Assalamualaikum,
Hari ni suka aku nak share cerita majlis pertunangan kakak aku, Nur Darina dan juga pasangannya, Syazwan yang telah berlangsung semalam di rumah keluarga kami di Bandar Sungai Buaya. Simple je majlisnya, tapi kaya dengan adat dan budaya orang Melayu dimana.....Dah-dah, ni bukan blog pendidikan..haha. Okay, tanpa membuang masa untuk introduction hambar aku, jom selak sikit apa yang ada untuk entri petang ni.
Seawal jam 7 pagi aku dah bangun (dipaksa..haha) untuk menolong mak ayah untuk membuat persiapan terakhir untuk majlis pertunangan kakak aku ni. Susun meja, kerusi, meja buffet, hiasan dan sebagainya..:-)
Settle je kemas kat bawah, sambung tidur balik, haha. Ngantuk bai, malam tu aku tidur pukul 4. Around 10 aku bersiap mandi, dan memulakan tugas sebagai coordinator dan unofficial photographer bagi majlis ini..:-)
Dari kiri - Acu Nani, Iman, Opah, Mak dan Damia.
Ketibaan rombongan meminang keluarga belah lelaki. Sekitar jam 11.30 pagi.Faris bersama anak Acik Fendi, Rayyan. Ni lah budak yang aku cakap suka senyum sorang-sorang. Naik seram aku dibuatnya..haha
Barang-barang hantaran dari kedua-dua belah pihak.
Jam 12 tengah hari, rundingan meminang dijalankan untuk mencapai persetujuan tentang tarikh bla, bla, bla...:-p
Kaum wanita dari pihak keluarga perempuan. Cuma satu family je dari belah emak yang tak datang semalam or tak hantar wakil iaitu family Acik Joe. Belah ayah pulak yang datang satu family je iaitu Pak Long dan isterinya.
Acik Fendi dan Acu Keon yang datang all the way from Putrajaya dan Shah Alam. Bersembang kat luar je, since kat dalam dah padat.
Aku jadi photographer tak berbayar je semalam, since ayah ada hired photographer professional special, Acet untuk majlis ni..:-)
Eh..ada pulak sesi fotografi diorang ni. Takpe-takpe, dah ada orang bayarkan photographer tu. Amik lah gambar sampai lebam..:-p
Haa, ni lah dia tunangan kakak aku, Syazwan namanya.
Along bersama aku. Tak sangka beb, akak aku ni dah nak kahwin..haha
Selfie sikit!
Along bersama adik lelaki kami. Korang tengok camna besarnya si Faris ni sekarang..haha
Aku bersama bakal abang ipar, In Sha Allah seperti yang dipersetujui. Majlis nikah dan sanding akan dijalankan pada Disember ini.
Shortly after rundingan selesai, sedikit jamuan makan disediakan dari pihak kami untuk keluarga belah lelaki dan juga jiran-jiran yang hadir memeriahkan majlis.Bakal besan bersembang. Yang baju kotak-kotak ni ialah ayah kepada Syazwan, En. Shamsuddin namanya.
Eh-eh, dah kenapa makcik ni? Haa, itu lah dia bakal mak mertua kakak, dan besan mak aku..:-)
Sesi mini photoshoot sementara menunggu gerombolan kawan-kawan Along yang datang lewat sedikit semalam.
Sekitar jam 3 petang, majlis selesai dengan jayanya. Seronok semalam dapat be a part untuk majlis pertunangan kakak aku sorang ni, disamping dapat berkumpul dengan keluarga yang hadir, dan juga jiran-jirang yang sudi meramaikan majlis. Tak sabar rasanya nak tunggu bulan 12 ni untuk majlis kahwin diorang pulak..:-)
P/S: Habis je majlis, jiran-jiran semua dok pakat tanya turn aku pulak. Bertenang semua, kasi settle my sister ni dulu, then In Sha Allah my turn akan datang. Amin.
No comments:
Post a Comment