Assalamualaikum,
Fuuhh..letih betul sehari dua ni. Seperti yang korang sedia maklum, my only sister dah pun selamat menjadi isteri orang. Tahniah diucapkan kepada Along dan Syazwan.
Petang ni suka aku nak share sedikit cerita mengenai majlis persandingan mereka yang telahpun berlangsung dengan jayanya semalam.
Seawal jam 7.30 pagi lagi aku dah berada di venue majlis yang terletak di Bukit Beruntung Golf Club.
Kami sekeluarga dibantu saudara mara sebelah ibu, berserta jiran tetangga membuat persiapan terakhir untuk majlis ini.
Sedikit gambar dekorasi dewan majlis.
Bergambar kenangan sebelum memulakan majlis.
Jam 11.30 pagi, tetamu mula memenuhi ruang dewan.
Diluar dewan ada coffee corner, ice cream kiosk dan juga..
Photo booth untuk tetamu yang hadir.
Bersama DJ majlis, En. Shahril. Kami bertanggungjawab mengawal selia teknikal dan multimedia semalam..:-)
1PM - Perarakan masuk raja sehari ke dalam dewan.
Bacaan Doa dan Qunut Nazilah oleh Adinda Muhd Faris.
Disusuli dengan ucapan penghargaan oleh Adinda Muhd Farid..:-p
Kedua mempelai bersedia untuk makan beradab.
Alahai sweetnya Opah dan Acik Fendi ni..:-)
Upacara memotong kek. Acah-acah romantik pulak kakak dengan abang ipar aku ni..Haha
Dewan majlis yang tidak putus-putus menerima kunjungan tetamu yang hadir.
Ni kawan-kawan Along time STPM dulu.
Adik bersama rakan-rakan USIM yang sanggup naik motor all the way from Nilai to Rawang bagi meraikan majlis persandingan ini. Kawan aku? Haremm. :-p
Ayah bersama orang kuat Petronas. Well, the SVP of G&G himself sudi meluangkan masa menghadiri hari persandingan kakak aku ni.
Mak bersama jiran-jiran yang paling banyak membantu keluarga kami didalam menjayakan majlis ini..:-)
Raja sehari bersama keluarga pengantin lelaki.
Keluarga pengantin perempuan pun nak jugak bergambar.
Bersama adinda-adinda lelaki pengantin perempuan.
Kita selfie dulu!
Yang ni pulak kawan-kawan sekolah Along dari sekolah rendah. Kadang-kadang terfikir jugak, camna lah aku nanti. Kawan tak ramai, silap-silap krik krik je nanti atas pelamin..Haha
Tapi takpe yang penting dua orang brader ni datang pun dah cukup. Afiq cakap dia siap spare uniform Domino dalam kereta sebab semalam shift petang. Dolah pulak lari jap from UNISEL since dia pun tengah study week. Thanks guys, terharu beb. That's why gua cakap lu orang ni the best yang aku ada!
Majlis bersurai sekitar jam 4.30. Haa, time ni lah ada diantara kami yang baru nak menjamah lauk. Tetamu ramai betul semalam. Aku memang tak fikir apa dah, terbayang katil kat rumah je.
Mewakili keluarga pengantin perempuan, terima kasih saya ucapkan keatas kehadiran tuan-tuan dan puan-puan ke majlis persandingan kekanda saya. Terima kasih juga kepada saudara mara sebelah ibu, jiran tetangga terutamanya kepada family Saudara Rizal dan Akram dan juga Brotherhood SB yang telah membantu dalam menjayakan majlis ini. Semoga Allah sahaja yang dapat membalas jasa dan budi baik kalian semua.
Bro ni nak sangat drive. Haa bagus lah, kaki abang kau ni skru dah longgar. Elok pun ada lesen.
Malam bergurau senda dengan sepupu sekejap then tertidur sampailah pukul 10 pagi tadi..:-p
Menutup entri petang ini, sekali lagi ingin aku ucapkan Selamat Pengantin Baru kepada Along dan Syazwan. Semoga penyatuan ini diberkatiNya serta berkekalan hingga ke akhir hayat. Haa, hampir terlupa. Cepat sikit bagi aku anak buah. Haha
P/S: Aku pun dah buat kira-kira jugak..:-p
No comments:
Post a Comment