Saturday, May 28, 2011

Kisah AKU n My Very First Salary

semalam, 27.5.2011, aku keluar pukul 12.30 from office, ingatkan nak lunch kat KLCC sebelum pergi masjid ,sampai-sampai je – ternganga sekejap –ramai gila. Lepas tu baru teringat duit dalam dompet dah nak habis, pergi kejap turun bank-sekali lagi ternganga- beratur lagi- malas nak tunggu, aku pun pergi la kat ATM depan kinokinuya, at least tak la panjang sangat linenya.duit pun dah keluar – cari tempat nak makan – last2 tak jumpa jugak, then aku decided untuk pergi solat dulu.

Penat. lepas balik sembahyang jumaat kat masjid as-syakirin, ramai jugak orang – lepak dulu, last2 aku end up kenal seorang brader from Kazakhstan – best jugak sembang dengan orang luar ni. Rupa-rupanya dia kerja kat PETRONAS, nama dia aku tak ingat la pulak- actually, complicated nak sebut dan juga di eja.
Lunch – baru teringat yang aku belum makan lagi, pusing-pusing, penuh jugak – sekali baru teringat yang aku dulu terliur nak makan roti hotdog kat 1901, akupun bergegas turun ke bawah, fuhh, nasib baik – dapat second in line-lepas tu je terus ramai, oleh kerana tempatnya yang tak begitu besar yakni kecil, aku pun just take away then makan kat pantry office.

Tengah syiok2 makan dengan muka bangga, tiba-tiba dapat message from encik hafiz – akauntan company – “farid, abang nak mintak no akaun bank kau” – aku pun reply laa..15 minit lepas tu – “farid, gaji ko dah bank in..”
Yeay!!!, aku dapat the first official salary from company – Alhamdulillah, selama sebulan bekerja, akhirnya telah terbayar juga..berapa gaji aku??, nak bagi tau jugak ke??, erm tak la banyak sangat tapi ayah aku ada cakap kat aku hari ini lepas aku cakap gaji dah masuk..

“untung la abang, baru 18 tahun dah ada gaji 4 angka..ayah dulu, umur 18 tahun kerja kontrak je..sob3x”


Aku hanya terdiam je sambil memikirkan apa la yang aku nak buat dengan duit ni – apa-apa pun gaji pertama aku, akanku bagi sikit kat mak aku – lebih afdal agar prestasi kerja aku bertambah baik. Selebihnya – entah, sekarang ni pun aku tengah buat accounting sikit.

aku tak nak membazir macam dulu lagi – elaun uitm, hampir setengah habis bagi diorang(uitm) balik je – terus terang, parents aku tak support dalam hal pembayaran yuran kolej, semester 2 dan lain-lain, that’s mean aku kena managed elaun tu sendiri..at the end of asasi program, aku berjaya la jugak simpan RM 500, tapi, pangkor trip dengan abang nezam crew punya pasal – aku just tinggal RM 100 je..
In conclusion, katakan tidak kepada membeli barang yang tidak perlu, mahal dan juga tak mendatangkan faedah. Membazir amalan syaitan, menabung amalan mulia..:-)

p/s : internet macam haram jadah, ini pun aku update kat cyber cafe, malam ni plan nak bawak family pergi dinner..tapi, adik pulak takde.sob3x

No comments:

Post a Comment