Monday, February 1, 2016

Kisah AKU n The 5th Wave

Assalamualaikum,

Hujung minggu ni dipenuhi dengan aktiviti bersama kawan-kawan dan juga keluarga. Kalau asyik lepak dengan Brotherhood, tapi dengan family kurang pun tak boleh jugak, betul tak? Malam Sabtu aku bersama my trusted friends had our good time di Space U8. Malam tadi pulak dengan family ke TESCO Rawang.
Amik dua orang ni after Maghrib dan terus memecut ke Bukit Jelutong. Arrived di Space U8 around 8.30PM. Tunggu diorang ni habiskan sebatang uda rokok dulu. Maklumlah, dalam kereta aku ni zon larangan merokok..huu
Plan simple je. Karaoke + Movie Time + Dinner. Package bulanan kitorang..lol
Mesti ada yang pelik kan. Ko ni Farid, asyik dengan dua orang ni je. Tak boring ke? Haha
Nak boring apanya, diorang ni je lah kawan yang aku ada kat Sungai Buaya ni.
Happy boy. Takde kerusi pilih lagu pulak kat sini. Tak pasal-pasal kena cangkung cam orang nak buang air..haha
Ingatkan Deadpool dah keluar, rupa-rupanya 2 minggu lagi. Nampak sangat tak amik port langsung, haha. Sudahnya tengok cerita The 5th Wave ni. Another cliche American's movie. Dunia kena attack, and semua cerita berpusat kat USA..haha. Ada lah group fighter yang tinggal untuk melawan makhluk tu dan juga restore the order. Nasib baik Chloe Moretz cute, haha!
Cerita tu habis pukul 12AM, since semua dah kebulur. Kami pun had our late dinner di Barra, Shah Alam. Tempat makan biasa time muda-muda dulu..huu. Call Joe, dia angkat tapi dah memang suara mamai habis tu. Takpelah bro, pergi lah sambung tidur..haha

Another routine activity and nothing special happened. Cuma terfikir, camna lah kehidupan kami bertiga bila masing-masing dah ada family sendiri..huu

No comments:

Post a Comment