Sunday, December 22, 2019

Kisah AKU n Utter Frustration!

Assalamualaikum,

Awat tajuk entry sedih je bro? Sedih lah. Korang tak minat Star Wars, apa korang tau?
Minggu ni aku banyak kerja diluar pejabat. Since BD pun takde kerja, aku banyak spend time uruskan kerja RFID yang bertimbun. Agency management, fitment report, stock take dan yang paling menyedihkan sekali, reinstatement of our flagship RFID Fitment Center R&R Awan Besar. Later entry aku buat dedication post, okay. Surprisingly, minggu ni dari Isnin sampai Khamis aku balik awal. Mana taknya, dah control jadual sendiri. Memang apa-apa meeting, site visit buat sesi petang lah gamaknya. Boleh terus balik. Haha
Dah pandai meniarap si Fariq ni. Pelan-pelan ye anak. Pasni boleh belajar jalan pulak..:-)
Jumaat aku cuti. Memang dah apply lama sebab malam tu plan nak tengok Star Wars Episode 9: The Rise of Skywalker dengan Ija. Tiket pun dah beli, cuma tinggal nak pergi AEON je. Petang pulak aku spend time tengok Episode 8 - The Last Jedi untuk recall story penting sebelum tengok yang latest punya malam tu. Elok time nak keluar pick up wife, ayah kata mak tak dapat nak jaga Fariq malam tu atas kesihatan yang tak mengizinkan. Sudahnya, aku canceled je plan nak berStar Wars malam tu. Frust beb, sebab ni episod terakhir yakni penutup untuk Star Wars saga yang dibina sejak 1977. Dah lah first screening tak dapat tengok, ni pun belum tentu aku dapat tengok sebelum Khamis ni. Tapi nekad dah, kalau by Rabu takde peluang nak pergi dengan wife memang aku pergi tengok sorang je, Haa
Sabtu pulak aku sekeluarga balik kampung. Kami gerak dari rumah sekitar jam 8.30 pagi dengan harapan jalan tak jem. Ingat nak breakfast kat R&R Nilai. Dah lama tak pekena Nasi Lemak Manjo. Huhu
Sangkaan untuk pemanduan rileks meleset dengan trafik yang heavy sepanjang jalan. Nak berhenti kat R&R pun tak berbaloi. Buat habis masa nak keluar highway balik je. Pfft
Haha. Apa benda lah budak ni. Bukannya boleh makan pun, gaya macam nak telan sepinggan terus..:-p
Singgah R&R Ayer Keroh untuk late breakfast. Penuh R&R, lay-by dari Sungai Buloh sampailah ke Senawang. Musim cuti sekolah, tu yang ramai balik kampung, bercuti semua. Akhirnya, jam 12.30 tengahari kami bertiga selamat tiba di Serkam. Cuaca kat sini elok je. Takdelah panas sangat macam kat Lembah Klang.
Balik kampung ni aku tak buat apa sangat. Malam tu stream Newcastle lawan Palace yang berakhir dengan kemenangan ketujuh Magpies dalam EPL season ni. Miggy akhirnya berjaya score after 27 games bersama Toon. HWTL!
Pagi tadi gerak dari Melaka jam 10 pagi. Elok pulak sampai pukul 12.30. Ingatkan jem. Diorang sambung cuti lagi kot. Alang-alang je dah nak cuti Krismas.

Itu je cerita hari ni. Haha. Macam cakap awal-awal tadi. Entri asal boleh je ni..:-p

P/S: Rabu cuti. Huhu

Monday, December 2, 2019

Kisah AKU n Nadia's Wedding @ Ampang

Assalamualaikum,

Cuti hari ni. Tu yang update petang. Aku kerja dari pukul 8 malam semalam sampai ke jam 5 pagi tadi nak menyiapkan satu tender. Alhamdulillah, siap jugak. Okay, nak cerita pasal event kahwin hari ni. Siapa kahwin? Moh le baca..:-)
Pagi Sabtu, aku dan Ija pergi open day Taska Ibu Manal @ Melatisari ni. It's time for us to find taska untuk Fariq. Tak boleh nak bergantung dekat mak untuk jaga anak kami ni. Mak pun bukannya sihat sangat.
Dekat je taska ni dari rumah kami, adalah dalam less than 10 minutes driving. Fasiliti pun okay, tenaga pengajar dan pengasuh pun meyakinkan.
Walaupun berat hati, tapi that's life. Nak mengharapkan aku sorang kerja, gaji bukan banyak pun. Serba salah pulak kat wife sebab kena kerja balik. Tapi aku dulu yang janji kata tak nak halang dia bekerja sebab muda lagi..:-)
Hari Ahad, sekitar jam 11 pagi lagi kami dah bergerak dari rumah ke venue majlis yang terletak di Ampang. As expected, memang jem sikit kat area Flamingo tu. Siap menyempat selfie seround tu. Haha
Excited Fariq nak pergi kenduri kawan ibu ye..:-)
Sampai around 12pm, kami terus masuk ke dewan utama untuk menjamu selera. 
Fariq pakai baju baru. Huu
Ada persembahan Silat, katanya pengantin lelaki mengajar silat. Fuu, dasyhat tu..:-)
Bergambar kenangan bersama pengantin yang diraikan. 
Pengantin perempuan, Nadia tu rakan ofis lama Ija dulu dan juga rakan serumah. Kira okaylah ingat lagi nak pergi wedding ex colleague, yang aku ni tak tau lah apa cerita budak-budak ofis lama. Haha
Before balik, selfie dulu bersama family kecil aku ni. Amboi Fariq, garangnya muka. Tangan nak tumbuk siapa tu?
Balik pun jem. Cam siot je KL ni. Sampai rumah dalam jam 3.30 petang. Semua ketiduran. Aku lagi lah nak kena tidur, sebab malam tu nak bekerja lagi.
Malam tu sekitar jam 8 malam aku sampai dipejabat. Ada tugasan nak disettlekan bersama Ridzuan. 
Nasib baiklah ada mic ni, agak ngantuk terus on karok lah 2-3 lagu. Huu. Kami bekerja sampailah ke jam 4 pagi, wrap tender pastu terus balik rumah. Barai siaa.

Itu sahaja cerita untuk menutupi entri pertama Disember aku. Cuma tinggal berapa hari sahaja lagi untuk kita memasuki 2020. Camna, azam korang dah tercapai ke?

P/S: Newcastle draw lawan City. Memang terbaik game malam tu. Nice one Brucey lad..:-)

Wednesday, November 27, 2019

Kisah AKU n Happy Birthday 2019

Assalamualaikum,

Alah, lambat sehari pulak. Nevermind, tengah free ni baik update cepat. Karang dah start busy, minggu depan pun belum tentu mood menaip tu nak datang. Okey, malam ni nak berkongsi cerita pasal entri penting untuk diri aku dalam blog ni.
Alhamdulillah, masih diberi nikmat kehidupan oleh Allah untuk terus bernafas diatas muka bumiNya ini.  Syukur kepada Allah aku panjatkan kerana telah menganugerahkan kesabaran untuk mengharungi kehidupan yang penuh ranjau dan onak ini. 26 November 2019 ialah hari ulangtahun aku yang ke 27. Haha, tiga tahun lagi nak 3-Series ni. Untuk tahun ni, yang pertama wish tentunya cik isteri dan anak (tepat pukul 12 tu, haha!), followed by mak (1.30 pagi), Along (6.40 pagi), adik (6.45 pagi) dan ayah sekitar jam 8.30 pagi. Other friends termasuklah dari group Lepak Saje (Afiq, Dolah), followed by friends from group Penyet Deq (Chey, Mok, Ijat Jamal, Shakir, Ijat Paan, Syawal, Aizat). Thank you guys!
Celebration tahun ni memang agak bermakna. Why? Huu, dok tanya lagi. Mestilah lain. Tahun ni celebrate dengan cik isteri dan anak tersayang pulak. Celebrate kat Rawang je pagi tadi. Sanggup amik cuti tau. Selain nak celebrate birthday boy, hari ni aku nak menguruskan urusan nak membuka akaun Tabung Haji untuk si Fariq ni. Sampai Tabung Haji Batu Caves sekitar jam 10.30 pagi, settle je terus bergerak ke destinasi seterusnya, AEON Rawang.
Sampai je kami bersiar-siar dulu kat dalam ni, sambil nak menunggu perut lapar..:-p
Selfie with the love of my life..:-)
Masuk AEON nak shopping baju baru. Tengok bukan main seronok budak kecik ni..:-p
Eh, kenapa bukan birthday boy yang dapat baju baru? Haa
Ibu saya nak tengok sendiri lah! Hee
Haa, elok pun kena dukung, pergilah tengok baju yang awak nak tu. Haha
Singgah tempat toys, Fariq nak Darth Vader ke Kylo Ren? Apa dua-dua dark side ni bro, salah ajaran ni. Huu
Okay dah lapar, jom makan kat port biasa - Spices of Penang. Wife suka sangat makan kat sini sejak mengandung kan si kecik ni lagi. Lepas lunch je kami terus bergerak pulang menuju ke rumah. 
So, 27. Apa je pencapaian dari last birthday? Alhamdulillah, masih lagi bekerja di company yang sama walaupun always put me in dilema kat sini. Myvinium Falcon pun dah 5 tahun dengan aku. Rumah masih lagi sangkut dekat grant ownership, kena kencing lagi lah kot after PRU14 hari tu. Haha. Latest highlight dalam hidup aku tahun ni sudah tentunya dengan kelahiran Fariq Ilham pada Julai 2019 yang menceriakan lagi rumah tangga yang dibina bersama Ija. Apa-apapun kami mengharapkan agar rumahtangga yang kami bina ni sentiasa berada dalam lindungan Allah..:-)

Anyway, a very Happy Birthday to Mr. McBride! Terima kasih juga kepada keluarga dan rakan-rakan yang sudi wish dan mendoakan kebaikan dan keberkatan hidup kepada aku. Allah sahaja yang dapat membalas budi dan doa you all semua. Amin In Sha Allah.