how to engage with the publics and concerned parties. Website, events merupakan antara duty utama BD when it comes to public engagement.
  5. ADS511: Research Methodology: Doing market research merupakan tugas harian seorang BD especially when the company wanted to venture into grey business. Sometimes, almost setiap minggu ada je research baru yang bos mintak aku conduct. 
  6. ADS512 - Project Management: Haa, ni lah benda penting sekali yang kena ada dalam kepala otak seorang BD. We deals with tender/project proposal almost every week, and we are the one who coordinating the tendering team. Knowing how to allocate your resources could prove vital in order to submit the tender accordingly dan subjek apa lagi yang ajar kita teknik-teknik tu kalau bukan PROMA ni. Trust me, this is very important.
  7. BEL432 - Business Correspondence: BD juga sometimes kena tahu how to buat and respond to letter and enquiry from clients or authorities. This subject help me a lot in doing and responding to business letters.
  8. ADS553 - Strategic Management: Tak payah cakap, subjek ni memang penting. BD deals with STRAMA everyday. Tak sia-sia kena hentam time presentation PNB dulu. Haha
  9. ADS666 - Practical Training: Last but not least, internship. This is where you guys receive your baptism of working professionally. Diletakkan dibawah Tender Department and assistant to ISO coordinator ketika berpraktikal, it is proven vital untuk career development aku sekarang. Now, I'm doing tender and the ISO coordinator itself. Tu lah nak cakap, Allah je yang tahu perancanganNya. 
Well, rasanya dah menjawab kot persoalan yang bermain kat minda korang, betul tak? Ye betul it seems menyimpang dari kos kita yang more towards public service. Tapi tu lah, bukan senang nak masuk government service sekarang dik. Jangan lah fikir, bila dapat kursus ni korang confirm dapat kerja kerajaan. Tak semestinya, bukan semua dapat peluang tu. Dan juga jangan fikir bila dapat buat intern kat Majlis, dah boleh berangan yang korang akan serve them after graduation. Ramai je kenalan yang aku kenal buat praktikal kat government office tapi end up to private sector jugak. So, dalam entri ni aku dah bagi tau subjek-subjek untuk Bachelor of Administrative Science (Hons.) yang boleh digunapakai dalam mencari kerjaya as a Business Development Professional.

Sekarang ni pergi belajar elok-elok, and make your parents proud. Soal masa depan kerja tu kau letak lah kat Allah. Sesungguhnya Allah itu sebaik-baik Perancang. Okay, dah lah. Nak tidur, esok ada meeting kat Bukit Jalil (Haa, arrange meeting pun tugas BD jugak..haha)
P/S: Newcastle menang semalam, 7 more games to go to finish the line. Howay The Lads!

2 comments: