Assalamualaikum,
Before ready nak pergi solat Jumaat ni ingat nak share sikit aktiviti bersama rakan-rakan pejabat semalam. Rabu lepas Tengku Arif created satu lagi WhatsApp group khusus untuk aktiviti sukan dalam Quatriz ni. Tapi yang ni untuk futsal. Berapa banyak group sukan lah korang nak buat ni? Haha. Satu sukan satu group ke apa? :-p
Before ready nak pergi solat Jumaat ni ingat nak share sikit aktiviti bersama rakan-rakan pejabat semalam. Rabu lepas Tengku Arif created satu lagi WhatsApp group khusus untuk aktiviti sukan dalam Quatriz ni. Tapi yang ni untuk futsal. Berapa banyak group sukan lah korang nak buat ni? Haha. Satu sukan satu group ke apa? :-p
7.30 PM - Seperti yang dirancang, kami bersepuluh gerak from TPM office to Zelka Sports Center, Kinrara. Ada lagi 5 member yang tak dapat join atas kekangan masa. Senang je nak cari tempat ni, ianya betul-betul located berhadapan LRT Alam Sutera.
Kat Zelka ni ada 2 je futsal court yang occupied Level 1, selebihnya gymnasium dan juga a total of 11 badminton court di Level 2. Fasiliti seperti kafeteria, changing room, toilet pun ada disediakan jugak. Parking dalam first come first serve. Tapi kat luar pun ada jugak parking space
Menunggu giliran masuk court.
Takde pulak gambar time tengah beraksi. Sebab kami cukup-cukup je 2 team semalam, so tak rotate player. Bayangkanlah, last aku main futsal ni tahun 2014. Time tu final semester rasanya. Klik link ni..:-)
Jersi Muangthong United yang tak boleh blah tu. Niat hati nak perform macam Teerasil Dangda. Haha
Main sejam je semalam, tapi tak payah cerita lah pancit dia pergi mana. Haha
Selfie dulu satu round!
9.30PM - Sesi pertama futsal kami berakhir dengan jayanya. Singgah melepak + dinner kat Murni Bukit Jalil sambil discuss plan untuk next session.Dalam pukul 11.20, aku bergerak meninggalkan TPM dan sampai Sungai Buaya tepat jam 12 malam. Tunggu jugak si Afiq tu message ajak minum, takde pulak. Sudahnya balik rumah terus mandi, solat Isyak pastu..
Konfirm kena urut kaki pakai minyak Siam ni, kalau tak terkengkang jalan nak pergi kerja. Haha
So itu je lah cerita aktiviti aku semalam dengan rakan-rakan seperjuangan kat office ni. Diorang ni selalu jugak main badminton, tapi venue jauh beb. Sampai ke Puchong sana! Takpelah, nanti ada masa free aku join korang berbadminton pulak.
P/S: Bila nak spar lagi dengan Bro Joe and the geng kat Shah Alam tu?
No comments:
Post a Comment