Monday, February 24, 2014

Kisah AKU n Killer Adjectives!

Assalamualaikum semua, bertemu lagi kita didalam segmen "Office Talk" minggu ni, probably minggu terakhir segmen ni beroperasi, since minggu depan aku akan start my student life balik. Yup, this is my final week berpraktikal kat ORSB tu. Ok, topik kita hari ni ialah resume. Isinya ialah, perkataan apa yang kita tak patut letak dalam resume kita bagi mengelakkan "senjata makan tuan". Yelah, kadang-kadang kita main pakai letak je adjektif yang menggambarkan diri kita tanpa menyedari yang HR Specialist akan selalu gunakan untuk menjatuhkan kita balik.

"I'm an EXPERT of Six Sigma Methodology..bla, bla.."
Ada yang mengatakan bahawa untuk seseorang itu mejadi pakar dalam satu-satu benda tu, dia memerlukan lebih daripada 10 000 jam of praktikal work which is sangat impossible for fresh graduates. Even yang dah lama dalam workforce pun kena fikir dua kali untuk guna "Expert" ni bila nak describe diri diorang. Jadi sebelum pandai-pandai je self-proclaim yang korang tu expert dalam suatu bidang, cuba fikir balik betul ke yang korang tu dah capai status expert? adakah orang lain panggil korang expert?

"I'm CREATIVE in designing..bla, bla..."
Ni biasanya fresh grad punya description..haha, ok lah, sebenarnya tak salah pun nak guna word ni kalau korang betul-betul dapat demonstrate kekreatifan korang tu depan interviewer. Make sure kalau nak guna jugak, fikirkan sekali example kreatif korang tu sebabnya rata-rata interviewer akan kasi soalan situasi dimana kita diminta untuk berfikir secara kreatif untuk menyelesaikan sesuatu masalah. So, kalau self-proclaim kreatif, tapi sebenarnya tak cukup kreatif. Memang cari nahas la..

"I'm quite ORGANIZED..bla, bla.."
Sometimes, this word memang rata-rata dapat impresskan interviewer sebab of course, the company need someone yang organized. But, kalau nak cari barang sendiri, nak cari dokumen kat dalam laptop sendiri pun berjam-jam sebab takde sistem yang tersusun.Pastu kerja pun tak ikut format..jangan bagi false expectation kat interviewer. Sebabnya organized people ialah orang yang mampu bekerja dalam labelled and filed document, formatted spreadsheet, precise time table etc.

"I'm EXTREMELY diligent..bla, bla.."
Over nampak? Ni pun fresh grad selalu guna, biasanya sebab yang jenis ni over-excited sangat dan nampak sangat yang diorang ni nak job tu, rather than kerja yang akan dilakukan bila dah dapat job tu. Jangan lah over sangat, let's play safe..takut interviewer twist balik je, kalau tau nak counter takpe, kalau tak tau yang kesian tu..:-)

Ok lah kawan-kawan, tu lah antara adjektif-adjektif yang kalau boleh kita elak dari digunakan untuk menggambarkan diri kita didalam resume dan juga interview. Be yourself, dan juga bersederhana tapi penuh yakin.

No comments:

Post a Comment