Monday, April 24, 2017

Kisah AKU n Daulat Tuanku!

Assalamualaikum,
Cuti beb hari ni! Lain pulak rasanya bila dapat extra cuti. Huu. 
Baik lah, pertamanya izinkan patik merafak sembah dan menjunjung kasih ke bawah Duli Yang Maha Mulia Seri Paduka Baginda Sultan Muhammad V diatas pertabalan sebagai Yang Dipertuan Agong Malaysia ke-14 bertarikh 24 April 2017 ini. Semoga pemerintahan Tuanku yang adil lagi saksama akan sentiasa berada dibawah payung lindungan Allah S.W.T. Amin In Sha Allah. Memang teruja dan beruntung rasanya kerana sempat berada dibawah pemerintahan Baginda. Personaliti yang warak, no-protocol dan juga dekat bersama rakyat jelata. Diharap dengan limpah dan kurnia yang diberikan Allah kepada rakyat Malaysia ini, sedikit sebanyak dapat melembutkan hati pemimpin-pemimpin korup dan arrogant yang ada kat atas tu. Kalau aku jadi diorang malu beb! Haha.
Eh, kau pergi mana ni bro? Haa, ni lah aku nak share sikit pengalaman "bercuti" aku dalam entri petang ni.
Vacation ni merupakan yang pertama untuk meraikan persaraan ayah dari PETRONAS awal bulan 4 hari tu. Katanya nak berehat dulu 3-4 bulan, before sambung buat consultancy works dengan kawan-kawan beliau..:-)
Aik, diorang pun ada jugak? Ye betul tu, Along dan abang ipar aku pun join jugak vacation ni. Second honeymoon katanya lah. Haha. Adik pulak tak dapat join sebab ada program keagamaan dekat USIM tu, plus dia pun dah nak final examination.
Cantik kan tempat ni? Memang beruntung betul siapa yang dapat melihat keindahan alam ciptaan Tuhan ni. Eh jap, mana gambar hang? 
Tadaa! Haha, budak ni pun tak dapat ikut. Lol. Banyak pulak kerja minggu lepas, padat beb dengan meeting, tender briefing, tender clarification dan sebagainya. Sudahnya, memang gua gigit kuku je lah tengok diorang share gambar dalam group WhatsApp tu. Huu. Apa boleh buat, kerja pun tak sampai setahun lagi. Takkan lah nak mintak cuti 5 hari terus. Karang tak pasal-pasal KPI turun pulak..:-)
So, ni lah kerja aku dok sorang-sorang kat rumah minggu lepas. Rutin setiap petang lepas balik kerja - siram pokok bunga mak, panaskan enjin kereta ayah + Syazwan, sapu daun-daun kering kat depan rumah. Dinner sendiri tu biasalah. Nak keluar, bro-bro pulak busy. Memang malam dok rumah marathon cite Walking Dead je lah..:-p
Malam semalam bawak abang ipar pergi makan kat Sedap Rasa. Saja nak tunjuk kat dia the true meaning of "Kedai Siam".. Hehe. Kedai Siam walaupun makanan memang pure dari Thailand, yang masak orang Siam tapi as long as takde penyeri. Tak cukup syarat lagi tu. Haha.
Melepak lah sekejap dengan geng-geng Otai KRT Mawarsari sementara nak menunggu Afiq dengan Dolah. Alang-alang semua cuti hari ni, tu yang sampai pukul 2 pagi jugak kami habis menyembang kosong semalam.

On to perancangan membeli rumah. Alhamdulillah dah masuk next stage, aku dah signed Agreement To Purchase hari Sabtu lepas, let's hope everything will be fine. Once bank approve dan luluskan permohonan which will take roughly dalam 2-3 minggu. Kita akan settlekan SPA dan In Sha Allah, kalau takde masalah by September-Oktober tu merasa lah aku pegang kunci rumah sendiri. Amin

P/S: Tak sabar nak tengok match Newcastle VS Preston malam ni. If menang, we will be automatically promoted to EPL next season. Howay The Lad!

No comments:

Post a Comment