Saturday, February 15, 2014

Kisah AKU n I'm Six Sigma Practitioner!

Assalamualaikum, keputusan exam dah keluar - result aku? turun lagi nampaknya, baru je naik time Semester 4, kali ni turun balik..haha, never mind lah, kisah pulak aku dengan result tu. Sebab minggu ni, owner blog ni sangat happy tau. So, result UiTM tu tak bagi kesan sangat pun kat aku..:-)
Apa benda ni Farid? Secret society punya lambang ke..? huu, tak lah - This is Six Sigma symbol. Six Sigma ni merupakan satu teknik dan alat untuk continual process improvement. Menggunakan DMAIC Roadmap, teknik ni ternyata berkesan untuk production, manufacturing and services process. Motorola, General Motor, Samsung dan banyak lagi company-company yang besar kat dunia ni apply konsep Six Sigma. Jadi, bagi mereka yang nak venture kedalam Quality Management System, Six Sigma merupakan tools terbaik dan a "must have" certificate untuk senang attract majikan..:-)
So, apa kaitan aku dengan Six Sigma ni? Okay, since aku minat sangat kat QMS ni sejak dari awal part 1 lagi bila Madam Farihah introduce us dengan subjek "Introduction To Public Sector Quality Management", time Part 4 aku memang dah set untuk amik elektif QM, tapi sebab penerimaan student terhadap subjek ni amat kurang, jadi subjek ni tak open untuk student BAS. Jadi, aku pun kecewalah..huk

Dan sekarang 2014, aku mengorak langkah dengan mendaftarkan diri untuk online self paced certification dan subject matter yang sangat menarik perhatian aku ialah Six Sigma Methodology. Walaupun minat aku terhadap QMS bermula dengan ISO 9001 methodology yang menjadi tulang belakang untuk research paper aku, but from my perspective - Six Sigma is an important quality tools yang patut diberi perhatian. Since training untuk ISO 9001 memerlukan belanja yang besar iaitu dalam range RM700-RM1000 per person, plus kebanyakkan course hanya disediakan untuk mereka yang dah bekerja, jadi aku pun memilih Six Sigma.

Aku daftar certification course ni dalam 3 minggu lepas, waktu tengah boring-boring kat office. It cost me RM 350 to complete Yellow Belt Six Sigma Certificate, and an additional RM 80 for Yellow Belt Lean Six Sigma Certificate. Kos yang agak mahal jugak, but berbaloi sebab dapat completekan dua-dua methodology penting dalam Sigma implementation
Self Paced Online Certification ni sangat senang untuk aku yang tengah berpraktikal. As comparison to Webinar, SPOC ni membolehkan kita memilih sendiri time untuk kita belajar, aku allocate setengah jam sehari untuk memahami apa sebenarnya DMAIC Roadmap yang membentuk Six Sigma, ianya juga boleh diguna pakai untuk Lean Concept.
Kedua-dua kos ni ada exam yang perlu dicompletekan untuk layak mendapat certificate. Six Sigma ada 100 question yang perlu dijawab selama 2 jam, manakala Lean Six Sigma ada 60 soalan yang mesti disiapkan dalam masa 1 jam 15 minit. Untuk lulus, candidate mesti mencapai keputusan melebihi 80%. Ini lah part yang paling susah, sebab tu aku tak tergopoh-gapah nak completekan dalam masa yang singkat, dan tanggal 12 Februari 2014, aku berjaya menamatkan kedua-dua kursus ni..:-)
 
Macam biasalah, buat notes sendiri. Sebab notes yang trainer provide tak boleh copy, print, creen capture atau apa-apa cara untuk save. Sebab ianya kos yang berbayar, jadi file tu fully protected dan hanya boleh diakses oleh aku sorang je, itu pun untuk tempoh masa yang diberikan. Nak buat notes tu yang amik masa, sebab nak bagi digest betul-betul. Tak nak lah orang kata amik certificate, tapi tak tau apa-apa..kan?
A special thanks to Mr Peter Peterka from 6sigma.us yang jadi Instructor aku untuk modul Six Sigma Yellow Belt. Instructor yang sangat mengambil berat, kami selalu berbalas emel, even sekarang pun..-)
Tak lupa juga kepada Mr Karlo Tanjuaklo from GoLeanSixSigma, Instructor untuk Lean Six Sigma Yellow Belt. 
Ni lah digital certificate aku, balik nanti nak print hard paper, then nak frame..huu
Alhamdullilah, I am certified Six Sigma Practitioner.

Jadi itu lah cerita yang membuatkan owner blog ni sering tersenyum sendiri macam orang sakit mental..haha. Nampaknya, berjay jugak aku realisasikan salah satu daripada azam 2014 aku..:-)

7 comments:

  1. Aku punye green belt..ape beza bro?lepas kursus xpenah apply pon...hahaha..membazir cert

    ReplyDelete
    Replies
    1. green belt ni untuk yang dah kerja dalam industri rasanya, yellow belt pulak fresh grad yang belum join industri. erm, rasanya kalau kerja dalam company yang apply six sigma memang banyak lah kerja nak kena buat..:-) btw, amik kat mana dulu?

      Delete
  2. Kalu nak join courses ni mcm mana yea? Berminaf 😊

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada dua option, melalui training provider dari dalam dan luar negara. Dalam Malaysia boleh check laman web SIRIM, kalau luar negara boleh masuk laman web seperti 6sigma.us, ataupun GoLeanSixSigma.

      Delete
  3. There are many more benefits of pursuing Six Sigma Certification in USA It draws out the hidden skills and increase your market value that can be much beneficial for the future.

    KnowledgeCert is a leading provider of Professional Courses Certification which provides Six Sigma Certification in USA a beneficial training and certification.

    ReplyDelete
  4. asslammualaikum..bro aku nak amik cert six sigma ni..tapi apa bro tulis tu harga dia total berapa ta? ade class tak nak kene attend?

    ReplyDelete
  5. Well done. You can contact MBizM for your Lean Six Sigma International certification accredited by international governing bodies. Visit www.mbizm.com or send an email to enquiry@mbizm.com for classroom and online certification. Take care.

    ReplyDelete