Assalamualaikum,
Fuhh, letih betul minggu ni. Penat atas jalan je. Menempuh perjalanan hampir 800 km pergi balik secara bersendirian merupakan satu pengalaman baru bagi aku. Untuk pengetahuan semua, aku baru sahaja menghabiskan kursus Program Assessment Center (PAC) anjuran Suruhanjaya Perkhidmatan Awam bagi jawatan Pegawai Tadbir & Diplomatik Gred M41 di Institut Tadbiran Awam Negara Zon Utara (INTURA) di Sungai Petani. PAC ni merupakan stage kedua dari 3 stage yang perlu diselesaikan untuk layak menjadi seorang PTD. Tapi entri yang ni bukan mengenai PAC lah, tapi more to aktiviti yang aku lakukan sebelum check in kat INTURA tu.
Aku amik annual leave pada Jumaat yang lepas. Seawal 7.30 pagi lagi aku dah bergerak dari Sungai Buaya ke Sungai Petani. Perjalanan sejauh hampir 400 km ni mengambil masa kira-kira 3-4 jam bergantung kepada kelajuan pemandu.
Singgah di R&R Sungai Perak untuk breakfast dan cool down kereta..:-)
Tiba di Sungai Petani sekitar jam 11.30 pagi.
Disini aku memilih untuk menginap di Big Orange Hotel. Dah survey dan booking siap-siap hotel ni, so memang terus check in. Letak beg, berehat sebentar dan keluar untuk solat Jumaat di masjid berdekatan.
Sedikit gambar didalam bilik hotel aku yang cute ni..huu. Memang selesa dan sangat recommended untuk sesiapa yang travel secara solo. Dengan harga RM 55 kita akan dapat sebuah bilik dengan single bed, lengkap dengan running hot water, TV dan berpenghawa dingin. Selain tu, breakfast ada disediakan dalam pakej dan juga wifi yang memang tak terkata lajunya.
Nampak tu laju ke tak wifi dia? Ni semua aku download satu malam je..haha. Puas hati bhai..:-)
Jom bernarsis sikit dengan cermin bilik air hotel ni..haha
Lepas solat Jumaat, aku terus ketiduran sampailah pukul 5 petang. Memang down jugak bangun lewat sebab kalau ikutkan plannya nak ke Pusat Arkeologi Lembah Bujang, tapi confirm dah tutup. So, aku pun decide untuk bersiar-siar di sekitar Bandar Sungai Petani ni and apa yang famous kat sini selain Menara Jam dan Mee Udang? Sudah tentunya Amanjaya Mall!
A typical mall dengan pusat bowling, karaoke, panggung wayang, flagstore dan a variety of F&B restaurant etc. Kebetulan, ada pertandingan mewarna hari tu, sempat lah snap gambar ni..huu
Had my early dinner di Merrybrown. Teringat pulak time kerja kat Trueventus dulu, selalu makan set ni..:-)
Since aku still ada banyak masa yang terluang (sebab malas nak fikir study dah malam tu..huu), aku memilih untuk menonton Deadpool berseorangan..haha. Macam tak biasa tengok wayang sorang-sorang. Tapi, serius cerita ni memang cliche superhero movie but apa yang buatkan ianya menarik dan tak boring ialah....it's damn f**k**g funny!!!
Left the Mall around 9PM, still banyak masa tapi aku memilih untuk terus balik ke hotel since esoknya kena bangun awal. Better get things prepared early, takut nanti kelam kabut pulak.
Selfie dulu..haha. Tak habis-habis, aku ni nampak je muka garang. Tapi dalam hati ada taman syurgawi beb..hahaOkay, nak tau pengalaman aku ber-PAC, nantikan entri seterusnya. Till then, adieu!
No comments:
Post a Comment