Assalamualaikum,
Petang Jumaat tu aku attend meeting dekat LLM. Habis dalam pukul 5 petang then terus memecut ke Nilai to pick up adik.
Sampai Ayer Hitam sekitar jam 8.30 malam. Kami menginap di Ayer Hitam Inn berdekatan highway PLUS.
Memang letih beb hari tu..:-p
We had our quick breakfast since kami pun dijadualkan tiba di majlis sekitar jam 2 petang.
Untuk majlis ini, keluarga kami disertai Opah, family Acu Nani dan Acik Fendi, dan juga keluarga family sepupu ayah, En. Mokhtar.
Family bos ayah, Tn. Saidin from PETRONAS pun ada join jugak.
Konvoi 5 bijik kereta. Semua kaler hitam, myvi gua je rare kaler blue..:-)
Mengiringi mempelai ke pelamin. Ermm, tapi aku kan family photographer. Mana lah sempat nak masuk barisan..hii
Tak banyak cakap terus makan je.
Pengantin pun nak bergambar jugak.
Upacara memotong kek.
Aku bersama En Mokhtar sekeluarga..:-)
Belum apa-apa dah kena tinggal. Haha
Pasangan mempelai bersama nenda.
Bersama keluarga pengantin lelaki. Aku baru perasan adik beradik abang ipar aku ni semua batang. Haha
Haa, tang ni balance sikit..:-p
Yang ni memang fevret aku kalau pergi majlis kahwin. Mesti nak berselfie dengan raja dan ratu sehari...:-)
Bergambar bersama bapa pengantin perempuan yang segak berbaju batik.
Dok tengok sesi photoshoot diorang..Haha. Mesti tak tenang punya nak pose..:-p
Okay lah Along. Sampai sini je lah kami hantar kau. Selamat berhoneymoon kat Cameron Highland, tengah sejuk sekarang kat atas tu. Cantik sangat dah..:-p
Kami meninggalkan majlis dalam pukul 5.30 petang. Malam teman Adik tengok match Chelsea kat mamak bawah hotel. Lepas tu terus sambung buat kerja pejabat sikit sampai pukul 3 pagi. Tengok tak betapa berdedikasinya aku ni. Hehe
Pagi tadi kami meninggalkan bumi JDT sekitar jam 9.30 pagi dan arrived at Nilai around 11.15. Singgah brunch, hantar Adik dan terus memecut ke Rawang.
So kawan-kawan, itu lah cerita majlis bertandang yang telah selamat dijayakan di rumah keluarga pengantin lelaki di Ayer Hitam, Johor. Sekali lagi ingin aku ucapkan selamat pengantin baru buat Along dan Syazwan. Semoga berkekalan hingga ke akhir hayat. In Sha Allah.
No comments:
Post a Comment