Sunday, April 16, 2017

Kisah AKU n Ishak's Wedding @ Banting

Assalamualaikum,

Malam ni nak share aktiviti kami berempat petang tadi. Ni dengan geng bro yang mana satu? Kalau dah berempat tu confirm lah dengan bro-bro Shah Alam. So, awal minggu lepas nak dijadikan cerita kami menerima invitation dari rakan UiTM kami, Ishak untuk ke majlis persandingan dia yang berlangsung di Banting, Selangor. Without hesitation, kami berempat setuju meluangkan masa memeriahkan majlis.
Aku gerak dari Sungai Buaya sekitar jam 11 pagi. Sampai je lepak dekat rumah sewa diorang dulu sementara tunggu Pok Jad yang ada sedikit urusan.
We left Shah Alam around 1pm dengan aku sebagai driver lagi. Haha
Pukul 2 kami selamat tiba di venue majlis yang terletak di Kampung Jenjarum, Banting. Dulu time study pernah konvoi motor ke Morib, singgah rumah bro Ishak ni. Adalah ingat sikit-sikit jalan sini..:-)
Sampai je kami makan dulu. Simpan perut beb pagi tadi!
Adalah bersembang sekejap dengan bro Ishak kita ni. Biasalah tanya perkembangan hidup, kitorang last lepak 3 tahun lepas. Habis degree mana ada jumpa dah.
Bro Ishak diapit 4 jejaka yang masih bujang. Harapnya tak bujang terlajaklah ye. Huu
Selfie satu round! Mesti korang tanya mana bini dia kan? Tengah solat beb!
Aku bersama raja sehari yang diraikan hari ini. Amik berkat sikit. Asyik pergi wedding orang je, yang kamu ni bila lagi? Tak nampak tanda-tanda nak berumah tangga pun. Haha
Around 3pm, kami bergerak meninggalkan perkarangan rumah pengantin. Since sekarang pun tengah bulan, dan masing-masing pun nampak lesu. So sampai je Shah Alam aku drop diorang and terus made my way back to Sungai Buaya.

Itu lah cerita kami hari ni. Another wedding day dan juga seorang lagi rakan kami yang dah off market. Betul cakap Joe, umur 25-27 ni memang kita kena be prepared je dengan wedding invitation. Tang part invitation sendiri kita letak kat Allah. Tahniah diucapkan kepada Ishak dan Mariyam. Semoga perkahwinan yang dibina kekal hingga ke akhir hayat dan juga dihiasi dengan zuriat yang soleh dan solehah. Amin In Sha Allah.

P/S: Draw pulak dengan Leeds. Susah lah nak jadi champion ni. Takpelah, automatic promotion pun dah cukup sebenarnya. Howay The Lads!

No comments:

Post a Comment