Monday, February 3, 2014

Kisah AKU n Job Interview Mistakes

Assalamualaikum semua, bertemu kita lagi diruangan "Office Talk", pada malam ni kita akan membuka cerita pasal interview. Yes, interview. Bukan interview yang dalam dokumentari tu, interview yang dimaksudkan dalam entri ni ialah "job interview". Walau pun aku ni baru je sekali pernah kena job interview, tapi suka aku nak share beberapa kesalahan yang selalu dilakukan oleh fresh graduates yang mestilah dielakkan untuk memberi good impression untuk bakal majikan kita tu. Ok lah, jom selak sikit "Job Interview Mistakes" dalam segmen "Office Talk"..:-)

Datang Lambat / Datang Awal
Punctuality sangat diutamakan oleh majikan. Bukan lah nak suruh korang datang lambat or datang awal sangat, sebab bila sampai awal, nampak macam desperate sangat nak position tu. By contrast, kalau lambat sangat, korang faham-faham sendiri la. It is best for us to arrive tepat pada masanya.

Bergaya Tak Kena Tempat
Pernah dengar cinta pandang pertama. Ya, sama jugak dengan majikan. Pakailah dress yang proper untuk position yang kita apply. Sebagai contoh, applying for Executive position, adalah lagi bagus pakai kemeja, seluar slack, bertali leher, and kasut kulit. Tak kan lah nak pakai jeans, t-shirt ataupun jaket berbulu..haha

Pengetahuan Asas Syarikat

Yes, ni salah satu mistake fresh graduates. Sebelum nak pergi interview, rajin-rajin lah buat research tentang company yang korang nak interview tu. Ambil masa belajar sikit tentang sejarah, background, produk atau servis company tu. Sebab interviewer akan evaluate point ni untuk enthusiasm dan juga minat korang tentang company tu. Tak nak la bila kena interview dia tanya "Tell me what do you know about PETRONAS" ."PETRONAS is one of company owned by the Government of Malaysia and engaged in shipping industry.." Err...

"Story Teller & Silencer"
Seriously perlu ke korang nak cerita kisah hidup korang berjam-jam sampai interviewer pun malas nak dengar, tapi, kalau ditanya sepatah, jawab sepatah pun payah jugak. Camni lah, keep your answer brief and straight to the point. Problem ni kalau jenis yang terlampau ramah sangat, or terlampau pendiam.

"So, What is my salary?"
Haha, ni jenis matrialistik, tak sanar and gelojoh sangat. Rileks la, memang ada satu tahap dalam interview tu yang interviewer akan tanya pasal this salary matter.

"Too Modest & Too Flashy"
Bersederhanalah kamu, dan keep it balance.Walaupun dalam interview ni merupakan peluang terbaik untuk kita menyinar, tapi tu tak semestinya kita terlampau over-selling. Terlampau modest pulak meletakkan diri kita dalam posisi yang lemah. So, keep it in your head chaps, "Balance"

Hafal Resume tu?
Okay, ni simple mistake, tapi memang ramai orang selalu buat. Dalam resume tulis grad tahun 2014, tiba-tiba dalam interview kata tahun 2013. Make sure korang ingat apa yang terkandung dalam resume korang tu. Ada masa nanti aku update pasal resume mistake pulak okay..:-)

So guys, itu lah antara mistakes yang banyak dilakukan oleh unemployed, terutamanya fresh graduate. Diharap dengan entri ni, kita semua akan jadi lebih berhati-hati dan bersedia untuk job interview.

P/S: All picture courtesy from Google

No comments:

Post a Comment